AKU TAKJUB DENGAN PERMULAAN SURAH YUSUF

TADABBUR AYAT 4SURAH YUSUFOleh : Syaari Ab Rahman إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Yusuf: 4 Mengapa Allah... Continue Reading →

SEGMEN TADABBUR IKIMFM

IKIMfmTerbitan Puan Ummu Furqan NorhayatiParadiSurah al Zalzalah Nama surah berasal dari kalimah “Zallah” ( زَلَّة ) iaitulah keadaan kaki terketar-ketar dengan tidak pun disengajakan, akibat dari faktor yang bukan berpunca dari dalam tubuh atau gangguan di otak.Zalla ( زَلَّ ) ialah keadaan seseorang yang tidak boleh berdiri dengan stabil, tetapi bukan kerana mabuk (al-Asfahani).Pengulangan “Zal”... Continue Reading →

MERUMUS KISAH TIGA RASUL DALAM SURAH YASIN

Kedatangan para Rasul untuk mengembalikan nama baik sebuah bangsa dan negara, bukan sebaliknya membawa malapetala dan bencana. Yang sebaliknya mereputkan kestabilan negara ialah al-Mala’ yang hanya melihat gerakan kebenaran sebagai ancaman kepada survival tampuk kekuasaan mereka. Sebuah kisah penggembelingan kreativiti dan kerja sepasukan antara tiga Rasul sebagai belas kasihan dari al-Rahman agar kaum yang melakukan... Continue Reading →

BERSAMA SURAH AL-TAKATHUR

Surah ini bertema segolongan manusia yang sangat leka mengumpul kekayaan sendiri, tanpa menghiraukan orang lain. Kelekaan dan kesenangan mereka memabukkan mereka dari mengingati hal-hal yang lebih besar, yang sebenarnya sedang menanti di hadapan mereka, iaitu bermula dengan kematian dan seterusnya perjalanan ke alam Akhirat. Kelalaian ( ‎أَلۡهَىٰكُمُ ) di sini menurut Buya Hamka RH, lalai... Continue Reading →

MUNASABAH TEMA TASBIH SELEPAS 12 WASIAT SURAH AL ISRA’

قُل لَّوۡ كَانَ مَعَهُۥٓ ءَالِهَةٞ كَمَا يَقُولُونَ إِذٗا لَّٱبۡتَغَوۡاْ إِلَىٰ ذِي ٱلۡعَرۡشِ سَبِيلٗا ٤٢ Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤٣ Maha Sucilah Allah dan... Continue Reading →

KERENAH TIGA KUMPULAN MANUSIA DALAM SURAH FUSSILAT

Tema surah ini ialah keagungan al Quran dengan segala kehebatan dan kemukjizatannya, namun aneh benar bagaimana manusia masih berpaling darinya, tidak pun memberi perhatian kepadanya ketika ia diperdengarkan ke atas mereka. Kalimah أعرض telah berulang sebanyak tiga kali - ayat 4, 13, 51 - dalam surah ini dengan konteks yang unik pada setiap satu ayatnya,... Continue Reading →

APABILA SEMUA PERKARA MAHU “GRAB” SEGERA

Menghadapi zaman “double speed Youtuber”, “Tik Tok” dan generasi “semua benda nak cepat”, kita diperingatkan dengan penyakit العاجلة (kesegeraan mahukan kesenangan) dalam surah al-Isra’. Ada sebab penghujung surah al-Isra’ menekankan al-Quran melahirkan generasi yang bertenang, tidak semua perkara perlu gopoh gapah dan tergesa-gesa mahukan jawapan. وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا Al-Israa':... Continue Reading →

“JANGAN RISAU, TUNGGU IMAM MAHDI MUNCUL, SEMUA MIMPI NGERI INI AKAN BERLALU!”

Permulaan perjalanan Zulqarnain bermula secara “horizontal” sama ada ke Barat atau ke Timur. Perjalanan beliau dalam al Kahfi berakhir secara “vertikal” iaitu ke pergunungan. Hentian pertama dan kedua memerlukan jalan ke depan. Hentian ketiga memerlukan jalan ke atas, sebuah pendakian untuk membina tembok perlindungan kepada mereka di bawah. Bermula dengan “horizontal” barangkali mengisyaratkan hubungan sesama... Continue Reading →

AL-QURAN DAN PROSES PEMBINAAN GENERASI DALAM SURAH AL-ISRA’ DAN “JIRAN-JIRAN”NYA

Analisa ini berasaskan kaedah Munasabah surah al-Isra dengan kumpulan ketiga surah-surah al-Quran (surah Yunus hingga al Nur, menurut kajian Amin Ahsan Islahi) Menurut Amin Ahsan Islahi, al-Quran terbahagi kepada tujuh bahagian. Setiap bahagian bermula dari surah Makkiah dan berakhir dengan surah Madaniah. Islahi meyakini surah al-Hijr (ayat 87) bukan sekadar surah al-Fatihah, bahkan al-Quran itu... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started