Catatan Pulang dari Program IQRA’

Beberapa nota penting saya bawa pulang daripada sesi tiga jam bersama Ustaz Hasrizal, yang keselamatan sesi ustaz telah dijaga rapi oleh Ustaz Manusiawi Khubaib Akhi 💪😁 Resolusi terpenting bahawa lafaz Iqra’ — اِقْرَأْ — bukan hanya wahyu pertama kepada Baginda SAW atau lafaz pertama Tuhan kepada manusia, bahkan merupakan “enabler” dalam beragama. Apabila akal difungsikan... Continue Reading →

SPAIN BUKTIKAN BAHAWA “SISTEM MENGANGKAT BINTANG”, BUKAN SEBALIKNYA

Naratif awal final ialah Messi melawan Lamine Yamal iaitu legenda berusia 39 tahun melawan pewaris yang “dimandikan” berusia 19 tahun. Tetapi final tidak ditentukan oleh salah seorang daripada mereka. Akhirnya ia ditentukan oleh Rodri, Porro, Nico Williams, Ferran Torres, tekanan kolektif dan disiplin posisi. Itulah kesempurnaan Spain. Mereka mempunyai bintang, tetapi tidak meminta sistem berlutut... Continue Reading →

FATIH, HARI INI BELAJARLAH MAKNA “JEMAAH” DARIPADA SEPANYOL

Sepanyol tidak menewaskan Perancis hanya kerana mereka lebih banyak menguasai bola. Mereka menang kerana berjaya mengawal apa yang boleh dilakukan oleh Perancis apabila mendapat bola. Perancis memiliki penyerang individu yang lebih menggerunkan seperti Mbappé, Dembélé dan Olise. Namun, Sepanyol memiliki sesuatu yang lebih berharga iaitulah hubungan dan persefahaman yang lebih baik antara para pemain. Bintang-bintang... Continue Reading →

“IBADAH” BUAT PARA PETUGAS PBAKL

Buat adik-adikku petugas Paradigma Ibrah , Tadabbur Centre , Yayasan Tadabbur dan semua petugas di PBAKL nanti Di sebalik komitmen padu “menjaga kubu” dan reruai masing-masung, cari dan ciptakan masa untuk capai LIMA FAEDAH lain selain jual buku sepanjang “hari raya” P.E.S.T.A Buku PBAKL 2026. P — PengetahuanTambah ilmu baru, khususnya mengenai dunia “tadabbur” al-Quran... Continue Reading →

MEMAKNAI “AYAT PERKAHWINAN” DALAM AL-QURAN

“Min anfusikum” bukan sekadar pasangan daripada jenis kamu, tetapi pasangan yang membantu kamu menjadi manusia yang lebih penuh dan lebih manusiawi. Ungkapan ini membawa makna bahawa pasangan itu sangat dekat dengan fitrah diri kita. Kehadiran seorang lagi bukan sekadar melengkapkan hidup dari sudut luaran, tetapi membantu seseorang menjadi lebih lembut, matang, penyayang, bertanggungjawab dan beradab.... Continue Reading →

LIMA ADAB RUMAH TERBUKA SYAWAL DARIPADA KISAH NABI IBRAHIM A.S. MENYAMBUT TETAMU

Semalam khutbah Jumaat di Selangor telah menyentuh tentang adab ziarah rumah terbuka. Bagus konten yang telah disusun dan disampaikan, izinkan saya menambah lagi inshaallah. Memang sangat tepat pada waktunya kerana begitu banyak rumah terbuka di hujung Syawal ini diadakan, juga sempena makin ramai kaum muslimin berjaya sempurnakan puasa enam. Kebetulan yang indah juga, Podcast Siri... Continue Reading →

KENAPA AKHIR ZAMAN SANGAT PERLUKAN SURAH AL-KAHFI ?

Kisah Pertama Sudah banyak kisah anbiya' menghadapi pemerintah yang musyrik. Bahkan ada dipaparkan kisah seorang remaja menghadapi pemerintah yang zalim iaitu Nabi Ibrahim (21:60). Namun belum pernah kita diberitahu kisah bagaimana sekumpulan remaja menghadapi pemerintah dan kaum yang memerangi aqidah mereka, di zaman tiada nabi diutuskan ! Sesuailah kisah ini dipaparkan dalam surah al-Kahfi yang... Continue Reading →

HIDUP TENANG DI AKHIR ZAMAN, REFLEKSI SURAH YUSUF

Beberapa refleksi saya pada surah Yusuf untuk hidup tenang dengan iman di zaman perang sana sini dan fitnah akhir zaman. Zaman musuh kelihatan sangat “usbah”, sangat kuat untuk “humban” sesiapa sahaja yang melawan mereka ke dalam telaga yang mereka pilih. 1.Ingat “mimpi” itu benar. Wawasan agama ini sudah dibangunkan sepenuhnya dalam al-Baqarah. Bacalah semula “mimpi”... Continue Reading →

SURAH AL-KAHFI MELATIH KITA JADI ORANG BERPRINSIP, BUKANNYA PANIK

Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti pemuda al-Kahfi, berusaha keras memelihara iman mereka, sambil memberi nasihat pada kaumnya agar kembali hidup bertuhankan Allah. Bukannya baca surah al-Kahfi, kemudian seru kaum muslimin menggali lubang bawah rumah atau mencari lokasi bersembunyi di mana-mana gua terdekat. Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti Musa yang belajar merendah diri, tahu... Continue Reading →

THE DIFFERENCE BETWEEN TADARUS AND TADABBUR

The Difference Between Tadārus and Tadabbur by Dr. Farid al-Ansari 1) What tadārus really is Dr. Farid describes tadārus as a learning process that is mainly mental and text-focused. It happens “inside” the Qur’anic text, and it deals with the Qur’an’s language, style, meanings, wisdoms, and indications. ( «فالتَّدارُسُ: هو عَمَلِيَّةٌ تَعْلِيمِيَّةٌ ذِهْنِيَّةٌ تَشْتَغِلُ مِنْ... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started