(SEKURANG-KURANGNYA) LIMA PENGAJARAN TERINDAH DARI SURUH AL-RA’DU (G-U-R-U-H)

G : Gagahnya kebatilan tidaklah bertahan lama 🥀 Kilat itu tempohnya seketika cuma walau ia kelihatan gagah perkasa. Suara gagah guruh pasti menjelma selepas itu. Kemudiannya, tiada makhluk yang boleh menghalang turunnya berita gembira dari langit iaitu hujan yang menjadi rahmat Allah buat manusia. 🥀 Kekalkan kepercayaanmu pada kemenangan al-Haq walaupun ia mengambil masa untuk... Continue Reading →

AL-QURAN SEBAGAI RAHMAT?

Apa makna kenyataan di atas ? Ia bukan slogan kosong, tetapi berakar dari ayat 3 surah Luqman, surah yang berakarkan kisah seorang ayah yang penyayang. Apa maknanya? Di mana anda berada, masalah apa pun anda hadapi, al-Quran seperti menjadi penasihat sulit anda yang sangat menyayangi anda. Ketika anda terlalu ingat pada anak kecil yang sakit... Continue Reading →

BERSAMA SURAH AL-DUKHAN

Nama surah menunjukkan kekuasaan Allah untuk menghapuskan orang-orang kafir walau mereka memiliki kemewahan materialistik terunggul dan kekuasaan tertinggi di dunia seperti regim Firaun. Nama surah menunjukkan peristiwa azab yang pernah mendatangi kaum Quraish di Makkah selepas Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan mereka agar ditimpa seumpama kemarau pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام agar mereka... Continue Reading →

AL ISRA’ MEMERANGI KETAKSUBAN

Apabila kita marah, perhatikanlah apa yang bakal kita kata. Fikirkanlah dua tiga kali adakah itu perkataan yang LEBIH BAIK. Adakah lebih baik dari keadaanmu ketika marah. Apabila semua kita terus berkata apa sahaja dalam fikirannya, ia hanya memburukkan perpecahan sesama kita, lalu yang bergembira hanyalah syaitan sahaja. ‎وَقُل لِّعِبَادِی یَقُولُوا۟ ٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ... Continue Reading →

NOTA YANG TERTUNDA AKIBAT “BLACKOUT”

Ibrah Tiga Hari Nabi Zakariyya AS Tidak Boleh Bercakap : Perbandingan Gaya Bahasa Surah Ali Imran dan Maryam Muqaddimah Kisah Nabi Zakariyya AS dan isterinya diumumkan mendapat anak, Yahya AS telah dikisahkan dalam tiga surah iaitu surah Ali Imran (surah 3, ayat 37 hingga 41), surah Maryam (surah 19, ayat 2 hingga 11) dan surah... Continue Reading →

MUNASABAH TEMA TASBIH SELEPAS 12 WASIAT SURAH AL ISRA’

قُل لَّوۡ كَانَ مَعَهُۥٓ ءَالِهَةٞ كَمَا يَقُولُونَ إِذٗا لَّٱبۡتَغَوۡاْ إِلَىٰ ذِي ٱلۡعَرۡشِ سَبِيلٗا ٤٢ Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤٣ Maha Sucilah Allah dan... Continue Reading →

10 PERKARA SAYA BELAJAR DARI BUKU INI

Dalam bab “Solusi Umar dan Salahuddin”, Santi Soekanto menegaskan “mustahil kita membebaskan Masjidil Aqsa tanpa ilmu dan makrifat yang telah digunakan Amirul Mu’minin Umar al Khattab dan Salahuddin al Ayyubi.Dalam bab “Rencana Strategik Nabi Muhammad SAW Ke Atas Baitulmaqdis”, Prof El Awaisi ada membawa kisah Nabi SAW menggunakan 10 malam di Tabuk untuk mengadakan perdamaian... Continue Reading →

AYAT AL-QURAN BUKAN JAMPI

Maaf jika saya menegur. Tidak salah membaca ayat-ayat tertentu untuk atasi masalah tertentu. Namun, apabila terlalu ramai “share” tanpa sebarang komentar, dibimbangi ia seolah-olah menggambarkan itulah satu-satunya “tafsiran” ayat tersebut, maka saya kurang selesa...PERTAMA, ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk kita TADABBUR (memerhatikan makna yang sebenar dengan pemerhatian yang mendalam) kerana makna kepada sesuatu ayat sangatlah banyak... Continue Reading →

“JANGAN RISAU, TUNGGU IMAM MAHDI MUNCUL, SEMUA MIMPI NGERI INI AKAN BERLALU!”

Permulaan perjalanan Zulqarnain bermula secara “horizontal” sama ada ke Barat atau ke Timur. Perjalanan beliau dalam al Kahfi berakhir secara “vertikal” iaitu ke pergunungan. Hentian pertama dan kedua memerlukan jalan ke depan. Hentian ketiga memerlukan jalan ke atas, sebuah pendakian untuk membina tembok perlindungan kepada mereka di bawah. Bermula dengan “horizontal” barangkali mengisyaratkan hubungan sesama... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started