NABI NUH “LOCKDOWN” LEBIH 8 BULAN ?

NABI NUH “LOCKDOWN” LEBIH 8 BULAN ? Boleh tahu rujukan tafsir mana yang diambil ? Jika ia pentafsiran salaf, kita terima dengan penuh hormat dan lapang dada. Kita akan mentafsirkan ayat-ayat Allah sebagaimana mereka mentafsirkannya. Jika ia semata-mata Israiliyyat tanpa kaitan dengan pendapat generasi salaf dan tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas, kita kata “kita... Continue Reading →

NABI YUSUF عليه السلام DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Di halaman 199-200 kitab, Shekh berkongsi tadabbur beliau yang menarik dari surah Yusuf. Saya tidak pasti apa terjemahan terbaik kepada kalimah Shekh iaitu التوطين . Yang pasti Shekh menjelaskan ada tiga peristiwa dalam surah Yusuf yang menunjukkan baginda cintakan negara Mesir meskipun Mesir tidak lagi berpegang dengan agama moyang baginda iaitu Nabi Ibrahim a.s. yang... Continue Reading →

KERANA ADANYA ANCAMAN NYAWA, PEMUDA AL-KAHFI MENCARI TEMPAT PERLINDUNGAN DAN MENELITI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIRI MEREKA

Mereka menuju ke gua kerana adanya ancaman ke atas nyawa mereka jika terus berada di luar sana. ‎إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika... Continue Reading →

DUDUKLAH DI RUMAH, DUDUKLAH BERSAMA SURAH MARYAM

Di waktu musibah yang menyebabkan kita perlu bekerja dari rumah dan “mengurung” anak-anak, antara surah yang baik untuk dibaca dan ditadabbur ialah surah Maryam. Bukanlah kerana ada fadhilat-fadhilat yang khusus menghadapi musibah, tetapi kerana banyaknya “checklist” yang kita para ibubapa mungkin telah abaikan selama ini sebelum kedatangan musibah Covid-19. Surah yang sarat dengan adegan dalam... Continue Reading →

TUNAIKANLAH SOLAT DI RUMAH MASING-MASING DAN SEMPURNAKANLAH RUKUNNYA DAN KHUSYUKNYA

Menjadikan rumah masing-masing sebagai tempat solat kerana adanya bahaya di luar bukanlah perkara baru. Mengambil langkah berjaga-jaga dari mendedahkan diri kepada bahaya itulah sunnatullah. Menyempurnakan solat dan berdoa memohon perlindungan dari-Nya ialah syariatullah. Itulah makna tawakkal dari al-Quran. Teladan yang diberikan dari kisah-kisah al-Quran sentiasa releven dengan kehidupan semasa ummat Islam dan bangsa manusia. Perintah... Continue Reading →

RESENSI BUKU: MUTIARA HADIS-HADIS KISAH

Tiadalah guru tadabbur al-Quran sebaik Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Menekuni hadis-hadis sahih ialah sebahagian dari kaedah tadabbur al-Quran. 23 tahun hidup Baginda bukan hanya membacakan al-Quran, bahkan menghuraikan al-Quran dengan lafaz Baginda sendiri, namanya hadis. Bagiku, sebaik-baik pembelajaran hadis ialah dalam kerangka menghuraikan makna-makna kalam Allah itu sendiri, al-Quran. Menyantuni para Sahabah. Menghuraikan ayat-ayat... Continue Reading →

SEBUAH LAGI KARYA “SIRAH DI SEBALIK SURAH” WAJAR DIMILIKI

Unik pendekatan kitab yang berjaya ditangkap di Rumah Kertas RAMI ini. Seakan-akan ia sengaja muncul selepas kelas siri ketiga Ulum al-Quran pagi tadi menyentuh “Makki Madani” oleh Shekh Manna’ Qaththan. Kelihatan ada persamaan method dengan al-Rahiq al-Makhtum, namun kitab ada keistimewaannya yang tersendiri. Tercari-cari juga naskhah asalnya dalam bahasa Arab, gagal ditemui. Kebiasaannya karya sirah... Continue Reading →

MENGAMBIL TAFSIRAN YANG “SHAZ” (JANGGAL)

Mentafsirkan “menjadikan mereka kera” sebagai “menjadikan hati mereka seperti kera dan bukannya menjadikan tubuh badan mereka seperti kera” ialah contoh kesalahan dalam pentafsiran. Ini kerana ia berpegang pada tafsir-tafsir yang ganjil yang bertentangan dengan tafsir jumhur salaf. Meskipun ia pendapat al-Imam Mujahid RA, namun kita utamakanlah pendapat jumhur salaf agar sejahtera dalam interaksi dengan Kitabullah.... Continue Reading →

JANGAN GOPOH MEMBUAT KESIMPULAN

Ambillah masa secukupnya sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Kalaulah setiap yang terjadi itu jelas hikmahnya, tidak perlu masa yang lama untuk memikirkannya, maka untuk apa Khidr عليه السلام membuka mulut memberi penjelasan sedangkan Musa عليه السلام sudah menjelaskan pendirian. Jika Musa meyakini semua fakta di hadapan matanya sudah terang lagi bersuluh, mengapa Musa masih menunggu penuh... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started