
Nama surah menunjukkan kekuasaan Allah untuk menghapuskan orang-orang kafir walau mereka memiliki kemewahan materialistik terunggul dan kekuasaan tertinggi di dunia seperti regim Firaun.
Nama surah menunjukkan peristiwa azab yang pernah mendatangi kaum Quraish di Makkah selepas Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan mereka agar ditimpa seumpama kemarau pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام agar mereka kembali bertaubat (Tafsir al Thabari RH, Tafsir Ibnu Kathir RH, Tafsir al Alusi RH, Tafsir Syed Qutb RH berdasarkan hadis Sahih Bukhari 1248 dan Sahih Muslim 2798)
“Keyakinan kita bahawa peristiwa al-Dukhan dalam al-Quran iaitu pada ayat ini merupakan peristiwa yang terjadi di Makkah pada zaman Rasulullah, bukannya peristiwa di akhir zaman. Namun ia tidak sekali-kali melonggarkan keimanan kita bahawa al-Dukhan yang disebutkan dalam hadis fitan itu merupakan sebahagian dari tanda-tanda besar kedatangan Kiamat.” (Tafsir al-Quran al-Majid, Shekh Dr Fadhl Hasan Abbas RH)
Wallahu a’lam
SURAH AL-DUKHAN MENGAJARKU LIMA PERAKA (SEKURANG-KURANGNYA)
- Terdapatnya kisah keagungan malam Lailatul Qadar yang tidak disebutkan dalam surah al-Qadar (ayat 3-6)
- Tidaklah satu keaiban untuk meminta musuhmu menghentikan perlawanan denganmu apabila dia sudah tidak rasional lagi (ayat 21)
- Langit dan bumi merupakan makhluk hidup yang boleh menangis dengan kematian mukmin dan tidak pun menangis dengan kematian kafir (ayat 29)
- Betapa ramai mereka yang terkenal, popular dan dihormati di dunia (al-‘aziz al-karim) namun merana dan terhina di Akhirat (ayat 49)
- Menunggu kemenangan dan janji Allah berlaku merupakan satu bentuk ibadah (ayat 59)
Wallahu a’lam
Rujukan
Kitab زوايا وخرائط سور القرآن الكريم
Penyusun محمد السيد ماضي
Kaherah (2021)
Leave a comment