Perubahan Mesti Bermula Dari Dalam ; Tadabbur Surah Yusuf Ayat 6 Hikmah Surah Yusuf Sang Pemerintah Terunggul Mesir Bermula Dari Sebuah Rumah Kecil Kekadang kita mengalami kesulitan untuk berubah kerana keadaan sekeliling yang tidak membantu perubahan. Ia seperti “broken family” yang menyaksikan konflik adik beradik di sana sini. Penyakit dengki dan iri hati serta menerima... Continue Reading →
AKU TAKJUB DENGAN PERMULAAN SURAH YUSUF
TADABBUR AYAT 4SURAH YUSUFOleh : Syaari Ab Rahman إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Yusuf: 4 Mengapa Allah... Continue Reading →
MENGAPA BICARA MENGENAI HARI KIAMAT, TIBA-TIBA BERALIH KEPADA BICARA MENGENAI PERKATAAN DAKWAH YANG LEBIH BAIK ?
Kebanyakan kitab-kitab tafsir tidak menghubungkan antara ayat 53 surah al-Isra’ dengan ayat-ayat sebelumnya. Seakan-akan ia satu naratif baru sedang dibina tanpa kaitan dengan isu-isu sebelumnya. وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang... Continue Reading →
SEGMEN TADABBUR IKIMFM
IKIMfmTerbitan Puan Ummu Furqan NorhayatiParadiSurah al Zalzalah Nama surah berasal dari kalimah “Zallah” ( زَلَّة ) iaitulah keadaan kaki terketar-ketar dengan tidak pun disengajakan, akibat dari faktor yang bukan berpunca dari dalam tubuh atau gangguan di otak.Zalla ( زَلَّ ) ialah keadaan seseorang yang tidak boleh berdiri dengan stabil, tetapi bukan kerana mabuk (al-Asfahani).Pengulangan “Zal”... Continue Reading →
MERUMUS KISAH TIGA RASUL DALAM SURAH YASIN
Kedatangan para Rasul untuk mengembalikan nama baik sebuah bangsa dan negara, bukan sebaliknya membawa malapetala dan bencana. Yang sebaliknya mereputkan kestabilan negara ialah al-Mala’ yang hanya melihat gerakan kebenaran sebagai ancaman kepada survival tampuk kekuasaan mereka. Sebuah kisah penggembelingan kreativiti dan kerja sepasukan antara tiga Rasul sebagai belas kasihan dari al-Rahman agar kaum yang melakukan... Continue Reading →
AL ISRA’ MEMERANGI KETAKSUBAN
Apabila kita marah, perhatikanlah apa yang bakal kita kata. Fikirkanlah dua tiga kali adakah itu perkataan yang LEBIH BAIK. Adakah lebih baik dari keadaanmu ketika marah. Apabila semua kita terus berkata apa sahaja dalam fikirannya, ia hanya memburukkan perpecahan sesama kita, lalu yang bergembira hanyalah syaitan sahaja. وَقُل لِّعِبَادِی یَقُولُوا۟ ٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ... Continue Reading →
NOTA YANG TERTUNDA AKIBAT “BLACKOUT”
Ibrah Tiga Hari Nabi Zakariyya AS Tidak Boleh Bercakap : Perbandingan Gaya Bahasa Surah Ali Imran dan Maryam Muqaddimah Kisah Nabi Zakariyya AS dan isterinya diumumkan mendapat anak, Yahya AS telah dikisahkan dalam tiga surah iaitu surah Ali Imran (surah 3, ayat 37 hingga 41), surah Maryam (surah 19, ayat 2 hingga 11) dan surah... Continue Reading →
BERSAMA SURAH AL-TAKATHUR
Surah ini bertema segolongan manusia yang sangat leka mengumpul kekayaan sendiri, tanpa menghiraukan orang lain. Kelekaan dan kesenangan mereka memabukkan mereka dari mengingati hal-hal yang lebih besar, yang sebenarnya sedang menanti di hadapan mereka, iaitu bermula dengan kematian dan seterusnya perjalanan ke alam Akhirat. Kelalaian ( أَلۡهَىٰكُمُ ) di sini menurut Buya Hamka RH, lalai... Continue Reading →
MUNASABAH TEMA TASBIH SELEPAS 12 WASIAT SURAH AL ISRA’
قُل لَّوۡ كَانَ مَعَهُۥٓ ءَالِهَةٞ كَمَا يَقُولُونَ إِذٗا لَّٱبۡتَغَوۡاْ إِلَىٰ ذِي ٱلۡعَرۡشِ سَبِيلٗا ٤٢ Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤٣ Maha Sucilah Allah dan... Continue Reading →
10 PERKARA SAYA BELAJAR DARI BUKU INI
Dalam bab “Solusi Umar dan Salahuddin”, Santi Soekanto menegaskan “mustahil kita membebaskan Masjidil Aqsa tanpa ilmu dan makrifat yang telah digunakan Amirul Mu’minin Umar al Khattab dan Salahuddin al Ayyubi.Dalam bab “Rencana Strategik Nabi Muhammad SAW Ke Atas Baitulmaqdis”, Prof El Awaisi ada membawa kisah Nabi SAW menggunakan 10 malam di Tabuk untuk mengadakan perdamaian... Continue Reading →