RESENSI BUKU: MUTIARA HADIS-HADIS KISAH

Tiadalah guru tadabbur al-Quran sebaik Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Menekuni hadis-hadis sahih ialah sebahagian dari kaedah tadabbur al-Quran. 23 tahun hidup Baginda bukan hanya membacakan al-Quran, bahkan menghuraikan al-Quran dengan lafaz Baginda sendiri, namanya hadis. Bagiku, sebaik-baik pembelajaran hadis ialah dalam kerangka menghuraikan makna-makna kalam Allah itu sendiri, al-Quran. Menyantuni para Sahabah. Menghuraikan ayat-ayat... Continue Reading →

SEBUAH LAGI KARYA “SIRAH DI SEBALIK SURAH” WAJAR DIMILIKI

Unik pendekatan kitab yang berjaya ditangkap di Rumah Kertas RAMI ini. Seakan-akan ia sengaja muncul selepas kelas siri ketiga Ulum al-Quran pagi tadi menyentuh “Makki Madani” oleh Shekh Manna’ Qaththan. Kelihatan ada persamaan method dengan al-Rahiq al-Makhtum, namun kitab ada keistimewaannya yang tersendiri. Tercari-cari juga naskhah asalnya dalam bahasa Arab, gagal ditemui. Kebiasaannya karya sirah... Continue Reading →

MENGAMBIL TAFSIRAN YANG “SHAZ” (JANGGAL)

Mentafsirkan “menjadikan mereka kera” sebagai “menjadikan hati mereka seperti kera dan bukannya menjadikan tubuh badan mereka seperti kera” ialah contoh kesalahan dalam pentafsiran. Ini kerana ia berpegang pada tafsir-tafsir yang ganjil yang bertentangan dengan tafsir jumhur salaf. Meskipun ia pendapat al-Imam Mujahid RA, namun kita utamakanlah pendapat jumhur salaf agar sejahtera dalam interaksi dengan Kitabullah.... Continue Reading →

JANGAN GOPOH MEMBUAT KESIMPULAN

Ambillah masa secukupnya sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Kalaulah setiap yang terjadi itu jelas hikmahnya, tidak perlu masa yang lama untuk memikirkannya, maka untuk apa Khidr عليه السلام membuka mulut memberi penjelasan sedangkan Musa عليه السلام sudah menjelaskan pendirian. Jika Musa meyakini semua fakta di hadapan matanya sudah terang lagi bersuluh, mengapa Musa masih menunggu penuh... Continue Reading →

RESENSI BUKU: THE HEART OF THE QURAN

Sebuah Lagi Karya Berharga Mengenai Tafsir dan Tadabbur Surah Yassin Terima kasih kepada tim Quran Workbook Series yang sudi menghadiahkan buku ini kepada saya selepas Daurah Nabi Ibrahim AS Sabtu lepas.Dr Haitham al-Haddad menyifatkan buku ini sebagai “orthodox in its approach but modern in its style and presentation”.Saya sangat terinspirasi dengan pendekatan menulis karya-karya tafsir... Continue Reading →

AKU, MASALAH HIDUP, MADRASAH RAMADHAN

Kekadang kita mahu mencari ayat-ayat yang ada kaitan “direct” dengan masalah kita. Ketika sakit, barangkali ayat 80 surah 26 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika buntu, barangkali ayat 79 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika mahukan anak, barangkali ayat 89 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Mungkin kerana masa... Continue Reading →

KESALAHAN DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN

Antara kesalahan dalam pentafsiran al-Quran ialah mendahulukan aspek kebahasaan (berasaskan pepatah atau syair-syair klasik Arab) mengatasi athar yang sahih. Ia seperti dalam kisah Nabi Yahya AS, adanya ahli tafsir mengatakan مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّه bermakna “membenarkan al-Kitab dari Allah” sedangkan ia bermakna “Isa bin Maryam” AS. Ia juga seperti dalam kisah perihal Mesir selepas 7... Continue Reading →

RESENSI BUKU: SUNGGUH, ALLAH MENYAPA KITA

BAGAIMANAKAH PERASAAN SEANDAINYA DARI JUTAAN RAKYAT JELATA, RAJA YANG SANGAT KITA KAGUMI MEMANGGIL KITA ? ATAU KEKASIH PALING DICINTAI MEMANGGIL KITA ? Antara tangkapan saya di kedai buku Jejak Tarbiyah iaitu sebuah karya terjemahan dari judul asal إنه سبحانه ينادينا . Karya ini mengenai 89 ayat-ayat “Wahai orang-orang yang beriman” dalam al-Quran. Karya 366 halaman... Continue Reading →

APABILA AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI MENJELASKAN TUJUAN UTAMA PENURUNAN AL-QURAN KEPADA MANUSIA

Selepas Ensiklopedia Tafsir Maudhuie Surah dari Universiti Sharjah, satu persatu karya dari para asatizah dan ulama UAE mengembangkan legasi yang ditinggalkan pasukan Prof. Mustafa Muslim berkenaan. Menerusi karya “Ruh al-Quran”, Ahmad Al-Wattary berusaha membongkar sisi kemukjizatan al-Quran dari sudut maqasid dan kesatuan tema surah-surahnya serta keunikan setiap intipati dan “ruh” setiap surah. Dalam muqaddimah, beliau... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free