
Dinamakan Earendel, bintang paling jauh dapat ditemui teknologi ciptaan manusia. Jarak 12.9 bilion (12,900,000,000) tahun cahaya.
Penemuan “Earendel” yang lima kali ganda dari saiz matahari telah memecahkan rekod “Icarus” (2018) dengan kejauhan 9 bilion tahun cahaya.
Seakan membaca sebuah majalah atau menonton sebuah filem, kita menyangka apa yang kita baca atau apa yang kita tonton selama ini, itulah permulaan sebuah kisah.
Namun ternyata sangkaan kita meleset.
Rupanya apa yang kita baca selama ini sedang berada di bab kelima atau bab kesepuluh.
Kita dikejutkan dengan munculnya bab-bab pertama dan kedua, bab-bab yang lebih awal yang tidak kelihatan kerana berhabuknya mata kita.
Kita baru diberitahu adanya para pendahulu, nenek moyang yang telah beraksi lebih awal dan kaitannya dengan rantaian bintang-bintang gemilang yang kita saksikannya sekarang.
Semakin maju teknologi, semakin kerdil kelihatannya bimasakti dan bumi itu sendiri.
Semakin bersungguh manusia mengkaji, semakin tidak terjangkau di fikiran betapa luasnya saiz angkasa ciptaan Ilahi.
Tidakkah terasakah kerdilnya diri ?
Tidak rasaikah sempurnanya setiap segi ciptaan Ilahi ?
Tidak gentarkah untuk berdiri di hadapan-Nya nanti ?
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئاً وَهُوَ حَسِيرٌ
Syaari Ab Rahman
28 Sha’ban 1443 H
Leave a comment