Sebuah Lagi Karya Berharga Mengenai Tafsir dan Tadabbur Surah Yassin Terima kasih kepada tim Quran Workbook Series yang sudi menghadiahkan buku ini kepada saya selepas Daurah Nabi Ibrahim AS Sabtu lepas.Dr Haitham al-Haddad menyifatkan buku ini sebagai “orthodox in its approach but modern in its style and presentation”.Saya sangat terinspirasi dengan pendekatan menulis karya-karya tafsir... Continue Reading →
AKU, MASALAH HIDUP, MADRASAH RAMADHAN
Kekadang kita mahu mencari ayat-ayat yang ada kaitan “direct” dengan masalah kita. Ketika sakit, barangkali ayat 80 surah 26 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika buntu, barangkali ayat 79 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika mahukan anak, barangkali ayat 89 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Mungkin kerana masa... Continue Reading →
KESALAHAN DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN
Antara kesalahan dalam pentafsiran al-Quran ialah mendahulukan aspek kebahasaan (berasaskan pepatah atau syair-syair klasik Arab) mengatasi athar yang sahih. Ia seperti dalam kisah Nabi Yahya AS, adanya ahli tafsir mengatakan مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّه bermakna “membenarkan al-Kitab dari Allah” sedangkan ia bermakna “Isa bin Maryam” AS. Ia juga seperti dalam kisah perihal Mesir selepas 7... Continue Reading →
RESENSI BUKU: SUNGGUH, ALLAH MENYAPA KITA
BAGAIMANAKAH PERASAAN SEANDAINYA DARI JUTAAN RAKYAT JELATA, RAJA YANG SANGAT KITA KAGUMI MEMANGGIL KITA ? ATAU KEKASIH PALING DICINTAI MEMANGGIL KITA ? Antara tangkapan saya di kedai buku Jejak Tarbiyah iaitu sebuah karya terjemahan dari judul asal إنه سبحانه ينادينا . Karya ini mengenai 89 ayat-ayat “Wahai orang-orang yang beriman” dalam al-Quran. Karya 366 halaman... Continue Reading →
APABILA AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI MENJELASKAN TUJUAN UTAMA PENURUNAN AL-QURAN KEPADA MANUSIA
Selepas Ensiklopedia Tafsir Maudhuie Surah dari Universiti Sharjah, satu persatu karya dari para asatizah dan ulama UAE mengembangkan legasi yang ditinggalkan pasukan Prof. Mustafa Muslim berkenaan. Menerusi karya “Ruh al-Quran”, Ahmad Al-Wattary berusaha membongkar sisi kemukjizatan al-Quran dari sudut maqasid dan kesatuan tema surah-surahnya serta keunikan setiap intipati dan “ruh” setiap surah. Dalam muqaddimah, beliau... Continue Reading →
LAUT MERAH: PERMULAAN & PENGAKHIRAN EPISOD PERJUANGAN NABI MUSA AS
Laut Merah, itu titik pengakhiran dan titik permulaan sebuah perjuangan yang belum selesai.
MERAWAT ASABIYYAH DENGAN SURAH AL-HUJURAT
“Surah ini satu surah yang besar. Ia hampir-hampir merupakan satu-satunya surah yang melukis sebuah alam dengan ciri-ciri masyarakatnya yang bersih, luhur dan sejahtera. Ia mendedahkan hakikat-hakikat agung jauh ke dalam lubuk hati manusia dengan hanya menggunakan lapan belas ayat sahaja!” - Syed Qutb r.h., Fi Zhilal al-Quran
RESENSI BUKU: 25 AYAT AL-QURAN PILIHAN
Baru baca muqaddimah, terus terinspirasi mahu menulis mengenai 50 ayat-ayat pilihan berkenaan kisah-kisah al-Quran dengan mengambil sudut pandang seorang ulama tafsir dari India, Abu al-A’la al-Maududi. Ustaz Hilal Asyraf banyak mengangkat sudut pandang al-Marhum Syed Qutb (moga dikurniakan syahid) yang membuka minda kita kepada tadabbur 25 ayat pilihannya...Kesempatan berinteraksi dengan Englishtafsir.Com dan Tafhim al-Quran beliau... Continue Reading →
GETIRNYA PERJUANGAN MEMERDEKAKAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN
Firman Allah SWT : وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَّهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani... Continue Reading →
INDAHNYA CARA ALLAH MENDIDIK RASULULLAH SAW MENERUSI EMPAT PERINGKAT PENGKISAHAN NABI YUNUS AS
Nabi Yunus AS diperkenalkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat, bersesuaian dengan cabaran semasa Baginda SAW di Makkah. Ada empat peringkat penceritaan kesemuanya iaitu empat surah. Setiap peringkat atau surah menawarkan uslub penceritaan yang menakjubkan. SURAH AL-QALAM (surah kedua berdasarkan penurunan, awal Makkiah) memaparkan secara ringkas mengenai Nabi Yunus AS yang diliputi kemarahan kepada kaumnya, kemudian... Continue Reading →