Usrah Anak Muda al-Sobah (USAMAH) di pejabat saya semalam, saya jelaskan mengapa perlu frasa إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ketika Allah mengarahkan Musa dari Lembah Thuwa menuju Firaun. Frasa ayat fa-sa-qa pada ayat 32 dari surah al-Qasas yang menggambarkan rosaknya fitrah Firaun dan regimnya sehingga tiada manusia waras boleh menerima perbuatan itu. Tidak perlu jadi “pengikut... Continue Reading →
MENGAPA PERLU DIGAMBARKAN “MUSA MELARIKAN DIRI DAN TIDAK MAHU KEMBALI” APABILA MELIHAT TONGKATNYA MENJADI ULAR ?
Kekadang, apa yang buntu dalam fikiran, Allah hadirkan para ulama yang memberikan tadabbur pada sudut yang meleraikan kekusutan. Esok jam 7 pagi di TV Al-Hijrah, salah satu babak akan saya huraikan ialah frasa ولم يعقب (Musa langsung tidak menoleh ke belakang lagi selepas kejadian tongkatnya menjadi mukjizat dari Allah) menerusi ayat 31 surah al-Qasas. Bahkan... Continue Reading →
MEMAKNAI HIJRAH SEBAGAI “NEW CHAPTER” KEHIDUPANMU BERPANDUKAN SURAH AL-ANKABUT
“Hijrah” bukanlah sekadar perpindahan tempat tanpa perubahan sikap. Sekurang-kurangnya, saya temui lima pelajaran dari surah al-‘Ankabut - surah yang menyebut kalimah مُهَاجِر kepada Nabi Ibrahim AS - yang diturunkan menjelang hijrah Rasul SAW ke Madinah. Hijrah bukan hanya untuk kepentingan dunia, bahkan untuk memelihara agama dan memperelok bekal selepas mati. (Ayat 56-57) Hijrah bukan hanya... Continue Reading →
ENAM JAM BERDIALOG DENGAN SURAH AL-AN’AM
Alhamdulillah, seminar seharian bermula dengan saya berkongsi tiga sebab kenapa saya sangat menunggu seminar sehari bulanan ini. Allah jua yang bantu pelihara kita dengan al-Quran. SESI PERTAMA seminar, saya kongsikan tiga soalan penting perlu ditanya sebelum membaca surah 165 ayat ini iaitu mengenai kepanjangan saiznya, kesekaligusan penurunannya dan ketersusunannya selepas al-Maidah dan sebelum al-A’raaf. Kemudian... Continue Reading →
LIMA PELAN BERTINDAK DARI RAFAH SIRI 1 (Surah al-Fath, Ayat 1-3)
Berdoa minta agar diberi kekuatan menghadapi takdir Allah. Apabila takdir Dia tiba-tiba mengatasi tadbir kita, itulah “Hudaibiyah” yang mendatangi diari kehidupan kita. Rencana Allah sentiasa mengatasi rencana hamba-Nya. Rencana “Kami” sentiasa memberi kebaikan yang banyak berbanding kemahuan kita. Kemenangan Islam ialah membuka pintu hati manusia kepada Islam, bukan sekadar kemenangan di medan perang, kekuasaan atau... Continue Reading →
EMPAT FAEDAH HUDAIBIYAH DAN BAKI EMPAT TAHUN USIA KEHIDUPAN RASUL SAW SELEPAS HUDAIBIYAH
Selepas kelas daurah RAFAH sesi 1 selesai dan saya sempat membelek beberapa karya tafsir, ada persoalan belum berjawab dengan puas iaitu rahsia susunan tiga ayat pertama surah yang Nabi SAW sangat cintai lebih dari dunia dan segala isinya. Tiga ayat pertama surah al-Fath mengumumkan EMPAT faedah Hudaibiyah. Pertama, Nabi diangkat sebagai insan paling tinggi darjat... Continue Reading →
ANTARA MIMPI YUSUF DAN MIMPI RASULULLAH SAW DALAM AL-QURAN
Kemenangan Yusuf AS sebagai penguasa Mesir bermula dari sebuah mimpi semasa kecil di Palestin. Kemenangan Nabi SAW sebagai penguasa Makkah bermula dari sebuah mimpi di Madinah pada tahun 6 H. Kekadang Allah menunjukkan Dia al-Alim tentang masa depan agama-Nya ini pada insan-insan pilihan. Selepas mimpi, Yusuf AS mula dihalang ikhwahnya sendiri dari mendekati Yaaqub AS... Continue Reading →
MENUKAR “KULIAH” PADA “USRAH”
Alhamdulillah, sesi di UITM Jasin saya tidak gunakan slide powerpoint, sebaliknya memanfaatkan papan putih. Kerana dibuat di surau, saya mulakan sesi dengan mendekatkan siswa-siswi yang agak jauh dari saya agar mereka boleh berinteraksi dengan lebih berani dengan saya. Tajuk diberikan ialah RASULULLAH AS A LEADER : ADAB DENGAN BAGINDA. Jadi saya mulakan dengan defisini “leader”... Continue Reading →
SURAH AL-MASAD DAN KEMUSNAHAN REGIM PENGGANAS
Kekadang bila berpeluang solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak di rumah, saya akan memilih untuk membaca surah al-Masad. Sememangnya surah ini secara zahirnya menceritakan tiga perkara. PERTAMANYA, kemusnahan yang akan berlaku secara perlahan-lahan. Penggunaaan kalimah “tab-ba” membawa makna kemusnahan tidak berlaku dalam bentuk sekaligus. KEDUANYA, diperincikan azab Allah pada Abu Lahab dalam neraka. Tiada perincian... Continue Reading →
MOTIVASI KEMENANGAN BUAT GHAZZAH DAN TANAH NABI IBRAHIM DARI SURAH IBRAHIM
SEMOGA LIMA AYAT INI MENJADI MOTIVASI KEMENANGAN BUAT GHAZZAH DAN TANAH NABI IBRAHIM DARI SURAH IBRAHIM (INSHAALLAH) Ayat 5 : Ingatkan Bani Israil mengenai hari-hari Allah iaitu hari Allah musnahkan Firaun dan sesiapa yang mengaku dirinya Tuhan. Firaun itu bukan hanya cerita sejarah, bahkan ia boleh berulang kepada Bani Israil itu sendiri. Ingatlah mengapa tubuh... Continue Reading →