KETIBAAN TAFSIR SYANQITHI

Alhamdulillah, telah tiba ke maktabah kami tafsir yang dirindui, “Adhwa’ al-Bayan fi Idhah al-Qur’an bi al-Qur’an”.

Kekadang satu ayat itu kurang difahami (kerana kelemahan diri sendiri), namun dengan dihubungkan dengan ayat yang lain atau ayat-ayat yang lain, dengan adanya titik persamaan yang kukuh seperti persamaan kalimah, maka jelaslah ayat yang kurang difahami berkenaan sejelas-jelasnya.

Dan adakah ada tafsiran yang lebih baik dari mentafsirkan sesuatu ayat Allah dengan ayat Allah yang lain ?

Dan adakah ada yang lebih Mengetahui tentang makna sebenar ayat Allah itu sendiri kalau bukan Allah SWT itu sendiri yang menurunkan kalam-Nya ?

Itulah sebab aku merasakan kelompangan jika maktabahku tiada tafsir bil ma’thur ini.

Ada sesuatu yang ditawarkan al-Allamah Muhammad al-Amin Syanqithi (wafat 1393 H) yang tiada dalam tafsir-tafsir yang lain.

Demikianlah percubaan para ulama tafsir zaman berzaman pada memahami kalam Tuhan.

Seperti bintang di langit, kekadang yang muncul di mata kasar hanya beberapa buah bintang sahaja.

Namun hakikatnya, ada banyak lagi yang belum muncul, belum singgah di mata manusia.

Sedangkan jika diperhatikan dengan teleskop, ada ribuan bintang lain lagi. Jutaan sekalipun jumlahnya. Tersusun rapi. Tersergam indah. Tidak bercanggah. Tidak berlanggar antara satu sama lain.

Tiada percanggahan pada ayat Allah !

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started