KEKADANG KEPIMPINAN ITU IALAH APABILA ENGKAU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TIDAK POPULAR

Anakanda Fatihah ditanya Abinya, apakah sebab dia kagum sangat dengan kisah Nabi Musa ? Dia menjawab, “Musa membelah lautan!” Lagi ? Dia menjawab, “Musa bercakap-cakap dengan Tuhan!” Lalu Abinya mencelah, menawarkan jawapan baru untuk dipertimbangkan anakanda, sekaligus mencabar kefahamannya yang sedia ada. “Musa memilih untuk meninggal dunia di sisi kaumnya, Fatihah!” Lalu anakanda tertanya-tanya apa... Continue Reading →

SEMOGA LEBIH BANYAK KARYA TADABBUR SURAH YUSUF SEBEGINI

SEMOGA LEBIH BANYAK KARYA TADABBUR SURAH YUSUF SEBEGINI Nukilan Muhammad Khairi. Berasal dari syarahan bulan Ramadhan. Membaca lebih dari dua puluh kitab tafsir. Hampir 200 halaman dengan persembahan infografik yang sedap mata membacanya. Beberapa buah tadabbur luar jangkaan. Pendekatan “point” yang menampakkan terus pengajaran pada setiap ayat tanpa terlalu dipadatkan minda pembaca dengan perbezaan pendapat... Continue Reading →

TIDAK SELAMANYA KITA AKAN MENANG

Jika “sejarah ditulis oleh orang yang menang”, diari perjuangan Musa عليه السلام bukan berakhir pun dengan noktah kemenangan. Memilih untuk bersama kerenah Bani Israil hingga ke hujung usia, tidak berputus asa membina generasi yang lebih baik untuk memetik buah kemenangan, itulah barangkali hikmah kisah baginda menjadi kisah paling banyak dibentangkan Al-Quran. Bacalah kisah Musa bukan... Continue Reading →

Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ?

Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ? Kekadang kita tidak ambil kisah pun tulisan Rasm al-Quran sedangkan ia menjadi satu bab khusus dalam Ulum al-Quran kerana boleh membantu tadabbur. Sejak ditegur oleh penyelia saya dahulu agar memastikan hanya Rasm Uthmani sahaja digunakan, bukan Imla’ie untuk nas-nas al-Quran dalam thesis agar biar... Continue Reading →

IBRAH DARI “THE SOCIAL DILEMMA” (NETFLIX)

Sempena Hari Kesihatan Mental semalam, aku dan isteri mengambil kesempatan menonton dokumentari ala filem, “The Social Dilemma” di Netflix. Meskipun mesej akhir dari filem ini bukan perkara baru yang kami dengar, namun sesi temubual dengan bekas orang-orang penting di sebalik tercetusnya teknologi media sosial, itulah yang menyebabkan kami tidak senang duduk memikirkan zaman apakah yang... Continue Reading →

COVID-19: PESANAN NABI DAUD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN

Bersyukur itu bukanlah sekadar lafaz, bahkan mestilah dijelmakan dalam bentuk ilmu dan tindakan mencegah bahaya mengena tubuh di medan perang. Sunnah Nabi Daud itu bukanlah sekadar pada berpuasa, bahkan pada memikirkan usaha-usaha terbaik untuk menyelamatkan ummat dari bahaya musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak di hadapan. Semoga firman Allah SWT kepada Nabi Daud... Continue Reading →

MENDAMBA CAHAYA DARI SURAH IBRAHIM

Ambil sehelai kertas dan buatkan dua titik. Satu di atas, satu di bawah. Jarakkan sejauh mungkin. Kemudian letakkanlah pen di titik bawah. Pejamkan mata. Cuba buat garisan dari titik bawah hingga titik atas dengan sekali pergerakan sahaja. Berjaya sampai titik atas ? Bolehkah berjaya dengan mata terpejam ? Bolehkah berjaya sampai dengan kegelapan ?Nama surah... Continue Reading →

MEMURNIKAN KEFAHAMAN “KALAU KAMU BERSYUKUR, NESCAYA AKU TAMBAHKAN NIKMAT ITU”

Firman Allah SWT : ‎وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Surah Ibrahim, 14 : 7 Barangkali ayat ini sering kedengaran dibacakan... Continue Reading →

RESENSI BUKU: TARJUMAN AL-QURAN

Antara sebab aku beli tafsir “Tarjuman al-Quran” ini kerana mahu perhalusi kisah “Cyrus The Great” menurut Old Testament dan literasi orang-orang Yahudi sendiri. Mereka yang membekalkan tiga soalan kepada pimpinan kafir Quraish - lalu turunlah surah al-Kahfi - pastinya mereka mahu mengetahui perincian mengenai seseorang yang dianggap mereka “penyelamat besar” datuk moyang mereka di negara... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started