Tanasub Surah Hud dan Yusuf

Surah Hud paparkan agenda dakwah kepada kaum (umum), surah Yusuf paparkan agenda dakwah kepada individu (khusus). Surah Hud seakan dakwah di luar rumah atau tempat terbuka, surah Yusuf seakan dakwah dalam rumah atau tempat tertutup.Surah Yusuf paparkan perjalanan tema-tema surah Hud dengan susunan refleksi atau imej terbalik (ring composition). Seakan-akan apa yang dilalui enam kisah... Continue Reading →

MEMASUKI BULAN MUHARRAM

Tidak dapat dibayangkan kalau kita boleh menemuramah seorang Bani Israil dari zaman Nabi Musa عليه السلام yang masih hidup dan sempat melalui pengalaman “Laut Merah” berkenaan, atau menjemputnya ke surau dan masjid kita berkongsi detik-detik mencemaskan menimpa Bani Israil sebelum dikurniakan kemenangan yang ajaib dari Allah SWT. Pastinya kita akan sujud sajdah berkali-kali mengkagumi kehebatan... Continue Reading →

BILA UMURMU SUDAH SAMPAI EMPAT PULUH…

“Bila umur empat puluh, barulah mantap tumbuhnya kedewasaan sebagai insan. Kalau umur belum capai empat puluh, biasalah manusia itu mahu benar sendirian, menang sendirian. Namun bila sudah capai empat puluh, mulailah dia insafi bahawa ada orang lain di sekelilingnya. Mulailah dia insafi bahawa dia tidak mungkin hidup sendirian di dunia ini. Mulailah dia berkurangan dorongan... Continue Reading →

RESENSI NOVEL “DHUHA ; CAHAYA PAGI YANG TERANG” YANG DIINSPIRASI DARI SURAH AL-DHUHA

Alhamdulillah, dapat tamatkan bacaan karya kreatif ini dalam 3 hari sahaja sepanjang bercuti Iduladha baru-baru ini. Ya, kalau dah novel namanya, kenapa perlu ambil masa lama-lama untuk tamatkan sahaja debaran babak seterusnya 😂 Seumpama membaca tafsir al-Azhar yang tafsiran ayat-ayat al-Quran disulamkan Buya Hamka dengan pelbagai cerita benar dari pengalaman kehidupannya sendiri, Dr Mohd Daud... Continue Reading →

PENGAJARAN DARI HENTIAN KEDUA ZULQARNAIN عليه السلام

Tiada perincian mengenai apa yang ditemui Zulqarnain di sana. Namun kalimah “kazalika” menunjukkan polisinya di hentian pertama sama sahaja dengan hentian kedua, tiada perubahan. Begitulah pemerintah yang soleh, semakin luas kekuasaan, dari Barat ke Timur, jatidiri dan polisi keadilannya tidak berubah. Sebaliknya pemerintah yang dijelaskan dalam kisah pemuda al-Kahfi dan hentian pertama Musa dan Khadir... Continue Reading →

SIAPAKAH DUA “KUMPULAN” YANG MENYEBABKAN PEMUDA AL-KAHFI DIBANGKITKAN ?

ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا Abdullah Muhammad Basmeih : Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (Al-Kahfi, 18 : 12) Menurut Dr Muhammad Inayatullah Subhani, “hizb” pada ayat ini tidaklah merujuk... Continue Reading →

AJAIBNYA RENCANA TUHAN, KEKADANG IA JELAS KELIHATAN, KEKADANG IA HALUS SEHINGGA TIDAK KELIHATAN

Awalan surah Yusuf, rencana Tuhan amat halus, hingga tidak kelihatan kebaikan yang akan hadir selepas kesusahan. Disangka keburukan hingga diharap agar segeralah anak kecil itu diselamatkan ayahnya sendiri, namun telaga itulah yang telah menghantar Yusuf kepada pentas kekuasaan tertinggi di negara jiran. Akhiran surah Yusuf, rencana Yusuf عليه السلام atas ilham dari Tuhan amat halus,... Continue Reading →

AKU DAN SURAH AL-RUM

Apa perasan anda apabila al-Quran sendiri menyebut anda akan menang semula selepas kalah, akan bangkit semula selepas rebah ? Bukankah ia melahirkan optimisme dan kerja keras untuk merealisasikan kemenangan semula yang dijanjikan itu bukan ? Bicara Tuhan pasti tidak sia-sia. Dia Maha kenal potensi kita walau kita pernah jatuh terluka rebah dihina. Al-Quran yang dibaca,... Continue Reading →

NIKMAT IDULFITRI TANPA PKP

Nikmat beraya kali ini bukan sekadar penyatuan semula semua adik beradik di sisi ibu tersayang selepas dua kali “raya PKP” tidak dapat melakukannya. Bahkan pada bertemu semula keluarga besar Tuan Guru Haji Yaacob, dari dekat dan dari jauh dengan asbab kenduri kesyukuran perkahwinan dua orang adik saya, Abdul Azim Abdul Rahman dan Hajar Farhana Abdul... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started