KALAU SUDAH 17 KALI MEMINTA-MINTA PETUNJUK, ITU TANDANYA APA ?

Apabila seseorang yang dalam perjalanan pulang ke destinasi asalnya menghubungi anda sebanyak 17 kali banyaknya, fahamlah kita bahawa dia sangatlah tidak yakin dengan jalan yang dia tempuh. Bukan kerana kurang keyakinan diri. Hanya kerana banyaknya kenderaan melalui jalan yang baginya kelihatan bukan jalan sepatutnya. Sangat mengelirukan ! “Adakah mereka ini memilih jalan yang betul ?... Continue Reading →

100 FAKTA AL-QURAN

Satu buku yang baik. Lebih baik kalau dapat didiskusikan dengan lebih lumat. Ke arah membumikan Ulum al-Quran. Ini kerana memaparkan fakta satu hal, mengungkap hikmah di sebalik fakta satu hal. APA untuk membina pengetahuan asas, MENGAPA untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi. Kebetulan banyak ruang kosong untuk diconteng-conteng dengan catatan-catatan ilmiah dari guru-guru tafsir masing-masing,... Continue Reading →

AL-QURAN KITAB RAMAL BALA BENCANA?

Seperti biasa, “geng Al-Quran kitab ramal bala bencana” ini akan muncul. Saudara, para ulama tafsir akan mengambil ibrah dari al-Quran pada sesuatu isu menerusi mana mana ayat yang jelas makna dan pengajarannya, bukan dengan bermain angka sebegini. Saudara, surah al-Ahzab bukan sekadar kisah “balas dendam” dari langit kepada kafir. Bacalah dengan teliti dari awal hingga... Continue Reading →

TADABBUR KISAH ASHAB AS-SABTI

Tadabbur kisah Ashab al-Sabti akan membawa kita beberapa buah ibrah antaranya : Al-Quran bukti kerasulan Nabi Kisah ini ialah ayat-ayat Madaniyah dalam surah Makkiyah (al-Khalidi). Kisah ini tiada dalam Old Testament mahupun tafsir-tafsir kepada kitab itu. Tetapi kisah yang terjadi pada moyang Yahudi ini diketahui dan berlegar sesama Yahudi di Madinah. Nabi diminta “bertanya kepada... Continue Reading →

BAHTERA NUH SEBAGAI PERINGATAN

Bukanlah yang dimaksudkan bahtera itu kekal sebagai peringatan dengan maksud zat atau acuan fizikal yang membentuk bahtera itu dikekalkan di atas bukit Judiyy. Tetapi yang dimaksudkan ialah setiap bahtera yang dicipta selepas itu hendaklah dilihat sebagai sebuah peringatan. Bahawa sesiapa juga yang menaiki bahtera dan berlayar di lautan, hendaklah mengingati peristiwa banjir besar yang Allah... Continue Reading →

HIKMAH TIDAK DINYATAKAN BILANGAN PEMUDA AL-KAHFI

Mengapakah Allah SWT tidak terus mengumumkan jumlah sebenar pemuda al-Kahfi ialah tujuh orang ? Bukankah Dia Maha Mengetahui lalu lebih baik Dia SWT memuktamadkan tanpa khilaf ? Mengapa Dia SWT membuka ruang perbezaan pandangan berkenaan ? Ini kerana Allah SWT mahu mendidik bahawa setiap kisah al-Quran yang dipaparkan akan menguji pembacanya adakah dia berjaya mencari... Continue Reading →

ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI

ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI(Segmen IBRAH 23.3.1437) 1. Surah Al-A'raaf (163-168) ini seharusnya meningkatkan keimanan kita pada memahami maksud "المغضوب عليهم" dalam Al-Fatihah yang baca setiap kali solat. Itulah kisah sekumpulan Yahudi yang dilaknat Allah menjadi kera. 2. TIGA ujian "sengaja" didatangkan Allah kepada Bani Israil. dilarang melakukan sebarang aktiviti pada hari Sabtu melainkan hanya... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free