PENGAJARAN DARI HENTIAN KEDUA ZULQARNAIN عليه السلام

Tiada perincian mengenai apa yang ditemui Zulqarnain di sana. Namun kalimah “kazalika” menunjukkan polisinya di hentian pertama sama sahaja dengan hentian kedua, tiada perubahan. Begitulah pemerintah yang soleh, semakin luas kekuasaan, dari Barat ke Timur, jatidiri dan polisi keadilannya tidak berubah. Sebaliknya pemerintah yang dijelaskan dalam kisah pemuda al-Kahfi dan hentian pertama Musa dan Khadir... Continue Reading →

SIAPAKAH DUA “KUMPULAN” YANG MENYEBABKAN PEMUDA AL-KAHFI DIBANGKITKAN ?

ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا Abdullah Muhammad Basmeih : Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (Al-Kahfi, 18 : 12) Menurut Dr Muhammad Inayatullah Subhani, “hizb” pada ayat ini tidaklah merujuk... Continue Reading →

AJAIBNYA RENCANA TUHAN, KEKADANG IA JELAS KELIHATAN, KEKADANG IA HALUS SEHINGGA TIDAK KELIHATAN

Awalan surah Yusuf, rencana Tuhan amat halus, hingga tidak kelihatan kebaikan yang akan hadir selepas kesusahan. Disangka keburukan hingga diharap agar segeralah anak kecil itu diselamatkan ayahnya sendiri, namun telaga itulah yang telah menghantar Yusuf kepada pentas kekuasaan tertinggi di negara jiran. Akhiran surah Yusuf, rencana Yusuf عليه السلام atas ilham dari Tuhan amat halus,... Continue Reading →

AKU DAN SURAH AL-RUM

Apa perasan anda apabila al-Quran sendiri menyebut anda akan menang semula selepas kalah, akan bangkit semula selepas rebah ? Bukankah ia melahirkan optimisme dan kerja keras untuk merealisasikan kemenangan semula yang dijanjikan itu bukan ? Bicara Tuhan pasti tidak sia-sia. Dia Maha kenal potensi kita walau kita pernah jatuh terluka rebah dihina. Al-Quran yang dibaca,... Continue Reading →

NIKMAT IDULFITRI TANPA PKP

Nikmat beraya kali ini bukan sekadar penyatuan semula semua adik beradik di sisi ibu tersayang selepas dua kali “raya PKP” tidak dapat melakukannya. Bahkan pada bertemu semula keluarga besar Tuan Guru Haji Yaacob, dari dekat dan dari jauh dengan asbab kenduri kesyukuran perkahwinan dua orang adik saya, Abdul Azim Abdul Rahman dan Hajar Farhana Abdul... Continue Reading →

SELAMAT KEMBALI BERKHIDMAT SEBAGAI “SAHABAT” SEPASUKAN DALAM PEKERJAAN

Dalam al-Quran, ada dinyatakan kepentingan menjaga hak persahabatan dengan al-Sahib bi al-Janbi ( الصَّاحب بالجَنْبِ ) iaitu mereka yang bekerja bersama dengan kita. ‎وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ... Continue Reading →

MELIHAT BINTANG IALAH MELIHAT SEJARAH SILAM

Dinamakan Earendel, bintang paling jauh dapat ditemui teknologi ciptaan manusia. Jarak 12.9 bilion (12,900,000,000) tahun cahaya. Penemuan “Earendel” yang lima kali ganda dari saiz matahari telah memecahkan rekod “Icarus” (2018) dengan kejauhan 9 bilion tahun cahaya. Seakan membaca sebuah majalah atau menonton sebuah filem, kita menyangka apa yang kita baca atau apa yang kita tonton... Continue Reading →

SURAH AL-SAJDAH DAN MISINYA MEMGUKUHKAN IMAN KAUM MUSLIMIN SEHINGGA TEGUH SEPERTI POHON TAMAR DI HADAPAN ANGIN FITNAH KAUM FASIQ

Bagi Ali Radhi Abu Zuraiq, penulis معجزة أسماء السور القرآنية (2017) beliau melihat makna sa-ja-da dengan sudut pandang yang berbeza. Seperti biasa, beliau berdalilkan asal usul kebahasaan kepada kalimah itu. Kali ini menggunakan syair Labid bin Rabi’ah yang dinukilkan oleh Ibnu Manzur dalam Lisanul Arab dan syair Ibn Hanbal yang dinukilkan al-Firuzabadi dalam al-Qamus al-Muhith.... Continue Reading →

“APABILA AKU SELESAI MEMBACA SURAH YANG MULIA INI, AKU DAPATI….”

Sheikh Dr Muhammad Abdullah Diraz RH seringkali berkata “selesai aku membaca surah yang mulia ini, aku menemui kesimpulannya…” Sheikh sememang telah membelek tafasir yang banyak. Namun Shekh tidak pun menakalkan tafsir itu dan tafsir ini. Shekh berkongsi tadabburnya. Ia benar-benar mengajar kita para pendakwah tafsir, guru pengajar tafsir, bahawa tidak cukup sekadar membaca banyak tafsir... Continue Reading →

PUSINGAN KETIGA UMMAT INI PASTI AKAN HADIR !

Ramai kita mengetahui pusingan pertama dan kedua dalam perang Uhud. Pusingan pertama, kita menang sebagaimana Badar, menang dalam perang yang berat sebelah, menang dalam keadaan musuh jauh lebih besar. Pusingan kedua, kita dipukul kerana sebahagian kita terlupa pesanan pemimpin kita sendiri. Namun kita terlupa adanya pusingan ketiga. Al-Quran merakamkan pusingan ketiga yang mesti diberi perhatian,... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started