Move On from Negativity

Waktu ini, kaum mukminin di tanah Zaitun sedang giat membina semula rumah, masjid dan hospital mereka agar ia kembali berfungsi seperti biasa. Seakan tiada apa yang berlaku semalam, walaupun hakikatnya luka genocide itu terlalu perit untuk dikenang. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ Dan pakaianmu, maka bersihkanlah iaSurah al-Muddaththir ayat 4 Ia bukan sekadar tentang baju da‘i yang bersih.... Continue Reading →

MENGETUK PINTU 2026 DENGAN DOA NABI YUSUF ALAHISSALAM (12:101)

Di penghujung Surah Yusuf, terdapat satu doa yang sangat ringkas, tetapi sarat dengan makna kepimpinan. Ia bukan doa orang yang sedang gagal, bukan juga doa orang yang sedang mencari peluang. Ia adalah doa Nabi Yusuf ketika berada di puncak amanah, kuasa dan kepercayaan. Saya ada mengulas lanjut dalam karya terdahulu, “Pengikut Yang Merosakkan”, namun sudut... Continue Reading →

PERSIDANGAN SURI RUMAH KEBANGSAAN

Alhamdulillah, terima kasih Suri Rumah Rahmah atas jemputan ke Persidangan Suri Rumah Kebangsaan ini. Mujur isteri yang menemani menguatkan saya untuk tidak rasa "alien" dalam majlis yang sangat bermakna untuk "empower" kumpulan ‘suri rumah tauuu…’. 😁 Hampir 250 orang wanita yang membanjiri dewan The Everly Putrajaya ini, semoga Allah merahmati himpunan yang diadakan untuk merenung... Continue Reading →

LIMA FAKTA MENARIK YANG HANYA ADA DALAM SURAH TAHA

Klik gambar untuk tonton video kuliah Babak Munajat Musa di Lembah Thuwa Paling Detail Surah Taha memaparkan kisah Nabi Musa bermunajat di Lembah Thuwa dengan sangat terperinci, termasuk perintah Allah agar Musa menanggalkan kasut, pengenalan Allah kepada Musa, dan perintah untuk pergi kepada Firaun. Perincian ini lebih mendalam berbanding surah lain seperti al-Qasas atau al-A‘raf.... Continue Reading →

AYAT-AYAT TUHAN DALAM KEHIDUPAN

Kadang-kadang Allah hadirkan sebuah pengalaman… bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk membuka hati kita agar lebih faham ayat-ayat-Nya. Ayat yang pernah kita lalui, kita syarahkan, tiba-tiba menjadi hidup di hadapan mata. Di TV al-Hijrah, saya baru menyentuh kisah Yusha‘ bin Nun. Murid Nabi Musa ini diberi kesempatan oleh Allah mencapai sesuatu yang gurunya sendiri tidak... Continue Reading →

DUNIA “PODCAST” DAN AYAT-AYAT MUTAQABILIN DI SYURGA

Kenapa podcast makin popular sekarang? Mungkin kita sedang rindu duduk berhadapan dan berbicara dengan jiwa. Kekadang, kita sulit memahami ayat-ayat Syurga sehinggalah Allah mendatangkan setitis nikmat buat manusia untuk lebih faham penggambaran di Syurga. Salah satunya ialah berbicara secara berhadap-hadapan, hati ke hati, memberi semangat dan kekuatan pada yang mendengar. عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ “Mereka berada... Continue Reading →

ANTARA “MENONTON DI STADIUM” DAN “MENONTON DI KACA TELEVISYEN”

Memang banyak kelebihan apabila berkesempatan ke stadium melihat sendiri perlawanan bersejarah Malaysia akhirnya berjaya menang ke atas Vietnam selepas 10 tahun penantian. Sorakannya, debarannya, dan getaran semangatnya tak sama seperti menonton di rumah. Suasananya hidup. Saya bukan sekadar menonton, saya merasakan, bersama adik-adik staf saya. Begitulah juga para sahabat. Mereka bukan sekadar membaca al-Quran, mereka... Continue Reading →

JANGAN GOYANG KAKI TUNGGU IMAM MAHDI!

Jangan goyang kaki tunggu imam Mahdi. Jika begitu, apa faedah pesan-pesan panjang lebar dalam surah al-Isra’, dari sekecil perkara dalam rumah hinggalah kepimpinan negara kena bertindak. Allah beri kunci untuk buka pintu kemenangan, tiba-tiba kita “malas” dan menunggu seseorang diturunkan dari langit untuk bukakan pintu itu. Membina jambatan pada “Mahdi” ialah menjadi muslih pada daerah... Continue Reading →

“BATU BERSURAT” DI MASJID BULUH, GUA MUSANG

Sebagai mukmin, apabila dipertemukan dengan mana-mana halaman al-Quran, atau diperdengarkan dengan mana-mana ayat Allah, harusnya kita berfikir dengan mendalam apa maknanya dan kenapa agaknya Allah “menurunkan” ayat itu kepada kita. Setibanya di Masjid Buluh, Gua Musang, isteri yang kali pertama hadir ke sini bertanya, “abang, ayat-ayat ini mengenai apa ya?” Saya jawab, “Kena tanya orang... Continue Reading →

DOA BAGINDA AGAR KERJA DI PEJABAT JADI BERKUALITI DAN JADI IBADAH

Esok akan menyampaikan topik kerja sebagai ibadah di WBS Shah Alam. Selain mengambil inspirasi dari seorang tokoh nabi yang diwafatkan Allah semasa “waktu bekerja”, konsep kerja sebagai ibadah kelihatannya telah dirumuskan dengan begitu berhikmah, komprehensif dan genius dari Nabi kita صلى الله عليه وسلم dalam bentuk doa sahaja. Saya datangkan matan asal hadis dan membuat... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started