MEMBUMIKAN “HUDAIBIYYAH” DALAM KEHIDUPAN

Sabar Nabi di Hudaibiyyah bukan dengan "dipukul pipi kanan, diberikan pula pipi kiri". Sabar Nabi di Hudaibiyyah adalah menangguhkan kemarahan ke atas lawan dengan memikirkan adakah ada tindak balas lain yang kelak menukar lawan menjadi kawan. Dua tahun selepas itu, ia menjadi kenyataan.

RAHMATAN LIL ALAMIN MENURUT QURAISH SHIHAB

Salah satu yang terpenting yang mesti dteladani dari Baginda adalah mencerminkan rahmat dan kasih sayang bukan hanya kepada manusia, bahkan pda binatang, tumbuh-tumbuhan, bahkan makhluk-makhluk yang kita namakan ia “tak bernyawa”.

NAMA ALLAH DAN KONTEKS SURAH YANG MEMAPARKANNYA

Terdapat perbezaan nama-nama Allah antara surah Hud dan surah al-Dzariyat ketika kedua-dua surah ini merakamkan ucapan Malaikat yang menyebut nama-nama Allah di sebalik perbuatan-Nya SWT memberikan anak kepada Nabi Ibrahim pada usia baginda dan isterinya sudah lanjut.

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started