DALAM SURAH AL MAIDAH, NABI MUSA MAHU MENGAMBIL ALIH PALESTIN DARI PENDUDUK ASING. MAKA YAHUDI HARI INI MENERUSKAN “SUNNAH” NABI MUSA. BENARKAH ?

1. Nabi Musa yang sama bantu dua wanita Madyan Arab ? Atau kalian nak kata Madyan bukan orang Arab ? Jangan mazhab “favouritsm” dengan kitab kalian sendiri dan selektif dalam fakta sejarah moyang kalian 2. Musa tidak teruskan hasrat tawan Baitulmaqdis apabila mendapati pengikutnya bermasalah. Musa menerima ketentuan Tuhan untuk menghukum 40 tahun kaumnya yang... Continue Reading →

TENGOK LEBAH PUN, BOLEH TERINGAT PALESTIN ?

Pertembungan Muslim dan Zionis di Palestin bukanlah pertembungan atas dasar siapa lebih berhak ke atas tanah air ini sahaja. Bahkan ia pertembungan nilai الِّشِّفاء yang dibawa ummat Muhammad dan nilai الِّشِّقاء yang dibawa ummat Bani Israil Zionis. Apa yang mahu “diperjalankan” ke Palestin bukanlah sekadar umat tauhid penduduk asal tanah Syam itu, bahkan fitrah keamanan... Continue Reading →

TADABBUR SURAH AL-MASAD

TADABBUR SURAH AL-MASAD@IKIM.FM Muqaddimah Surah ini berbicara mengenai Abu Lahab dan isterinya. Allah kurniakan pada mereka kecantikan, harta, kebangsawanan, bahkan dalam keluarga dan kejiranan Nabi. Namun tentangan merekalah yang diberikan paling sengit kepada Nabi.Abu Lahab pernah membaling batu kepada Nabi SAW hingga berdarah tumit kaki baginda.Setiap kali musim haji, Abu Lahab mengikut dengan rapat jejak... Continue Reading →

LEGASI NABI MUSA DALAM SURAH AL-ISRA’

LEGASI NABI MUSA DALAM SURAH AL-ISRA’ DI Wacana Al-Quran JAM 5.30 PETANG INI, INSHAALLAH وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ أَلاَّ تَتَّخِذُواْ مِن دُونِي وَكِيلاً Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan... Continue Reading →

MENDIDIK ANAK ISU PALESTIN : MENGENALPASTI “PINTU MASUK” YANG BETUL

Palestin untuk anak-anak, dari pintu mana kita mahu anak-anak masuk. Pintu boikot? Pintu nasyid-nasyid al Quds? Pintu derma kilat? Indoktrinasi? Generalisasi? Video pengeboman? Diskusi yang sangat baik dikendalikan Dr Hazwani bersama ustaz Hasrizal Abdul Jamil My Learning Journey dan moga lebih banyak percambahan topik sebegini diadakan. Banyak yang mahu dinotakan dengan ayat saya sendiri dari... Continue Reading →

ANTARA KITA DAN MEREKA

Allah sudah memelihara aib saudara-saudara Yusuf dengan tidak pun menyebut nama-nama mereka. Bahkan Allah menamatkan surah Yusuf dengan babak keinsafan dan taubat mereka, bahkan benarlah janji Allah mereka semua menjadi sebelas bintang cerah (kaukaban). Namun demikian, kesudahan yang baik berlaku kepada ikhwah Yusuf berkenaan, al-Quran tetap mengabadikan ucapan-ucapan dusta dan kerenah-kerenah biadap mereka terhadap ayah... Continue Reading →

PALESTIN DAN PERTEMBUNGAN KUMPULAN “AKHIRAH” DENGAN KUMPULAN “AJILAH”

Berjiran dengan surah al-Kahfi yang memaparkan kisah pemuda yang bangkit dari “kematian”, maka surah al-Isra’ bertemakan keimanan kepada hari kehidupan semula selepas kematian. Berpaksikan ayat 1 yang merupakan sebuah peristiwa yang menimpa Rasul di Masjidil Aqsa yang tiada seorang pun manusia melihatnya, maka tema keimanan kepada Ghaibiyyat ini sedang dipasakkan surah al-Isra’ sehingga peristiwa itu... Continue Reading →

BERITA GEMBIRA MASA DEPAN PALESTIN DARI AYAT 7 SURAH AL-ISRA’

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا Terjemahan : Jika kamu (Bani Israil) berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.... Continue Reading →

SEGALA KARAKTER “ISLAM” PADA DOA NABI YUSUF ALAIHISSALAM

Awal doa mengenai ciri utama ISLAM iaitu keseimbangan antara dua mazhab keterlaluan iaitu mazhab ilmu tanpa amal (الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ) dan mazhab amal tanpa ilmu (الضَّالِّينَ). Akhir doa, Baginda memohon agar kelak diwafatkan sebagai MUSLIM.Kombinasi ilmu duniawi ( رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ ) iaitu ilmu mengurus kerajaan dengan ilmu ukhrawi ( وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ... Continue Reading →

KEKALKAN BERTENANG KETIKA MUSUH MERANCANG, BESARKAN ALLAH LEBIH DARI RENCANA MUSUH ITU SENDIRI

“Ustaz, mengapa ayat tema “Maulidur Rasul” dalam surah perang, selepas ayat-ayat mengenai peperangan ?” Indah sekali Buya HAMKA dalam Tafsir al-Azhar memetik kisah Ummu Salamah bagi menggambarkan “munasabah” ayat ini di babak-babak akhir menutup tirai kisah perang Khandaq dalam surah al-Ahzab. Ummu Salamah isteri Baginda ibu orang-orang beriman berkata : “Aku bersama Rasul dalam banyak... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started