ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI

ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI(Segmen IBRAH 23.3.1437) 1. Surah Al-A'raaf (163-168) ini seharusnya meningkatkan keimanan kita pada memahami maksud "المغضوب عليهم" dalam Al-Fatihah yang baca setiap kali solat. Itulah kisah sekumpulan Yahudi yang dilaknat Allah menjadi kera. 2. TIGA ujian "sengaja" didatangkan Allah kepada Bani Israil. dilarang melakukan sebarang aktiviti pada hari Sabtu melainkan hanya... Continue Reading →

KISAH-KISAH DALAM SURAH AL-BAQARAH

Dengan memahami sembilan kisah di dalamnya, tema-tema utama pada setiap kisah berkenaan, ia boleh membantu kita memahami surah “paling mencabar” ini sebagai sebuah jalan cerita yang teratur dengan keteraturan yang kita hanya mampu lafazkan “Subhanallah”.

“PROGRAM” ALLAH SWT KE ATAS NABI SAW DENGAN BERNIAGA

Sirah menjelaskan Baginda SAW memulakan pengalaman perdagangan seawal usia 12 tahun dan aktif berniaga selama lebih 28 tahun. Ternyata ia hanyalah “program” Allah mempersiap bakal Rasul yang kelak sinar dakwahnya sampai ke seluruh tanah Arab. Baginda telah sampai ke tanah-tanah penting orang Arab sebelum menjadi Rasul seperti Yaman, Syria, Iraq, Jordan, Bahrain. Al-Ashajj, pemimpin satu... Continue Reading →

MENYINGKAP TABIR HUDAIBIYYAH

Kaum muslimin mahu mengubat rindu pada Baitullah, sedangkan Allah berkehendak agar Islam tersebar ke seluruh tanah Arab. Sungguh Allah mahu kebaikan yang lebih besar pada dunia ini ketika kita mungkin berfikir sebatas kemahuan peribadi. Meskipun “Muhammad Rasulullah” berjaya menggembirakan Quraish kerana dipadamkan dari surat perdamaian Hudaibiyah, namun mereka lupa bahawa cop mohor “Muhammad Rasulullah” pada... Continue Reading →

ALHAMDULILLAH, KETIBAAN “HADAIQ AL-RUH” DI TERATAK MAKTABAH MSNS

Ayat 15 hingga 19 surah Yusuf berbicara mengenai kejayaan saudara-saudara Yusuf meletakkan Yusuf di dasar sumur yang dalam, kesungguhan mereka mendustakan ayah mereka sendiri serta pertolongan Allah kepada Yusuf di dasar perigi. Dari sudut MUNASABAH, ayat 19 sangat sesuai dengan ayat-ayat sebelumnya kerana ayat-ayat sebelumnya berbicara mengenai kesepakatan saudara-saudara Yusuf untuk menimpakan keburukan kepadanya dan... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started