Mentafsirkan “menjadikan mereka kera” sebagai “menjadikan hati mereka seperti kera dan bukannya menjadikan tubuh badan mereka seperti kera” ialah contoh kesalahan dalam pentafsiran. Ini kerana ia berpegang pada tafsir-tafsir yang ganjil yang bertentangan dengan tafsir jumhur salaf. Meskipun ia pendapat al-Imam Mujahid RA, namun kita utamakanlah pendapat jumhur salaf agar sejahtera dalam interaksi dengan Kitabullah.... Continue Reading →
AKU, MASALAH HIDUP, MADRASAH RAMADHAN
Kekadang kita mahu mencari ayat-ayat yang ada kaitan “direct” dengan masalah kita. Ketika sakit, barangkali ayat 80 surah 26 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika buntu, barangkali ayat 79 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Ketika mahukan anak, barangkali ayat 89 surah 21 menjadi bacaan, hafalan dan kekuatan kita. Mungkin kerana masa... Continue Reading →
KESALAHAN DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN
Antara kesalahan dalam pentafsiran al-Quran ialah mendahulukan aspek kebahasaan (berasaskan pepatah atau syair-syair klasik Arab) mengatasi athar yang sahih. Ia seperti dalam kisah Nabi Yahya AS, adanya ahli tafsir mengatakan مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّه bermakna “membenarkan al-Kitab dari Allah” sedangkan ia bermakna “Isa bin Maryam” AS. Ia juga seperti dalam kisah perihal Mesir selepas 7... Continue Reading →
APABILA AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI MENJELASKAN TUJUAN UTAMA PENURUNAN AL-QURAN KEPADA MANUSIA
Selepas Ensiklopedia Tafsir Maudhuie Surah dari Universiti Sharjah, satu persatu karya dari para asatizah dan ulama UAE mengembangkan legasi yang ditinggalkan pasukan Prof. Mustafa Muslim berkenaan. Menerusi karya “Ruh al-Quran”, Ahmad Al-Wattary berusaha membongkar sisi kemukjizatan al-Quran dari sudut maqasid dan kesatuan tema surah-surahnya serta keunikan setiap intipati dan “ruh” setiap surah. Dalam muqaddimah, beliau... Continue Reading →
INDAHNYA CARA ALLAH MENDIDIK RASULULLAH SAW MENERUSI EMPAT PERINGKAT PENGKISAHAN NABI YUNUS AS
Nabi Yunus AS diperkenalkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat, bersesuaian dengan cabaran semasa Baginda SAW di Makkah. Ada empat peringkat penceritaan kesemuanya iaitu empat surah. Setiap peringkat atau surah menawarkan uslub penceritaan yang menakjubkan. SURAH AL-QALAM (surah kedua berdasarkan penurunan, awal Makkiah) memaparkan secara ringkas mengenai Nabi Yunus AS yang diliputi kemarahan kepada kaumnya, kemudian... Continue Reading →
JANGAN MENGHINA ORANG LAIN
Memberi isyarat-isyarat menggunakan lisan atau mata atau tangan untuk tujuan menghina orang lain (al-Lamzu), sebenarnya pelakunya itu sedang menghina dirinya sendiri tanpa disedari. Ini kerana orang-orang beriman itu bersaudara (ayat sebelumnya iaitu ayat 10) dan Nabi SAW memperumpamakan persaudaraan kaum Mukminin ini seperti satu tubuh (dengan segala anggota tubuh yang bersatu dan menjalankan fungsi masing-masing).... Continue Reading →
PERKARA-PERKARA YANG DIDIAMKAN AL-QURAN, HENDAKLAH KITA MELAZIMI ADAB-ADAB TERTENTU KETIKA BERINTERAKSI DENGANNYA
Benarkah tidak “dijelaskan” atau sebenarnya tiada faedah pada menjelaskan kepada manusia, khalifah di atas muka bumi Allah SWT ?
RESENSI RINGKAS “TAFSIR SURAH AL-FATIHAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT”
Walaupun sudah hampir lima tahun Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggalkan kita pada usia beliau 84 tahun, namun karya-karya sebeginilah yang menyebabkan pemikiran Tok Guru hidup, segar, tidak pergi bersama jasadnya meninggalkan kita.
HIKMAH TIDAK DINYATAKAN BILANGAN PEMUDA AL-KAHFI
Mengapakah Allah SWT tidak terus mengumumkan jumlah sebenar pemuda al-Kahfi ialah tujuh orang ? Bukankah Dia Maha Mengetahui lalu lebih baik Dia SWT memuktamadkan tanpa khilaf ? Mengapa Dia SWT membuka ruang perbezaan pandangan berkenaan ? Ini kerana Allah SWT mahu mendidik bahawa setiap kisah al-Quran yang dipaparkan akan menguji pembacanya adakah dia berjaya mencari... Continue Reading →
ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI
ANALISA IBRAH KISAH ASHAB AL-SABTI(Segmen IBRAH 23.3.1437) 1. Surah Al-A'raaf (163-168) ini seharusnya meningkatkan keimanan kita pada memahami maksud "المغضوب عليهم" dalam Al-Fatihah yang baca setiap kali solat. Itulah kisah sekumpulan Yahudi yang dilaknat Allah menjadi kera. 2. TIGA ujian "sengaja" didatangkan Allah kepada Bani Israil. dilarang melakukan sebarang aktiviti pada hari Sabtu melainkan hanya... Continue Reading →