SESUAI DIJADIKAN BAHAN DISKUSI USRAH Perjalanan dari satu juzuk ke satu juzuk pada bulan Ramadhan telah menatijahkan pasukan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR membuktikan al-Quran sentiasa kaya dan segar makna-maknanya meskipun pelbagai perspektif digunakan. Pasukan ini menggunapakai perspektif pembangunan peradaban. Lalu mereka menemui ada sahaja ayat-ayat Allah yang memberi makna kepada definisi pembangunan peradaban... Continue Reading →
ULUM AL-QURAN UNTUK FATIHAH
Sepanjang mengajarnya Muqaddam dari al-Naas hingga al-Naba’, anakanda Fatihah Wajihah sangat suka bertanya, khususnya apabila beliau diminta membaca terjemahan surah itu sendiri. Kekadang soalannya sangat mencabar, namun itulah yang membangunkan kematangan Abi dan Uminya mengajar permata puteri enam tahun kami ini. Setiap kali selesai membaca Muqaddam, saya meminta Fatihah mengulang semula bacaan juzuk ‘Amma ini.... Continue Reading →
RESENSI BUKU: SENI BERFIKIR YANG HILANG
Beberapa Mutiara Berharga Dari “Seni Berfikir Yang Hilang” Walau apa pun isu yang kita bincangkan, ingatlah bahawa kita perlu bertindak "beyond the current issue". Kita tidak terikat dengan isu semasa, malah kita perlu mengatasinya kerana kita mahu berbincang tentang ilmu. (Halaman 16-17) Jangan biarkan Islam 'mati' apabila ia sampai kepada kita. Jika kita tidak menyebarkannya,... Continue Reading →
MEMAKNAI ‘IDULFITRI DENGAN “HIDANGAN MAKANAN” DARI LANGIT
Firman Allah SWT : قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ “Isa ibni Maryam berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu kami yang ada hari ini... Continue Reading →
RESEENSI BUKU: TADABBUR SURAH AL-ANFAL
RAMAI YANG BERTANYA SEMASA SESI “LIVE” PAGI TADI, MAKA INILAH BUKUNYA. SINOPSIS BUKU 17 RAMADHAN“TADABBUR SURAH AL-ANFAAL”Penulis : Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Muhammad Mukhlis YunusTerbitan : Centre of Quranic Research - CQR, Universiti Malaya Antara model karya tadabbur surah yang mesti diketengahkan sebagai pengisian gelombang tadabbur al-Quran pada masa kini. Saya melihat karya ini... Continue Reading →
TADABBUR JUZUK 13
Adakah Yusuf عليه السلام memaafkan saudara-saudaranya semasa pertemuan ketiga mereka dengan di Mesir iaitu sebaik sahaja mereka menginsafi kesalahan mereka ? Tidak! Bahkan Yusuf عليه السلام telah memaafkan mereka jauh sebelum itu lagi. Jadi apa yang sebenarnya berlaku dalam tiga kali pertemuan antara baginda dan saudara-saudaranya di Mesir ? Ia bukanlah kerana dendam. Bahkan kerana... Continue Reading →
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA Semasa sesi tafsir tahlili ayat pertama surah al-Kahfi bersama Prof. Madya. Dr Abdul Aziz kelmarin, ada rakan bertanya beliau mengenai pengalamannya pernah dengar huruf ba’ sahaja ada 8 tafsiran. Terus saya tangkap buku ini. Sebuah... Continue Reading →
ADUHAI, BELUM SEMPAT BELEK TAFSIR YANG BARU DIBELI, KELUAR PULA TAFSIR YANG BARU.
Semoga Allah merahmati ulama tafsir dari Mesir, Shekh Ahmad bin Ahmad al-Thawil hafizhahullah, penulis واحة التفسير . Beliau telah mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkan tafsir 15 jilid ini. Inilah karya tafsir yang sepintas lalu saya mendapatinya kombinasi yang sangat harmonis antara tafsir maudhui’ surah dan tafsir bil ma’thur. Ia selesai ditulis penulis pada tahun... Continue Reading →
RAMADHAN SEUMPAMA YUSUF ALAIHISSALAM
Terdapat dua belas bulan dalam setahun. Ia seumpama dua belas orang-orang anak-anak Nabi Ya’qub عليه السلام . Ramadhan bersama sebelas bulan itu seumpama Yusuf عليه السلام bersama saudara-saudaranya. Yusuf menjadi anak paling dicintai Ya’qub, seumpama Ramadhan yang dicintai al-Rahman علام الغيوب. Segunung tinggi mana pun dosa-dosa saudara-saudara Yusuf, akhirnya pertemuan di musim ketiadaan makanan itulah... Continue Reading →
RAMADHAN SEBAGAI BULAN LATIHAN MEMBESARKAN ALLAH عز وجل
Jika Ramadhan itu dihadirkan untuk kita membesarkan ALLAH, maka apakah maksud membesarkan ALLAH ? Adakah sekadar bertakbir di hari raya ‘Idulfitri ? وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Abdullah Muhammad Basmeih : “…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu... Continue Reading →