Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ? Kekadang kita tidak ambil kisah pun tulisan Rasm al-Quran sedangkan ia menjadi satu bab khusus dalam Ulum al-Quran kerana boleh membantu tadabbur. Sejak ditegur oleh penyelia saya dahulu agar memastikan hanya Rasm Uthmani sahaja digunakan, bukan Imla’ie untuk nas-nas al-Quran dalam thesis agar biar... Continue Reading →
IBRAH DARI “THE SOCIAL DILEMMA” (NETFLIX)
Sempena Hari Kesihatan Mental semalam, aku dan isteri mengambil kesempatan menonton dokumentari ala filem, “The Social Dilemma” di Netflix. Meskipun mesej akhir dari filem ini bukan perkara baru yang kami dengar, namun sesi temubual dengan bekas orang-orang penting di sebalik tercetusnya teknologi media sosial, itulah yang menyebabkan kami tidak senang duduk memikirkan zaman apakah yang... Continue Reading →
COVID-19: PESANAN NABI DAUD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN
Bersyukur itu bukanlah sekadar lafaz, bahkan mestilah dijelmakan dalam bentuk ilmu dan tindakan mencegah bahaya mengena tubuh di medan perang. Sunnah Nabi Daud itu bukanlah sekadar pada berpuasa, bahkan pada memikirkan usaha-usaha terbaik untuk menyelamatkan ummat dari bahaya musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak di hadapan. Semoga firman Allah SWT kepada Nabi Daud... Continue Reading →
MENGENAI TEKNIK BUKA AL-QURAN SECARA “RANDOM” : SIRI 2
Semakin banyak kaedah-kaedah didakwa boleh mendapat “jawapan segera” dari Allah pada permasalahan hidup. Adakah kita sudah hilang kesabaran ? Di mana lagi manisnya solat yang dikerjakan semasa ditimpa musibah sama ada kecil atau besar, kalau semuanya sudah boleh menyingkap hikmah dan “jawapan pantas” dari Tuhan ? Dunia yang semakin memenangkan servis mana yang paling pantas,... Continue Reading →
MENDAMBA CAHAYA DARI SURAH IBRAHIM
Ambil sehelai kertas dan buatkan dua titik. Satu di atas, satu di bawah. Jarakkan sejauh mungkin. Kemudian letakkanlah pen di titik bawah. Pejamkan mata. Cuba buat garisan dari titik bawah hingga titik atas dengan sekali pergerakan sahaja. Berjaya sampai titik atas ? Bolehkah berjaya dengan mata terpejam ? Bolehkah berjaya sampai dengan kegelapan ?Nama surah... Continue Reading →
MEMURNIKAN KEFAHAMAN “KALAU KAMU BERSYUKUR, NESCAYA AKU TAMBAHKAN NIKMAT ITU”
Firman Allah SWT : وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Surah Ibrahim, 14 : 7 Barangkali ayat ini sering kedengaran dibacakan... Continue Reading →
RESENSI BUKU: TARJUMAN AL-QURAN
Antara sebab aku beli tafsir “Tarjuman al-Quran” ini kerana mahu perhalusi kisah “Cyrus The Great” menurut Old Testament dan literasi orang-orang Yahudi sendiri. Mereka yang membekalkan tiga soalan kepada pimpinan kafir Quraish - lalu turunlah surah al-Kahfi - pastinya mereka mahu mengetahui perincian mengenai seseorang yang dianggap mereka “penyelamat besar” datuk moyang mereka di negara... Continue Reading →
HIKMAH SALAH SATU KALIMAH DARI 405 KALIMAH YANG TIDAK BERULANG DALAM AL-QURAN
Salah SATU dari 405 kalimah yang “yatim piatu” dan bersendirian, yang tidak berulang dalam al-Quran dalam apa jua bentuk kata terbitan, ialah تَدَّخِرُونَ . وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ ۚ “…dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu…” (Ali Imran, 3... Continue Reading →
YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN
Al-Quran sangat teliti dalam pemilihan perkataan. Kekadang satu kalimah itu apabila diterjemahkan, terjemahannya sama sahaja dengan kalimah lain dalam al-Quran, sedangkan hakikat sebenar sangatlah berbeza. Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian dijalankan ialah kalimah-kalimah yang unik dan bersendirian, yang hanya muncul sekali sahaja tanpa ada pengulangan dalam apa jua bentuk. Ia disebut... Continue Reading →
BEKERJA MEREALISASIKAN MIMPI, BUKAN MENUNGGU MIMPI TERJADI DENGAN GOYANG KAKI
Mimpi Nabi Ibrahim a.s. dikisahkan dalam surah al-Saffat. Mimpi Nabi Yusuf a.s. dikisahkan dalam surah Yusuf. Mimpi Rasulullah SAW dikisahkan dalam surah al-Fath. Ketiga-tiga kisah mimpi dalam al-Quran ini mempunyai persamaan. Mimpi yang diterima ketiga-tiga Nabi ini adalah wahyu iaitulah khabar yang benar atau pemberitahuan dari masa hadapan dari Pencipta makhluk yang bernama masa. Pemberitahuan... Continue Reading →