LEGASI NABI MUSA DALAM SURAH AL-ISRA’

LEGASI NABI MUSA DALAM SURAH AL-ISRA’ DI Wacana Al-Quran JAM 5.30 PETANG INI, INSHAALLAH وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ أَلاَّ تَتَّخِذُواْ مِن دُونِي وَكِيلاً Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan... Continue Reading →

MENDIDIK ANAK ISU PALESTIN : MENGENALPASTI “PINTU MASUK” YANG BETUL

Palestin untuk anak-anak, dari pintu mana kita mahu anak-anak masuk. Pintu boikot? Pintu nasyid-nasyid al Quds? Pintu derma kilat? Indoktrinasi? Generalisasi? Video pengeboman? Diskusi yang sangat baik dikendalikan Dr Hazwani bersama ustaz Hasrizal Abdul Jamil My Learning Journey dan moga lebih banyak percambahan topik sebegini diadakan. Banyak yang mahu dinotakan dengan ayat saya sendiri dari... Continue Reading →

ANTARA KITA DAN MEREKA

Allah sudah memelihara aib saudara-saudara Yusuf dengan tidak pun menyebut nama-nama mereka. Bahkan Allah menamatkan surah Yusuf dengan babak keinsafan dan taubat mereka, bahkan benarlah janji Allah mereka semua menjadi sebelas bintang cerah (kaukaban). Namun demikian, kesudahan yang baik berlaku kepada ikhwah Yusuf berkenaan, al-Quran tetap mengabadikan ucapan-ucapan dusta dan kerenah-kerenah biadap mereka terhadap ayah... Continue Reading →

PALESTIN DAN PERTEMBUNGAN KUMPULAN “AKHIRAH” DENGAN KUMPULAN “AJILAH”

Berjiran dengan surah al-Kahfi yang memaparkan kisah pemuda yang bangkit dari “kematian”, maka surah al-Isra’ bertemakan keimanan kepada hari kehidupan semula selepas kematian. Berpaksikan ayat 1 yang merupakan sebuah peristiwa yang menimpa Rasul di Masjidil Aqsa yang tiada seorang pun manusia melihatnya, maka tema keimanan kepada Ghaibiyyat ini sedang dipasakkan surah al-Isra’ sehingga peristiwa itu... Continue Reading →

SEMOGA AKHIRNYA “KOYAK” NEGARA ZIONIS ITU SEBAGAIMANA KOYAKNYA NEGARA SABA’ !

“Koyak” (كُوْيَقْ) ialah carik, rabak, sobek. Ia seperti baju yang koyak kerana terkait pada sebatang paku di dinding. Koyak rabak pula merujuk pada koyak-koyak yang panjang atau lebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Seandainya ini merujuk kepada satu keadaan yang awalnya bersatu, kemudian bercerai berai tanpa boleh dicantumkan lagi, maka salah satu kalimah yang menghampiri makna... Continue Reading →

BERITA GEMBIRA MASA DEPAN PALESTIN DARI AYAT 7 SURAH AL-ISRA’

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا Terjemahan : Jika kamu (Bani Israil) berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.... Continue Reading →

Ayuh Kita ‘Memasuki’ Gaza dari Malaysia

Jika benar 'tulen' perjuangan kita membela Gaza, kita akan 'memasuki' Gaza dari Malaysia melalui salah satu dari 5 pintu berikut : Membelek mana-mana kita TAFSIR ayat-ayat mengenai karenah Bani Israel atau Yahudi sejak dari zaman Nabi Musa alahissalam hingga ke era Rasulullah SAW. Percaya bahawa sejarah sedang berulang. Kemudian sebarkan kefahaman itu.Membelek mana-mana fakta SEJARAH... Continue Reading →

ANDAI PARA SAHABAT MASIH HIDUP …

Usai berbuka puasa di sebuah restoran tadi, tiba-tiba keretaku tidak boleh dihidupkan. Bimbangkan anak-anak menunggu lama, aku terus ambilkan “Grab”. Sepuluh minit selepas itu, isteri selamat membawa anak-anak pulang dahulu ke rumah. Alhamdulillah. Aku pula terus hubungi nombor pihak Auto-Assist keretaku, tidak sampai 30 minit, bantuan sampai dan bateri kereta ditukar. Menakjubkan apa telah berlaku!... Continue Reading →

SEGALA KARAKTER “ISLAM” PADA DOA NABI YUSUF ALAIHISSALAM

Awal doa mengenai ciri utama ISLAM iaitu keseimbangan antara dua mazhab keterlaluan iaitu mazhab ilmu tanpa amal (الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ) dan mazhab amal tanpa ilmu (الضَّالِّينَ). Akhir doa, Baginda memohon agar kelak diwafatkan sebagai MUSLIM.Kombinasi ilmu duniawi ( رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ ) iaitu ilmu mengurus kerajaan dengan ilmu ukhrawi ( وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started