TADABBUR SURAH AL-MU’MINUUN : DARI AIR, BERMULANYA KEHIDUPAN

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَاۤىِٕقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَـٰفِلِینَوَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءَۢ بِقَدَرࣲ فَأَسۡكَنَّـٰهُ فِی ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۭ بِهِۦ لَقَـٰدِرُونَ “Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh (jalan) di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami. Dan Kami turunkan AIR hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta... Continue Reading →

MENYUBURKAN POHON IMAN AGAR MENEDUH DAN MEMBUAH

Penyebutan kalimah “aflaha” sangat tepat pada menggambarkan kejayaan orang-orang beriman selepas usaha yang keras dilakukan untuk mempertahankan iman mereka. Menurut al-Sya’rawi, “aflaha” bermaksud membelah bumi untuk merangsang pertumbuhan benih yang ditanam ke tahap yang paling maksimum. Tanpa pembelahan berkenaan, pelbagai kerosakan boleh mendatangi benih yang tertanam. Menariknya, ciri-ciri mukmin pewaris syurga Firdaus yang digariskan dalam... Continue Reading →

Tadabbur Ayat 36 Surah Yusuf ; Yusuf Di Penjara

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ ۖ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْرًا ۖ وَقَالَ الْآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ ۖ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ ۖ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (36) Tafsir sebagai proses memahami apa yang (agaknya) dimaksudkan dari zahir kalimah dan ayat. Tadabbur sebagai proses memahami apakah tujuan akhir, maqasid dan hikmah... Continue Reading →

TIGA PERKARA SERING DILUPAKAN APABILA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN

Seringkali apabila kita menyambut hari lahir, fikiran kita terus terbang ke arah “restoran mana paling sedap mahu dibaham” atau “hadiah apa paling diidamkan”. Kekadang kita terlupa sekurang-kurangnya tiga peringatan buat diri apabila menyambut ulang tahun kelahiran, mengenang keadaan kita semasa hari pertama menjenguk dunia. KITA SENDIRIAN Tarikh lahir kita ialah tarikh kita meninggalkan alam rahim,... Continue Reading →

TADABBUR SURAH AL-BAQARAH, AYAT 258 : KISAH NABI IBRAHIM DI HADAPAN RAJA MENGAKU TUHAN

Selepas membelek pelbagai kitab tafsir, maka ini antara buah tadabbur yang saya temui : Kalimah ألم ترى mengajar adab berinteraksi dengan kisah-kisah al-Quran. Seseorang perlu merasa ketakjuban dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh Allah kepada kita melalui Rasul-Nya.Kalimah ألم ترى mengajar seseorang membaca kisah-kisah al-Quran seperti melihatnya berlaku di hadapan mata.Tidak disebut nama Namrud kerana... Continue Reading →

SEANDAINYA KELAK ANGKA KES COVID-19 DIUMUMKAN SIFAR …

Apabila datang satu ketika nanti diumumkan kes Covid-19 di Malaysia sudah sifar, bergembiralah dengan membesarkan Allah SWT, jauhilah kegembiraan yang melalaikan. Usahlah hidup kita sama seperti sebelum musibah ini, seolah-olah tiada apa-apa pun terjadi sebelum ini. Senaraikan nikmat-nikmat, kenanglah kebaikan-kebaikan, ingatlah hikmah-hikmah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita, keluarga kita dan negara ini sepanjang... Continue Reading →

ULUM AL-QURAN UNTUK FATIHAH

Sepanjang mengajarnya Muqaddam dari al-Naas hingga al-Naba’, anakanda Fatihah Wajihah sangat suka bertanya, khususnya apabila beliau diminta membaca terjemahan surah itu sendiri. Kekadang soalannya sangat mencabar, namun itulah yang membangunkan kematangan Abi dan Uminya mengajar permata puteri enam tahun kami ini. Setiap kali selesai membaca Muqaddam, saya meminta Fatihah mengulang semula bacaan juzuk ‘Amma ini.... Continue Reading →

MEMAKNAI ‘IDULFITRI DENGAN “HIDANGAN MAKANAN” DARI LANGIT

Firman Allah SWT : ‎قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ “Isa ibni Maryam berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu kami yang ada hari ini... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started