ENAM TIPS U-S-A-M-A-H MENGENDALIKAN USRAH TADABBUR BERSAMA SISWA SISWI YANG BERKESAN. INSHAALLAH U (ULUM AL-QURAN) : Hendaklah naqib atau fasilitator itu mempunyai latarbelakang yang baik dalam Ulum al-Quran dan melakukan pembacaan tafsir yang meluas sebelum mengendalikan usrah. S (SEMBANG & SESUAIKAN) : Usahakan pendekatan dua hala dan “sembang” ilmiah kerana ini usrah, bukan ceramah. Sesuaikan... Continue Reading →
MEMAKNAI MAULID NABI, SEMOGA WARGA KERJA KASTAM PUTRAJAYA DIBERKATI
Ramadhan masih 175 hari lagi. Namun sebuah agensi persekutuan mengambil inisiatif untuk memberi makna pada sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم mereka dengan sebuah “kelahiran” program untuk memahami setiap 30 juzuk al-Quran setiap minggu sehingga memasuki Ramadhan. Kelas juzuk 1 sudah bermula minggu lepas dan baki 29 juzuk akan diteruskan pada setiap Isnin, selama... Continue Reading →
BILA UMURMU SUDAH SAMPAI EMPAT PULUH…
“Bila umur empat puluh, barulah mantap tumbuhnya kedewasaan sebagai insan. Kalau umur belum capai empat puluh, biasalah manusia itu mahu benar sendirian, menang sendirian. Namun bila sudah capai empat puluh, mulailah dia insafi bahawa ada orang lain di sekelilingnya. Mulailah dia insafi bahawa dia tidak mungkin hidup sendirian di dunia ini. Mulailah dia berkurangan dorongan... Continue Reading →
APABILA BURUNG HUD-HUD TERBANG LAJU DENGAN DUA SAYAP SAHAJA UNTUK MISI MENGISLAMKAN SEBUAH LAGI NEGERI…
APABILA BURUNG HUD-HUD TERBANG LAJU DENGAN DUA SAYAP SAHAJA UNTUK MISI MENGISLAMKAN SEBUAH LAGI NEGERI… Tidak mudah mengurus sebuah syarikat bisnes pendidikan tadabbur al-Quran, dengan kedua-dua sayap penyampaian dan sayap penerbitannya memerlukan figura yang sama dan pasukan kerja yang terbatas jumlahnya. Mujurlah Allah hadirkan puan isteri membantu dan bukan sekadar sedia bekerjasama, bahkan bekerja bersama.... Continue Reading →
USAHAKAN DIRI BERADA DI KEM “MUSA” AS AGAR ALLAH BANTU MEMBENAM KEM “FIRAUN”
Dalam keterbatasan masa selepas bergegas dari Kuantan, saya ambil kesempatan menyampaikan kepentingan ummat dan seluruh serantau muslim “membaca semula” kisah-kisah pertembungan dan perlawanan antara Nabi Musa dengan Firaun dalam al-Quran. Hanya dengan “membaca semula” kisah-kisah ini akan dapat mengukuhkan iman kita bahawa tiada satu inci pun pergerakan musuh melainkan dalam pemerhatian Tuhan, tiada satu detik... Continue Reading →
MERDEKAKAN JIWA DENGAN PETUNJUK DARI SURAH AL-MAIDAH (BAHAGIAN 1)
Mengapa surah al-Maidah ? Kerana ia antara surah yang terakhir diturunkan pada Nabi SAW iaitu selepas pembukaan Makkah. Apa makna turun selepas pembukaan Makkah? Ia akan mendidik kita perihal bagaimana "mengisi kemerdekaan" Makkah selepas begitu lama "penjajah" berada di situ memaksa kesyirikan dan jahiliah bertapak di tanah suci itu. Bagaimana seni penyampaian surah ini yang... Continue Reading →
MEMASUKI USIA 42, MAHU LEBIH BANYAK MASA DENGAN ANAK-ANAK MUDA
Usrah Anak Muda al-Sobah (USAMAH) di pejabat saya semalam, saya jelaskan mengapa perlu frasa إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ketika Allah mengarahkan Musa dari Lembah Thuwa menuju Firaun. Frasa ayat fa-sa-qa pada ayat 32 dari surah al-Qasas yang menggambarkan rosaknya fitrah Firaun dan regimnya sehingga tiada manusia waras boleh menerima perbuatan itu. Tidak perlu jadi “pengikut... Continue Reading →
MEMAKNAI HIJRAH SEBAGAI “NEW CHAPTER” KEHIDUPANMU BERPANDUKAN SURAH AL-ANKABUT
“Hijrah” bukanlah sekadar perpindahan tempat tanpa perubahan sikap. Sekurang-kurangnya, saya temui lima pelajaran dari surah al-‘Ankabut - surah yang menyebut kalimah مُهَاجِر kepada Nabi Ibrahim AS - yang diturunkan menjelang hijrah Rasul SAW ke Madinah. Hijrah bukan hanya untuk kepentingan dunia, bahkan untuk memelihara agama dan memperelok bekal selepas mati. (Ayat 56-57) Hijrah bukan hanya... Continue Reading →
ENAM JAM BERDIALOG DENGAN SURAH AL-AN’AM
Alhamdulillah, seminar seharian bermula dengan saya berkongsi tiga sebab kenapa saya sangat menunggu seminar sehari bulanan ini. Allah jua yang bantu pelihara kita dengan al-Quran. SESI PERTAMA seminar, saya kongsikan tiga soalan penting perlu ditanya sebelum membaca surah 165 ayat ini iaitu mengenai kepanjangan saiznya, kesekaligusan penurunannya dan ketersusunannya selepas al-Maidah dan sebelum al-A’raaf. Kemudian... Continue Reading →
LIMA PELAN BERTINDAK DARI RAFAH SIRI 1 (Surah al-Fath, Ayat 1-3)
Berdoa minta agar diberi kekuatan menghadapi takdir Allah. Apabila takdir Dia tiba-tiba mengatasi tadbir kita, itulah “Hudaibiyah” yang mendatangi diari kehidupan kita. Rencana Allah sentiasa mengatasi rencana hamba-Nya. Rencana “Kami” sentiasa memberi kebaikan yang banyak berbanding kemahuan kita. Kemenangan Islam ialah membuka pintu hati manusia kepada Islam, bukan sekadar kemenangan di medan perang, kekuasaan atau... Continue Reading →