Awal Makkiah, pertengahan Makkiah dan akhir Makkiyah yang berbeza rentak tari perjuangan dakwah Nabi صلى الله عليه وسلم menyebabkan pendekatan surah berbeza, identiti surah berubah. Tiga belas tahun di Makkah, cuaca dakwah dan suhu kepanasan tentangan tidak sama dari semasa ke semasa.
IBRAH DI SEBALIK ISU “FEELING IS PRAYER”
Apa jua teknik berdoa yang kita belajar dari kursus-kursus motivasi, kita perlu ingat bahawa al-Qur’an sudah membimbing kita sejak dari surah al-Fatihah lagi ke arah kemustajaban doa.
KISAH-KISAH WANITA DALAM AL-QURAN : ANTARA DUA BENTUK TADABBUR
Al-Qur’an diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia. Seperempat al-Qur’an pula adalah kisah-kisah yang asal usulnya dari masa lampau. Sebahagian kecil dari kisah-kisah itu pula adalah kisah para wanita, sama ada yang diredhai Allah atau sebaliknya dimurkai.
BUKAN TADABBUR JIKA TIDAK MENGHASILKAN KETUNDUKAN DAN MENAMBAH KEHAMBAAN
TADABBUR adalah merasakan besarnya limpahan kasih sayang Al-Rahman di sebalik setiap ayat-ayat yang dilalui dan diperhatikan dengan mendalam. Di situlah terletaknya “lubb” kepada segala kemukjizatan al-Quran.
MEMBUMIKAN “HUDAIBIYYAH” DALAM KEHIDUPAN
Sabar Nabi di Hudaibiyyah bukan dengan "dipukul pipi kanan, diberikan pula pipi kiri". Sabar Nabi di Hudaibiyyah adalah menangguhkan kemarahan ke atas lawan dengan memikirkan adakah ada tindak balas lain yang kelak menukar lawan menjadi kawan. Dua tahun selepas itu, ia menjadi kenyataan.
DI SEBALIK “WAZKUR” DALAM SURAH MARYAM
Penggunaan kalimah واذكر pada kisah pertama dan kedua dalam surah Maryam bertujuan menimbulkan kekaguman pembaca pada kisah ketiganya yang juga bermula dengan kalimah yang sama.
MASIH SOMBONG DI HADAPAN AL-QURAN ?
Keistimewaan al-Quran adalah ia mengerdilkan akal orang yang pintar, membuat mulut orang cerdik terkunci, menumpul kefasihan ahli bahasa.
RAHMATAN LIL ALAMIN MENURUT QURAISH SHIHAB
Salah satu yang terpenting yang mesti dteladani dari Baginda adalah mencerminkan rahmat dan kasih sayang bukan hanya kepada manusia, bahkan pda binatang, tumbuh-tumbuhan, bahkan makhluk-makhluk yang kita namakan ia “tak bernyawa”.
APABILA KEGHAIRAHAN PADA AL-QURAN
Kekadang seseorang harus hidup dalam kesepian atau “dipenjara” agar mampu menyelesaikan sebahagian dari penafsiran al-Quran. Buya Hamka dan Sayyid Qutb menyelesaikan tafsirnya dalam penjara yang menyakitkan.
TAFSIR MENURUT TURUTAN PENURUNAN : BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH
Kita perlu bersedia dengan satu hakikat bahawa para ulama yang soleh yang kita cintai keilmuan mereka ini adalah manusia yang tidak terlepas dari kesilapan dalam berijtihad. Membincangkan mana turun dahulu dan mana turun kemudian sangatlah penting untuk menghargai hikmah pensyariatan sesuatu hukum dan hikmah pendidikan al-Quran secara beransur-ansur kepada generasi salaf al-soleh terdahulu.