SAMA ADA KHADIR A.S. SUDAH WAFAT ATAU MASIH HIDUP

Sama ada Nabi Khadir عليه السلام masih hidup atau sudah wafat, pengajaran dari kisah pertemuan Khadir dan Musa عليهما السلام hendaklah diberi perhatian dan keutamaan. Antara perkara paling besar kita pelajari dari kisah pertemuan keduanya ialah Allah sentiasa ada rencana yang baik kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Halusnya rencana Allah sehingga sulit untuk difahami akal manusia... Continue Reading →

MEMAKNAI MAULID DENGAN SURAH MUHAMMAD

Dr Fuad al-Banna dalam karya beliau bertajuk أسماء السور ودورها في صناعة النهضة الجامعة (2012) menyenaraikan surah Muhammad antara sepuluh surah “acuan” peradaban Islam yang progresif. Menurutnya, surah Muhammad mengeluarkan enam sifat “pasukan” Muhammad صلى الله عليه وسلم tanpa membataskan sifat “pasukan” itu kepada batasan masa dan batasan tempat. Surah ini membumikan ciri-ciri “pasukan” Muhammad... Continue Reading →

KEKADANG KEPIMPINAN ITU IALAH APABILA ENGKAU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TIDAK POPULAR

Anakanda Fatihah ditanya Abinya, apakah sebab dia kagum sangat dengan kisah Nabi Musa ? Dia menjawab, “Musa membelah lautan!” Lagi ? Dia menjawab, “Musa bercakap-cakap dengan Tuhan!” Lalu Abinya mencelah, menawarkan jawapan baru untuk dipertimbangkan anakanda, sekaligus mencabar kefahamannya yang sedia ada. “Musa memilih untuk meninggal dunia di sisi kaumnya, Fatihah!” Lalu anakanda tertanya-tanya apa... Continue Reading →

TIDAK SELAMANYA KITA AKAN MENANG

Jika “sejarah ditulis oleh orang yang menang”, diari perjuangan Musa عليه السلام bukan berakhir pun dengan noktah kemenangan. Memilih untuk bersama kerenah Bani Israil hingga ke hujung usia, tidak berputus asa membina generasi yang lebih baik untuk memetik buah kemenangan, itulah barangkali hikmah kisah baginda menjadi kisah paling banyak dibentangkan Al-Quran. Bacalah kisah Musa bukan... Continue Reading →

Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ?

Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ? Kekadang kita tidak ambil kisah pun tulisan Rasm al-Quran sedangkan ia menjadi satu bab khusus dalam Ulum al-Quran kerana boleh membantu tadabbur. Sejak ditegur oleh penyelia saya dahulu agar memastikan hanya Rasm Uthmani sahaja digunakan, bukan Imla’ie untuk nas-nas al-Quran dalam thesis agar biar... Continue Reading →

IBRAH DARI “THE SOCIAL DILEMMA” (NETFLIX)

Sempena Hari Kesihatan Mental semalam, aku dan isteri mengambil kesempatan menonton dokumentari ala filem, “The Social Dilemma” di Netflix. Meskipun mesej akhir dari filem ini bukan perkara baru yang kami dengar, namun sesi temubual dengan bekas orang-orang penting di sebalik tercetusnya teknologi media sosial, itulah yang menyebabkan kami tidak senang duduk memikirkan zaman apakah yang... Continue Reading →

COVID-19: PESANAN NABI DAUD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN

Bersyukur itu bukanlah sekadar lafaz, bahkan mestilah dijelmakan dalam bentuk ilmu dan tindakan mencegah bahaya mengena tubuh di medan perang. Sunnah Nabi Daud itu bukanlah sekadar pada berpuasa, bahkan pada memikirkan usaha-usaha terbaik untuk menyelamatkan ummat dari bahaya musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak di hadapan. Semoga firman Allah SWT kepada Nabi Daud... Continue Reading →

MENDAMBA CAHAYA DARI SURAH IBRAHIM

Ambil sehelai kertas dan buatkan dua titik. Satu di atas, satu di bawah. Jarakkan sejauh mungkin. Kemudian letakkanlah pen di titik bawah. Pejamkan mata. Cuba buat garisan dari titik bawah hingga titik atas dengan sekali pergerakan sahaja. Berjaya sampai titik atas ? Bolehkah berjaya dengan mata terpejam ? Bolehkah berjaya sampai dengan kegelapan ?Nama surah... Continue Reading →

BEKERJA MEREALISASIKAN MIMPI, BUKAN MENUNGGU MIMPI TERJADI DENGAN GOYANG KAKI

Mimpi Nabi Ibrahim a.s. dikisahkan dalam surah al-Saffat. Mimpi Nabi Yusuf a.s. dikisahkan dalam surah Yusuf. Mimpi Rasulullah SAW dikisahkan dalam surah al-Fath. Ketiga-tiga kisah mimpi dalam al-Quran ini mempunyai persamaan. Mimpi yang diterima ketiga-tiga Nabi ini adalah wahyu iaitulah khabar yang benar atau pemberitahuan dari masa hadapan dari Pencipta makhluk yang bernama masa. Pemberitahuan... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started