Adakah Yusuf عليه السلام memaafkan saudara-saudaranya semasa pertemuan ketiga mereka dengan di Mesir iaitu sebaik sahaja mereka menginsafi kesalahan mereka ? Tidak! Bahkan Yusuf عليه السلام telah memaafkan mereka jauh sebelum itu lagi. Jadi apa yang sebenarnya berlaku dalam tiga kali pertemuan antara baginda dan saudara-saudaranya di Mesir ? Ia bukanlah kerana dendam. Bahkan kerana... Continue Reading →
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA Semasa sesi tafsir tahlili ayat pertama surah al-Kahfi bersama Prof. Madya. Dr Abdul Aziz kelmarin, ada rakan bertanya beliau mengenai pengalamannya pernah dengar huruf ba’ sahaja ada 8 tafsiran. Terus saya tangkap buku ini. Sebuah... Continue Reading →
ADUHAI, BELUM SEMPAT BELEK TAFSIR YANG BARU DIBELI, KELUAR PULA TAFSIR YANG BARU.
Semoga Allah merahmati ulama tafsir dari Mesir, Shekh Ahmad bin Ahmad al-Thawil hafizhahullah, penulis واحة التفسير . Beliau telah mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkan tafsir 15 jilid ini. Inilah karya tafsir yang sepintas lalu saya mendapatinya kombinasi yang sangat harmonis antara tafsir maudhui’ surah dan tafsir bil ma’thur. Ia selesai ditulis penulis pada tahun... Continue Reading →
RAMADHAN SEUMPAMA YUSUF ALAIHISSALAM
Terdapat dua belas bulan dalam setahun. Ia seumpama dua belas orang-orang anak-anak Nabi Ya’qub عليه السلام . Ramadhan bersama sebelas bulan itu seumpama Yusuf عليه السلام bersama saudara-saudaranya. Yusuf menjadi anak paling dicintai Ya’qub, seumpama Ramadhan yang dicintai al-Rahman علام الغيوب. Segunung tinggi mana pun dosa-dosa saudara-saudara Yusuf, akhirnya pertemuan di musim ketiadaan makanan itulah... Continue Reading →
RAMADHAN SEBAGAI BULAN LATIHAN MEMBESARKAN ALLAH عز وجل
Jika Ramadhan itu dihadirkan untuk kita membesarkan ALLAH, maka apakah maksud membesarkan ALLAH ? Adakah sekadar bertakbir di hari raya ‘Idulfitri ? وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Abdullah Muhammad Basmeih : “…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu... Continue Reading →
NABI NUH “LOCKDOWN” LEBIH 8 BULAN ?
NABI NUH “LOCKDOWN” LEBIH 8 BULAN ? Boleh tahu rujukan tafsir mana yang diambil ? Jika ia pentafsiran salaf, kita terima dengan penuh hormat dan lapang dada. Kita akan mentafsirkan ayat-ayat Allah sebagaimana mereka mentafsirkannya. Jika ia semata-mata Israiliyyat tanpa kaitan dengan pendapat generasi salaf dan tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas, kita kata “kita... Continue Reading →
NABI YUSUF عليه السلام DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
Di halaman 199-200 kitab, Shekh berkongsi tadabbur beliau yang menarik dari surah Yusuf. Saya tidak pasti apa terjemahan terbaik kepada kalimah Shekh iaitu التوطين . Yang pasti Shekh menjelaskan ada tiga peristiwa dalam surah Yusuf yang menunjukkan baginda cintakan negara Mesir meskipun Mesir tidak lagi berpegang dengan agama moyang baginda iaitu Nabi Ibrahim a.s. yang... Continue Reading →
KERANA ADANYA ANCAMAN NYAWA, PEMUDA AL-KAHFI MENCARI TEMPAT PERLINDUNGAN DAN MENELITI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIRI MEREKA
Mereka menuju ke gua kerana adanya ancaman ke atas nyawa mereka jika terus berada di luar sana. إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika... Continue Reading →
DUDUKLAH DI RUMAH, DUDUKLAH BERSAMA SURAH MARYAM
Di waktu musibah yang menyebabkan kita perlu bekerja dari rumah dan “mengurung” anak-anak, antara surah yang baik untuk dibaca dan ditadabbur ialah surah Maryam. Bukanlah kerana ada fadhilat-fadhilat yang khusus menghadapi musibah, tetapi kerana banyaknya “checklist” yang kita para ibubapa mungkin telah abaikan selama ini sebelum kedatangan musibah Covid-19. Surah yang sarat dengan adegan dalam... Continue Reading →
TUNAIKANLAH SOLAT DI RUMAH MASING-MASING DAN SEMPURNAKANLAH RUKUNNYA DAN KHUSYUKNYA
Menjadikan rumah masing-masing sebagai tempat solat kerana adanya bahaya di luar bukanlah perkara baru. Mengambil langkah berjaga-jaga dari mendedahkan diri kepada bahaya itulah sunnatullah. Menyempurnakan solat dan berdoa memohon perlindungan dari-Nya ialah syariatullah. Itulah makna tawakkal dari al-Quran. Teladan yang diberikan dari kisah-kisah al-Quran sentiasa releven dengan kehidupan semasa ummat Islam dan bangsa manusia. Perintah... Continue Reading →