TADABBUR SURAH AL-BAQARAH, AYAT 258 : KISAH NABI IBRAHIM DI HADAPAN RAJA MENGAKU TUHAN

Selepas membelek pelbagai kitab tafsir, maka ini antara buah tadabbur yang saya temui : Kalimah ألم ترى mengajar adab berinteraksi dengan kisah-kisah al-Quran. Seseorang perlu merasa ketakjuban dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh Allah kepada kita melalui Rasul-Nya.Kalimah ألم ترى mengajar seseorang membaca kisah-kisah al-Quran seperti melihatnya berlaku di hadapan mata.Tidak disebut nama Namrud kerana... Continue Reading →

WAJARKAH BUKU PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DITULIS OLEH SEORANG LELAKI ?

Wajar ! Kenapa ? Kerana aku ingin memberitahu kaum lelaki bahawa al-Quran mendidik kita agar menyayangi ibu kita, mendidik isteri kita, menghormati adik kakak perempuan kita dan mengasihi anak-anak perempuan kita. Ya, mereka ada kelemahan, namun apabila kena cara didikan, dasarnya penghormatan bukannya penghinaan, isteri al-‘Aziz kembali ke pangkal jalan, permaisuri Saba’ akhirnya menemui Tuhan,... Continue Reading →

BERSAMA SURAH AL ANBIYA’

Bagi Dr Umar Ali Hasan Arafat (2018) dalam kajiannya دلالة أسماء السور القرانية على محاورها وموضوعاتها, nama surah menunjukkan kualiti-kualiti yang mesti diambil teladan oleh para pendakwah ketika menyampaikan kebenaran Hari Akhirat kepada manusia iaitulah hikmah dalam berhujah dan kesabaran sepanjang menanggung beban dakwah berkenaan. Bagi Shekh Ali Radhi Abu Zuraiq (2017) dalam kitabnya معجزة... Continue Reading →

RESENSI BUKU: THE TARJUMAN AL-QURAN

Walaupun beliau terkenal dengan pentafsiran “aneh” kepada kisah pemuda al-Kahfi serta kritikan-kritikan kepada Mafatih al-Ghayb, namun itu tidak seharusnya menghalang aku dari mengambil sisi kebaikan dari tadabbur seorang lagi ulama pemikir India. Lahir dari suasana pergolakan hubungan antara Hindu dan Muslim serta banyak terinspirasi dengan jejak Sayyid Ahmad Khan, beliau menulis tafsirnya ini dari jeriji... Continue Reading →

MENGAPA KISAH-KISAH AL-QURAN TIDAK BERGAMBAR?

Allah mencipta seni dan seniman, lalu mengapa tidak dipaparkan kisah-kisah ummat terdahulu dalam bentuk ilustrasi atau bergambar, sebagaimana galak dilakukan dalam agama ciptaan manusia kepada kisah-kisah nenek moyang mereka ? “Al-Quran tidak menceritakan sesuatu secara fotografis iaitu penggambaran yang tidak hidup. Sebaliknya, setiap ceritanya disampaikan dengan metod penyampaian yang hidup dan membuatkan peristiwa itu laksana... Continue Reading →

SEANDAINYA KELAK ANGKA KES COVID-19 DIUMUMKAN SIFAR …

Apabila datang satu ketika nanti diumumkan kes Covid-19 di Malaysia sudah sifar, bergembiralah dengan membesarkan Allah SWT, jauhilah kegembiraan yang melalaikan. Usahlah hidup kita sama seperti sebelum musibah ini, seolah-olah tiada apa-apa pun terjadi sebelum ini. Senaraikan nikmat-nikmat, kenanglah kebaikan-kebaikan, ingatlah hikmah-hikmah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita, keluarga kita dan negara ini sepanjang... Continue Reading →

HIDAYAH : ANTARA SEBAB DAN MUSABBAB

Persoalan “mendahulukan dan mengkemudiankan” (التقديم والتأخير) bukanlah persoalan remeh. Bahkan ia sebahagian dari episod perbahasan panjang kemukjizatan al-Quran. Masakan tidak, dalam surah Taha, “kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa”. Dalam surah al-A’raaf dan al-Syuaraa’, “kami telah beriman dengan Tuhan Musa dan Harun”. Setiap kalimah yang dipilih sangat teliti. Setiap susunan kalimah ke kalimah... Continue Reading →

TADABBUR AYAT 24 SURAH YUSUF

https://youtu.be/n1iE3dcoc98 ‎وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ Inilah ayat yang menguji kita pelajar tafsir untuk menyaring pendapat-pendapat ahli tafsir yang pelbagai. Kekalkan bersikap pertengahan. Jangan belajar tafsir untuk sekadar berdebat dengan orang lain (yang mempunyai rujukan tafsir berbeza). Jangan... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started