Beberapa refleksi saya pada surah Yusuf untuk hidup tenang dengan iman di zaman perang sana sini dan fitnah akhir zaman. Zaman musuh kelihatan sangat “usbah”, sangat kuat untuk “humban” sesiapa sahaja yang melawan mereka ke dalam telaga yang mereka pilih. 1.Ingat “mimpi” itu benar. Wawasan agama ini sudah dibangunkan sepenuhnya dalam al-Baqarah. Bacalah semula “mimpi”... Continue Reading →
SURAH AL-KAHFI MELATIH KITA JADI ORANG BERPRINSIP, BUKANNYA PANIK
Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti pemuda al-Kahfi, berusaha keras memelihara iman mereka, sambil memberi nasihat pada kaumnya agar kembali hidup bertuhankan Allah. Bukannya baca surah al-Kahfi, kemudian seru kaum muslimin menggali lubang bawah rumah atau mencari lokasi bersembunyi di mana-mana gua terdekat. Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti Musa yang belajar merendah diri, tahu... Continue Reading →
THE DIFFERENCE BETWEEN TADARUS AND TADABBUR
The Difference Between Tadārus and Tadabbur by Dr. Farid al-Ansari 1) What tadārus really is Dr. Farid describes tadārus as a learning process that is mainly mental and text-focused. It happens “inside” the Qur’anic text, and it deals with the Qur’an’s language, style, meanings, wisdoms, and indications. ( «فالتَّدارُسُ: هو عَمَلِيَّةٌ تَعْلِيمِيَّةٌ ذِهْنِيَّةٌ تَشْتَغِلُ مِنْ... Continue Reading →
TAFSIR MENETAPKAN MAKNA, TADABBUR MENGHIDUPKAN JIWA
Ringkasnya, tafsir membantu kita berpijak pada makna ayat yang sahih dan konteksnya, tadabbur pula membantu makna itu masuk ke jiwa dan membentuk amal, namun tetap tidak keluar dari batas tafsir. Kunci 4 saranan al-Marhum Dr. Ṣalāh al-Khālidī iaitu المحافظةُ على جوِّ النصِّ القرآني, menjadi peringatan pada orang awam yang terlalu cepat “terbang” dengan sesuatu ayat... Continue Reading →
ULUM AL-QURAN UNTUK AWAM : APLIKASI PADA SURAH AL-MUZZAMMIL
Kebanyakan kita menyangka surah al-Muzzammil hanya mengenai qiam. Seolah-olah “surah” ini jadi tafsir maudui semua ayat-ayat qiam dan tahajjud dalam al-Quran. Kita tersilap ! Lihat sahaja ayat 20 yang mengambil separuh halaman mushaf. Ayat terakhir surah al-Muzzammil bukan hanya ada bahasa spiritual, bahkan jika diteliti, ada bahasa fiqah, bahasa ekonomi, bahasa politik dan bahasa psikologi.... Continue Reading →
PERJALANAN BERSAMA AL-QURAN DALAM BULAN RAMADAN YANG SENTIASA MENGUJAKAN WALAU SUDAH PUN KHATAM
Antara yang dikongsikan pagi tadi dalam siri pertama dari empat siri Daurah “27 Kunci Tadabbur al-Quran”, ialah persoalan kenapa ada sebahagian salaf dan para imam terdahulu begitu tekun mengkhatamkan al-Quran dalam Ramadan, bahkan lebih sekali. Pada saya, kunci ke-7 nukilan Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi seakan memberi jawapan pada faktor mengapa beberapa kali khatam ini... Continue Reading →
TENTANG “MUAZ”, SURAH AL-KAUTHAR DAN TARAWIH YANG MENDAMAIKAN
Muaz sampai ke kampung lewat petang Rabu, katanya Khamis mula berpuasa. Ketika langit sudah mula redup dan angin membawa bau tanah yang baru disiram hujan. Ramadan selalu terasa berbeza apabila dimulakan di sini. Di kota, dia mengejar waktu. Di kampung, waktu seperti memanggilnya duduk diam. Muaz bukan orang yang asing dengan al-Quran. Dulu dia tamat... Continue Reading →
TENTANG “AHMAD”, SURAH AL-MUZZAMMIL DAN AKHIR ZAMAN YANG MERETAKKAN
Ahmad membuka telefonnya. Notifikasi dari al-Jazeera masuk seperti biasa. Setiap hari berita memaparkan kanak-kanak di tanah zaitun dibom tanpa belas. Rejim terus bermaharajalela, merampas tanah dan memukul penduduk yang tidak bersenjata. Sekutu-sekutunya pula mabuk menyerang negara-negara yang tidak berdosa atas nama keamanan dunia. Ahmad rasa marah.Ahmad rasa sedih.Kadang-kadang Ahmad rasa tidak berdaya, mahu putus asa... Continue Reading →
10 ADAB USRAH YANG SANGAT JELAS ‘KELUAR’ DARIPADA BABAK NABI YUSUF DALAM PENJARA (12:36-41)
1) Mulakan dengan bahasa persahabatan, bukan bahasa “ceramah” Yusuf tidak membuka sesi dengan “wahai manusia…”, tetapi dengan “يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ” (wahai dua sahabatku yang sepenjara). Ini adab asas usrah: hubungan dulu, isi kemudian—dakwah yang sebenar ialah bersahabat, kerana perubahan perlukan masa dan rasa ditanggung. 2) Dengar “presented problem”, tapi jangan terperangkap—carilah real problem Dua pemuda... Continue Reading →
KEINDAHAN SUSUNAN LAPAN CIRI ‘IBADUL RAHMAN DI PENGHUJUNG SURAH AL-FURQAN
1.Disangka ciri ʿIbād al-Raḥmān itu banyak tadabbur di bilik dan di masjid. Rupanya Allah mula dengan adegan di jalan raya dan pasar raya. Berjalan di bumi dengan tawadhu. Berdepan kaum jahil dengan salam. Cahaya al-Quran bukan hanya untuk dibaca. Tetapi untuk dibawa hidup dan disebar di tengah manusia. 2. Disangka siang begitu hebat mengurus dakwah... Continue Reading →