TADABBUR KISAH ASHAB AS-SABTI

Tadabbur kisah Ashab al-Sabti akan membawa kita beberapa buah ibrah antaranya : Al-Quran bukti kerasulan Nabi Kisah ini ialah ayat-ayat Madaniyah dalam surah Makkiyah (al-Khalidi). Kisah ini tiada dalam Old Testament mahupun tafsir-tafsir kepada kitab itu. Tetapi kisah yang terjadi pada moyang Yahudi ini diketahui dan berlegar sesama Yahudi di Madinah. Nabi diminta “bertanya kepada... Continue Reading →

BAHTERA NUH SEBAGAI PERINGATAN

Bukanlah yang dimaksudkan bahtera itu kekal sebagai peringatan dengan maksud zat atau acuan fizikal yang membentuk bahtera itu dikekalkan di atas bukit Judiyy. Tetapi yang dimaksudkan ialah setiap bahtera yang dicipta selepas itu hendaklah dilihat sebagai sebuah peringatan. Bahawa sesiapa juga yang menaiki bahtera dan berlayar di lautan, hendaklah mengingati peristiwa banjir besar yang Allah... Continue Reading →

HIKMAH TIDAK DINYATAKAN BILANGAN PEMUDA AL-KAHFI

Mengapakah Allah SWT tidak terus mengumumkan jumlah sebenar pemuda al-Kahfi ialah tujuh orang ? Bukankah Dia Maha Mengetahui lalu lebih baik Dia SWT memuktamadkan tanpa khilaf ? Mengapa Dia SWT membuka ruang perbezaan pandangan berkenaan ? Ini kerana Allah SWT mahu mendidik bahawa setiap kisah al-Quran yang dipaparkan akan menguji pembacanya adakah dia berjaya mencari... Continue Reading →

ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI

ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI(Segmen IBRAH 23.3.1437) 1. Surah Al-A'raaf (163-168) ini seharusnya meningkatkan keimanan kita pada memahami maksud "المغضوب عليهم" dalam Al-Fatihah yang baca setiap kali solat. Itulah kisah sekumpulan Yahudi yang dilaknat Allah menjadi kera. 2. TIGA ujian "sengaja" didatangkan Allah kepada Bani Israil. dilarang melakukan sebarang aktiviti pada hari Sabtu melainkan hanya... Continue Reading →

MEMPERBAHARUI SEMANGAT PASUKAN BADAR PADA SETIAP HARI JUMAAT

Beruntunglah mereka yang menghafal al-Quran 114 surah! Al-Quran, apabila dihubungkan antara ayat-ayat dan surah-surah dengan dalil-dalil hubungan yang kuat dan kukuh, pasti menawarkan cahaya hidayah dan ibrah yang lebih jelas tanpa disangka-sangka pembaca. Apabila al-Kahfi merakamkan وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ dan al-Anfaal merakamkan وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ iaitu kukuhnya ikatan iman dalam hati mereka dan kukuhnya ikatan... Continue Reading →

PEMUDA DAN MEMBUAT PILIHAN

Apabila disebut “fityah”, kita mungkin cenderung kepada kemahuan menyiasat siapakah nama-nama mereka. Kita terlupa bahawa kalimah itu sendiri sudah lebih dari memadai untuk dihayati berbanding nama-nama mereka sendiri. Melainkan kita tidak pernah melalui usia muda dan kepemudaan.

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started