RESENSI BUKU: 25 AYAT AL-QURAN PILIHAN

Baru baca muqaddimah, terus terinspirasi mahu menulis mengenai 50 ayat-ayat pilihan berkenaan kisah-kisah al-Quran dengan mengambil sudut pandang seorang ulama tafsir dari India, Abu al-A’la al-Maududi. Ustaz Hilal Asyraf banyak mengangkat sudut pandang al-Marhum Syed Qutb (moga dikurniakan syahid) yang membuka minda kita kepada tadabbur 25 ayat pilihannya...Kesempatan berinteraksi dengan Englishtafsir.Com dan Tafhim al-Quran beliau... Continue Reading →

GETIRNYA PERJUANGAN MEMERDEKAKAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN

Firman Allah SWT : وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَّهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani... Continue Reading →

INDAHNYA CARA ALLAH MENDIDIK RASULULLAH SAW MENERUSI EMPAT PERINGKAT PENGKISAHAN NABI YUNUS AS

Nabi Yunus AS diperkenalkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat, bersesuaian dengan cabaran semasa Baginda SAW di Makkah. Ada empat peringkat penceritaan kesemuanya iaitu empat surah. Setiap peringkat atau surah menawarkan uslub penceritaan yang menakjubkan. SURAH AL-QALAM (surah kedua berdasarkan penurunan, awal Makkiah) memaparkan secara ringkas mengenai Nabi Yunus AS yang diliputi kemarahan kepada kaumnya, kemudian... Continue Reading →

JANGAN MENGHINA ORANG LAIN

Memberi isyarat-isyarat menggunakan lisan atau mata atau tangan untuk tujuan menghina orang lain (al-Lamzu), sebenarnya pelakunya itu sedang menghina dirinya sendiri tanpa disedari. Ini kerana orang-orang beriman itu bersaudara (ayat sebelumnya iaitu ayat 10) dan Nabi SAW memperumpamakan persaudaraan kaum Mukminin ini seperti satu tubuh (dengan segala anggota tubuh yang bersatu dan menjalankan fungsi masing-masing).... Continue Reading →

PESAN TERINDAH DARI SURAH AL-HUJURAT

HIKMAH PENAMAAN SURAH AL-HUJURAT Nama surah mengisyaratkan peristiwa yang terjadi pada tahun ke 9 Hijrah iaitu tahun kedatangan para duta dari pelbagai negeri ke Madinah (‘Aam al-Wufud). Sekumpulan Arab dari Bani Tamim telah sampai kepada Masjid Nabawi dan memanggil-manggil Baginda SAW yang sedang berada di bilik-bilik (al-Hujurat) isteri-isteri Baginda SAW. Nama surah menunjukkan peringatan tegas... Continue Reading →

BERSAMA “MAQASID” SURAH YUNUS

Firman Allah SWT : فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ (Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started