Menggunakan kaedah asas ( العُدُولَ مِنَ الحَقِيقَةِ إلى المَجازِ لا يَجُوزُ إلّا لِدَلِيلٍ مُنْفَصِلٍ ), Ahmad al-Watari mengembangkan penghujahan al-Imam Fakhruddin al Razi RH dalam tafsirnya, Mafatih al-Ghayb mengenai surah al-Dukhan. Menurut penulis, al-Dukhan yang dimaksudkan dalam surah al-Dukhan ialah tanda besar Kiamat sebagaimana dijelaskan dalam hadis-hadis fitan. Penggunaan lafaz فَارْتَقِبْ (nantikanlah) pada ayat 10... Continue Reading →
MENGAPA BICARA MENGENAI HARI KIAMAT, TIBA-TIBA BERALIH KEPADA BICARA MENGENAI PERKATAAN DAKWAH YANG LEBIH BAIK ?
Kebanyakan kitab-kitab tafsir tidak menghubungkan antara ayat 53 surah al-Isra’ dengan ayat-ayat sebelumnya. Seakan-akan ia satu naratif baru sedang dibina tanpa kaitan dengan isu-isu sebelumnya. وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang... Continue Reading →
KERENAH TIGA KUMPULAN MANUSIA DALAM SURAH FUSSILAT
Tema surah ini ialah keagungan al Quran dengan segala kehebatan dan kemukjizatannya, namun aneh benar bagaimana manusia masih berpaling darinya, tidak pun memberi perhatian kepadanya ketika ia diperdengarkan ke atas mereka. Kalimah أعرض telah berulang sebanyak tiga kali - ayat 4, 13, 51 - dalam surah ini dengan konteks yang unik pada setiap satu ayatnya,... Continue Reading →
JIKA ANDA MAHUKAN TAFSIR RINGKAS YANG MEMUDAHKAN FAHAM, KARYA TERBARU INI SALAH SATU PILIHAN
Apabila ustaz Abdul Muhaimin hantarkan PDF kitab ini pada group Dreamteam Tadabbur Centre, terus saya buka surah al-Isra’ untuk lihat apa kelainan yang ditawarkan penulis. Kebetulan saya sedang “passionate” dengan surah itu. Tidak mengecewakan. Penulis mendatangkan tafsir ayat 4 dengan menyebut kedua-dua “kem” tafsir ayat ini iaitu kem yang menyatakan dua kerosakan itu sudah terjadi... Continue Reading →
KEMUKJIZATAN AL-QURAN DALAM MERUNGKAI NAMA A’JAM YANG TERDAPAT DI DALAMNYA
Penulis من إعجاز القرآن؛ العَلَم الأعجمي في القرآن مفسرا بالقران iaitu Mahmud Rauf Abdul Hamid Abu Sa’dah merumuskan nama Nabi Ayyub عليه السلام bukanlah berasal dari kalimah bahasa Arab الأَوْب والتَوب فهو التائب الآيب على المبالغة atau mempunyai kaitan dengan gelaran Allah kepada baginda dalam surah Saad iaitu أوَّاب. Bahkan menurutnya, Nabi Bani Israil ini... Continue Reading →
HIKMAH KENABIAN YUSUF DI MASA DEWASA
Sangat menarik apabila Prof. Dr Ali Muhyiyuddin al-Qarahdaghi dalam kitabnya يوسف قدوة للمسلمين في في غير ديارهم berpendapat bahawa ayat 22 menunjukan kenabian Yusuf berlaku selepas melalui fasa غلام (ayat 12) dan fasa ولدا (ayat 21). Tinggi ilmu, tetapi kurang hikmah bukanlah ciri gerakan dakwah Islam yang matang dan على بصيرة. قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو... Continue Reading →
HIKMAH PENYEBUTAN KALIMAH “AL-ZAHIDIN”
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.”(Yusuf, 12 : 20) Kalimah الزَّاهِدِينَ yang berasal dari za-ha-da merupakan satu kalimah “farid” dalam al-Quran. Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian... Continue Reading →
AMBILLAH BERAT SETIAP PERKATAAN DAN TINDAKANMU PADA “GHULAM”, ANAK-ANAK KECILMU!
Firman Allah SWT : وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ ۖ قَالَ يَا بُشْرَىٰ هَٰذَا غُلَامٌ ۚ وَأَسَرُّوهُ بِضَاعَةً ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia... Continue Reading →
DUA PULUH DUA CARA MEMANDANG AL-QURAN
Kekadang sebelum mengajar tafsir atau tadabbur al-Quran pada mana-mana ayat pilihan, perkara nombor wahid yang mesti dilakukan ialah membetulkan “mindset” para pelajar (atau pendengar atau penonton) kepada al-Quran itu sendiri. Selagi dianggapnya kitab ini boleh rawat sakit lutut atau boleh cantikkan anak, maka itulah yang dia dapat. Selagi dianggapnya kitab ini boleh beri jawapan pada... Continue Reading →
SEMOGA LEBIH BANYAK KARYA TADABBUR SURAH YUSUF SEBEGINI
SEMOGA LEBIH BANYAK KARYA TADABBUR SURAH YUSUF SEBEGINI Nukilan Muhammad Khairi. Berasal dari syarahan bulan Ramadhan. Membaca lebih dari dua puluh kitab tafsir. Hampir 200 halaman dengan persembahan infografik yang sedap mata membacanya. Beberapa buah tadabbur luar jangkaan. Pendekatan “point” yang menampakkan terus pengajaran pada setiap ayat tanpa terlalu dipadatkan minda pembaca dengan perbezaan pendapat... Continue Reading →