Aku belum mampu memberi kesimpulan kepada kajian ini. Namun aku mampu memberi kesimpulan kepada diriku sendiri. Bahawa mempelajari al-Qur’an memerlukan semangat yang tinggi dan usaha yang konsisten, ia tidak boleh putus dan patah di tengah jalan lalu bertukar ke jalan lain yang barangkali lebih menguntungkan, kekalkan keikhlasan dan yang paling penting berguru dengan guru-guru yang boleh menegur dan menasihat kita di sepanjang jalan perjuangan memartabatkan pesan-pesan al-Quran dan membumikan tadabbur kalam Tuhan.
SYED QUTB MENGGAMBARKAN KEHEBATAN DETIK PENURUNAN SURAH AL-ALAQ
Satu persatu firman Tuhan jatuh mencurah-curah membasahi hati manusia dengan jarak perjalanan yang terlalu jauh yang tiada ukuran dari bumi boleh melakukannya. Garis sejarah telah mengalami perubahan yang tidak pernah terjadi sebelumnya dan sesudahnya. Ingatlah detik agung kelahiran baru kemanusiaan yang tidak pernah terjadi kecuali hanya sekali sahaja sepanjang masa.”
BERSAMA TADABBUR AL-NADWI SEBELUM MEMBACA SURAH AL-BAYYINAH
Nilai kemanusiaan sudah merosot sejak beberapa generasi. Tiada satu pun kekuatan di atas muka bumi yang dapat menahan dan mencegah dari kejatuhan yang lebih mengerikan, bahkan detik kejatuhan semakin cepat. Manusia sudah lupa Penciptanya, lupa dirinya dan tempat kembalinya. Manusia hilang daya kawalan kepada membezakan hak dan batil.
RAHMATAN LIL ALAMIN MENURUT QURAISH SHIHAB
Salah satu yang terpenting yang mesti dteladani dari Baginda adalah mencerminkan rahmat dan kasih sayang bukan hanya kepada manusia, bahkan pda binatang, tumbuh-tumbuhan, bahkan makhluk-makhluk yang kita namakan ia “tak bernyawa”.
APABILA KEGHAIRAHAN PADA AL-QURAN
Kekadang seseorang harus hidup dalam kesepian atau “dipenjara” agar mampu menyelesaikan sebahagian dari penafsiran al-Quran. Buya Hamka dan Sayyid Qutb menyelesaikan tafsirnya dalam penjara yang menyakitkan.
TAFSIR MENURUT TURUTAN PENURUNAN : BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH
Kita perlu bersedia dengan satu hakikat bahawa para ulama yang soleh yang kita cintai keilmuan mereka ini adalah manusia yang tidak terlepas dari kesilapan dalam berijtihad. Membincangkan mana turun dahulu dan mana turun kemudian sangatlah penting untuk menghargai hikmah pensyariatan sesuatu hukum dan hikmah pendidikan al-Quran secara beransur-ansur kepada generasi salaf al-soleh terdahulu.
PUJIAN AL-FARAHI KEPADA IBNU KATHIR DAN AL-TABARI
Dan akhirnya, semua para ulama itu adalah manusia. Boleh jadi benar, boleh jadi tersilap dalam ijtihad. Yang jelas, besarnya kedudukan mereka di sisi Allah kerana membawa pencerahan makna ayat-ayat Allah kepada ummah.
APAKAH METHOD TERBAIK MENTAFSIRKAN AL-QUR’AN ?
Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menyatakan enam kaedah terbaik mentafsirkan ayat-ayat al-Quran pada waktu ini iaitulah mentafsir al-Quran dengan al-Quran, mentafsir al-Quran dengan hadith-hadith yang sahih, mentafsir al-Quran dengan pendapat para Sahabat r.a, mentafsir Al-Quran dengan kata-kata tabi’en, mentafsir al-Quran dengan bahasa Arab dan diakhiri dengan melakukan takwil menerusi pendapatnya sendiri bersesuaian dengan lima kaedah yang telah dilaluinya tadi dan kedalaman tadabburnya pada makna dan kehalusan bahasa al-Quran.