SURAH AL-KAHFI MELATIH KITA JADI ORANG BERPRINSIP, BUKANNYA PANIK

Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti pemuda al-Kahfi, berusaha keras memelihara iman mereka, sambil memberi nasihat pada kaumnya agar kembali hidup bertuhankan Allah.

Bukannya baca surah al-Kahfi, kemudian seru kaum muslimin menggali lubang bawah rumah atau mencari lokasi bersembunyi di mana-mana gua terdekat.

Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti Musa yang belajar merendah diri, tahu keterbatasan ilmu, tidak cepat mengulas hal ghaibiat dilakukan Khadir.

Bukannya baca surah al-Kahfi kemudian menunjuk pandai mengulas apa sedang berlaku, bermudah-mudahan mengaitkan dengan hadis-hadis fitan tanpa disiplin ilmu hadith, lalu menjadi tukang ramal masa depan.

Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti Zulqarnain, teruk macamana pun zaman perang yang diumumkan Yakjuj dan Makjuj, dia tetap ke sana ke sini menyebarkan keamanan dan mencegah kerosakan dalam kadar kemampuan yang boleh diusahakan.

Bukannya baca surah al-Kahfi, kemudian menyeru manusia segera menyimpan stok makanan dalam rumah, mula berfikir itu ini yang matlamat akhirnya hanya mahu mementingkan diri sendiri atau puaknya sahaja.

Baca al-Kahfi bukan semata-mata baca.

Baca, faham dan terus amalkan hidayahnya dalam kehidupan.

————-

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم

اِذَا قَالَ الرَّجُلُ: هَلَكَ النَّاسُ، فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ

Apabila seseorang berkata, ‘Manusia sudah binasa,’ maka dialah yang paling binasa dalam kalangan mereka.”

Ṣaḥīḥ Muslim, Kitab al-Birr wa al-Ṣilah wa al-Ādāb, Bab larangan berkata “Hala ka al-nās”, no. 2623

————-

فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦٓ أَنجَيْنَا ٱلَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذْنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ بِعَذَابٍ بَـِٔيسٍ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ ١٦٥

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan ORANG-ORANG YANG TERUS MENERUS MENCEGAH PERBUATAN JAHAT ITU, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (7:165)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started