TADABBUR SURAH AL-MU’MINUUN : DARI AIR, BERMULANYA KEHIDUPAN

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَاۤىِٕقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَـٰفِلِینَوَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءَۢ بِقَدَرࣲ فَأَسۡكَنَّـٰهُ فِی ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۭ بِهِۦ لَقَـٰدِرُونَ “Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh (jalan) di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami. Dan Kami turunkan AIR hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta... Continue Reading →

TIADA PERINCIAN, ITULAH UJIAN KEIMANAN DALAM SURAH ORANG-ORANG YANG MANTAP IMAN

Shekh Dr Fadhl Hassan Abbas menerusi kitabnya قصص القرآن الكريم menjelaskan bahawa kisah Nabi Hud عليه السلام dalam surah al-Mu’minun mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga terbatallah dakwaan yang menyatakan kerapnya kisah-kisah al-Quran berlakunya “pengulangan”. Tidak disebut nama Nabi Hud dan kaum ‘Aad mempunyai hikmah yang bersesuaian dengan tema surah al-Mu’minun itu sendiri dan kedudukan surah... Continue Reading →

MENYUBURKAN POHON IMAN AGAR MENEDUH DAN MEMBUAH

Penyebutan kalimah “aflaha” sangat tepat pada menggambarkan kejayaan orang-orang beriman selepas usaha yang keras dilakukan untuk mempertahankan iman mereka. Menurut al-Sya’rawi, “aflaha” bermaksud membelah bumi untuk merangsang pertumbuhan benih yang ditanam ke tahap yang paling maksimum. Tanpa pembelahan berkenaan, pelbagai kerosakan boleh mendatangi benih yang tertanam. Menariknya, ciri-ciri mukmin pewaris syurga Firdaus yang digariskan dalam... Continue Reading →

Tadabbur Ayat 36 Surah Yusuf ; Yusuf Di Penjara

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ ۖ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْرًا ۖ وَقَالَ الْآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ ۖ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ ۖ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (36) Tafsir sebagai proses memahami apa yang (agaknya) dimaksudkan dari zahir kalimah dan ayat. Tadabbur sebagai proses memahami apakah tujuan akhir, maqasid dan hikmah... Continue Reading →

TIGA PERKARA SERING DILUPAKAN APABILA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN

Seringkali apabila kita menyambut hari lahir, fikiran kita terus terbang ke arah “restoran mana paling sedap mahu dibaham” atau “hadiah apa paling diidamkan”. Kekadang kita terlupa sekurang-kurangnya tiga peringatan buat diri apabila menyambut ulang tahun kelahiran, mengenang keadaan kita semasa hari pertama menjenguk dunia. KITA SENDIRIAN Tarikh lahir kita ialah tarikh kita meninggalkan alam rahim,... Continue Reading →

TADABBUR SURAH AL-BAQARAH, AYAT 258 : KISAH NABI IBRAHIM DI HADAPAN RAJA MENGAKU TUHAN

Selepas membelek pelbagai kitab tafsir, maka ini antara buah tadabbur yang saya temui : Kalimah ألم ترى mengajar adab berinteraksi dengan kisah-kisah al-Quran. Seseorang perlu merasa ketakjuban dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh Allah kepada kita melalui Rasul-Nya.Kalimah ألم ترى mengajar seseorang membaca kisah-kisah al-Quran seperti melihatnya berlaku di hadapan mata.Tidak disebut nama Namrud kerana... Continue Reading →

WAJARKAH BUKU PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DITULIS OLEH SEORANG LELAKI ?

Wajar ! Kenapa ? Kerana aku ingin memberitahu kaum lelaki bahawa al-Quran mendidik kita agar menyayangi ibu kita, mendidik isteri kita, menghormati adik kakak perempuan kita dan mengasihi anak-anak perempuan kita. Ya, mereka ada kelemahan, namun apabila kena cara didikan, dasarnya penghormatan bukannya penghinaan, isteri al-‘Aziz kembali ke pangkal jalan, permaisuri Saba’ akhirnya menemui Tuhan,... Continue Reading →

BERSAMA SURAH AL ANBIYA’

Bagi Dr Umar Ali Hasan Arafat (2018) dalam kajiannya دلالة أسماء السور القرانية على محاورها وموضوعاتها, nama surah menunjukkan kualiti-kualiti yang mesti diambil teladan oleh para pendakwah ketika menyampaikan kebenaran Hari Akhirat kepada manusia iaitulah hikmah dalam berhujah dan kesabaran sepanjang menanggung beban dakwah berkenaan. Bagi Shekh Ali Radhi Abu Zuraiq (2017) dalam kitabnya معجزة... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free