Tema Surah Surah ini menjelaskan siapa sebenarnya buta dan siapa sebenarnya bakal bermasam muka. Lebih baik buta di dunia dari buta di Akhirat (surah Taha ayat 125 ; قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا) Lebih baik ditegur Tuhan lalu berubah selepas terlanjur bermasam muka di dunia dari menjadi manusia yang bermasam muka di... Continue Reading →
AL-QURAN SEBAGAI RAHMAT?
Apa makna kenyataan di atas ? Ia bukan slogan kosong, tetapi berakar dari ayat 3 surah Luqman, surah yang berakarkan kisah seorang ayah yang penyayang. Apa maknanya? Di mana anda berada, masalah apa pun anda hadapi, al-Quran seperti menjadi penasihat sulit anda yang sangat menyayangi anda. Ketika anda terlalu ingat pada anak kecil yang sakit... Continue Reading →
TADABBUR SURAH AL-TIN
Nama surah berkaitan dengan ayat pertama. Sebahagian besar para ulama menyatakan ayat pertama surah ini mengisyaratkan tanah Syam dan Baitulmaqdis yang diberkati kerana diutusnya ramai para anbiya Bani Israil sehingga berakhir dengan terutusnya Nabi Isa AS. Thur Saina’ merujuk kepada lokasi kerasulan Nabi Musa manakala tanah Haram merujuk kepada lokasi kerasulan Rasulullah SAW.Sumpah dilakukan kepada... Continue Reading →
SURAH “AL-DUKHAN” DAN AKHIR ZAMAN
Menggunakan kaedah asas ( العُدُولَ مِنَ الحَقِيقَةِ إلى المَجازِ لا يَجُوزُ إلّا لِدَلِيلٍ مُنْفَصِلٍ ), Ahmad al-Watari mengembangkan penghujahan al-Imam Fakhruddin al Razi RH dalam tafsirnya, Mafatih al-Ghayb mengenai surah al-Dukhan. Menurut penulis, al-Dukhan yang dimaksudkan dalam surah al-Dukhan ialah tanda besar Kiamat sebagaimana dijelaskan dalam hadis-hadis fitan. Penggunaan lafaz فَارْتَقِبْ (nantikanlah) pada ayat 10... Continue Reading →
BERSAMA SURAH AL-DUKHAN
Nama surah menunjukkan kekuasaan Allah untuk menghapuskan orang-orang kafir walau mereka memiliki kemewahan materialistik terunggul dan kekuasaan tertinggi di dunia seperti regim Firaun. Nama surah menunjukkan peristiwa azab yang pernah mendatangi kaum Quraish di Makkah selepas Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan mereka agar ditimpa seumpama kemarau pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام agar mereka... Continue Reading →
PERUBAHAN MESTI BERMULA DARI DALAM: TADABBUR SURAH YUSUF AYAT 6
Perubahan Mesti Bermula Dari Dalam ; Tadabbur Surah Yusuf Ayat 6 Hikmah Surah Yusuf Sang Pemerintah Terunggul Mesir Bermula Dari Sebuah Rumah Kecil Kekadang kita mengalami kesulitan untuk berubah kerana keadaan sekeliling yang tidak membantu perubahan. Ia seperti “broken family” yang menyaksikan konflik adik beradik di sana sini. Penyakit dengki dan iri hati serta menerima... Continue Reading →
AKU TAKJUB DENGAN PERMULAAN SURAH YUSUF
TADABBUR AYAT 4SURAH YUSUFOleh : Syaari Ab Rahman إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Yusuf: 4 Mengapa Allah... Continue Reading →
MENGAPA BICARA MENGENAI HARI KIAMAT, TIBA-TIBA BERALIH KEPADA BICARA MENGENAI PERKATAAN DAKWAH YANG LEBIH BAIK ?
Kebanyakan kitab-kitab tafsir tidak menghubungkan antara ayat 53 surah al-Isra’ dengan ayat-ayat sebelumnya. Seakan-akan ia satu naratif baru sedang dibina tanpa kaitan dengan isu-isu sebelumnya. وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang... Continue Reading →
SEGMEN TADABBUR IKIMFM
IKIMfmTerbitan Puan Ummu Furqan NorhayatiParadiSurah al Zalzalah Nama surah berasal dari kalimah “Zallah” ( زَلَّة ) iaitulah keadaan kaki terketar-ketar dengan tidak pun disengajakan, akibat dari faktor yang bukan berpunca dari dalam tubuh atau gangguan di otak.Zalla ( زَلَّ ) ialah keadaan seseorang yang tidak boleh berdiri dengan stabil, tetapi bukan kerana mabuk (al-Asfahani).Pengulangan “Zal”... Continue Reading →
MERUMUS KISAH TIGA RASUL DALAM SURAH YASIN
Kedatangan para Rasul untuk mengembalikan nama baik sebuah bangsa dan negara, bukan sebaliknya membawa malapetala dan bencana. Yang sebaliknya mereputkan kestabilan negara ialah al-Mala’ yang hanya melihat gerakan kebenaran sebagai ancaman kepada survival tampuk kekuasaan mereka. Sebuah kisah penggembelingan kreativiti dan kerja sepasukan antara tiga Rasul sebagai belas kasihan dari al-Rahman agar kaum yang melakukan... Continue Reading →