“Ha-ja-ra” ( ح - ج - ر ) bermaksud mencegah, MENGHALANG dan menutup sesuatu agar tidak ditimpa sesuatu yang lain (Ibnu Faris, Mu’jam al Maqayis). Ayat 5 surah al-Fajr (هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ) menjelaskan “zi hijr” sebagai pemilik akal yang sihat kerana akal itu MENGHALANG dirinya dari melakukan sesuatu yang di akhirnya akan... Continue Reading →
LEGASI PEMIKIRAN SHEKH DR SOLAH AL-KHALIDI PADA MEMERANGI ISRAILIYYAT
Antara legasi fikrah Shekh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi رحمه الله ialah ketegasannya menjauhkan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam pentafsiran al-Quran. Menerusi karya إسرائيليات معاصرة (2015) ini, Shekh menjelaskan “cengkaman” Israiliyyat tidak hanya sebatas sumber-sumber rujukan Yahudi mengenai kisah para anbiya’ yang penuh dengan kebatilan dan kesalahan, bahkan akar dan falsafah “Israiliyyat” itu telah melebarkan serangannya terhadap... Continue Reading →
Tafsir Kontemporari Dr Fadil Salih al-Samra’i
Jika anda tercari-cari satu tafsir kontemporari yang menghimpunkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bahasa Arab dan memfokuskan pada surah-surah tertentu sahaja sebagai pembuktikan kepada aspek kemukjizatan itu, inilah salah satunya. Di dalam karya على طريق التفسير البياني ini, Dr Fadil Salih al Samra’i menghimpunkan empat tiang utaman “tafsir bayyani” iaitu فقه اللغة , فقه التصريف ,... Continue Reading →
“KAMAR-KAMAR BUDI” YANG MENGEMBALIKAN CINTAKU PADA SURAH YUSUF
Alhamdulillah, diberikan kesempatan membaca karya ustaz Hasrizal My Learning Journey bertajuk “Kamar Kamar Budi ; Iktibar Akhlak dan Etika Sosial Daripada Surah al-Hujurat” terbitan Abideen Books Saya memilih untuk membaca hingga tamat “Kamar-Kamar Budi” (KKB) kerana gaya penulisan yang membumikan tadabbur ayat hingga kelihatan mengena dengan permasalahan semasa merupakan gaya penulisan yang saya sedang pelajari... Continue Reading →
(SEKURANG-KURANGNYA) LIMA PENGAJARAN TERINDAH DARI SURUH AL-RA’DU (G-U-R-U-H)
G : Gagahnya kebatilan tidaklah bertahan lama 🥀 Kilat itu tempohnya seketika cuma walau ia kelihatan gagah perkasa. Suara gagah guruh pasti menjelma selepas itu. Kemudiannya, tiada makhluk yang boleh menghalang turunnya berita gembira dari langit iaitu hujan yang menjadi rahmat Allah buat manusia. 🥀 Kekalkan kepercayaanmu pada kemenangan al-Haq walaupun ia mengambil masa untuk... Continue Reading →
TADABBUR SURAH ABASA -IKIM
Tema Surah Surah ini menjelaskan siapa sebenarnya buta dan siapa sebenarnya bakal bermasam muka. Lebih baik buta di dunia dari buta di Akhirat (surah Taha ayat 125 ; قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا) Lebih baik ditegur Tuhan lalu berubah selepas terlanjur bermasam muka di dunia dari menjadi manusia yang bermasam muka di... Continue Reading →
AL-QURAN SEBAGAI RAHMAT?
Apa makna kenyataan di atas ? Ia bukan slogan kosong, tetapi berakar dari ayat 3 surah Luqman, surah yang berakarkan kisah seorang ayah yang penyayang. Apa maknanya? Di mana anda berada, masalah apa pun anda hadapi, al-Quran seperti menjadi penasihat sulit anda yang sangat menyayangi anda. Ketika anda terlalu ingat pada anak kecil yang sakit... Continue Reading →
TADABBUR SURAH AL-TIN
Nama surah berkaitan dengan ayat pertama. Sebahagian besar para ulama menyatakan ayat pertama surah ini mengisyaratkan tanah Syam dan Baitulmaqdis yang diberkati kerana diutusnya ramai para anbiya Bani Israil sehingga berakhir dengan terutusnya Nabi Isa AS. Thur Saina’ merujuk kepada lokasi kerasulan Nabi Musa manakala tanah Haram merujuk kepada lokasi kerasulan Rasulullah SAW.Sumpah dilakukan kepada... Continue Reading →
SURAH “AL-DUKHAN” DAN AKHIR ZAMAN
Menggunakan kaedah asas ( العُدُولَ مِنَ الحَقِيقَةِ إلى المَجازِ لا يَجُوزُ إلّا لِدَلِيلٍ مُنْفَصِلٍ ), Ahmad al-Watari mengembangkan penghujahan al-Imam Fakhruddin al Razi RH dalam tafsirnya, Mafatih al-Ghayb mengenai surah al-Dukhan. Menurut penulis, al-Dukhan yang dimaksudkan dalam surah al-Dukhan ialah tanda besar Kiamat sebagaimana dijelaskan dalam hadis-hadis fitan. Penggunaan lafaz فَارْتَقِبْ (nantikanlah) pada ayat 10... Continue Reading →
BERSAMA SURAH AL-DUKHAN
Nama surah menunjukkan kekuasaan Allah untuk menghapuskan orang-orang kafir walau mereka memiliki kemewahan materialistik terunggul dan kekuasaan tertinggi di dunia seperti regim Firaun. Nama surah menunjukkan peristiwa azab yang pernah mendatangi kaum Quraish di Makkah selepas Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan mereka agar ditimpa seumpama kemarau pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام agar mereka... Continue Reading →