Beberapa refleksi saya pada surah Yusuf untuk hidup tenang dengan iman di zaman perang sana sini dan fitnah akhir zaman. Zaman musuh kelihatan sangat “usbah”, sangat kuat untuk “humban” sesiapa sahaja yang melawan mereka ke dalam telaga yang mereka pilih. 1.Ingat “mimpi” itu benar. Wawasan agama ini sudah dibangunkan sepenuhnya dalam al-Baqarah. Bacalah semula “mimpi”... Continue Reading →
SURAH AL-KAHFI MELATIH KITA JADI ORANG BERPRINSIP, BUKANNYA PANIK
Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti pemuda al-Kahfi, berusaha keras memelihara iman mereka, sambil memberi nasihat pada kaumnya agar kembali hidup bertuhankan Allah. Bukannya baca surah al-Kahfi, kemudian seru kaum muslimin menggali lubang bawah rumah atau mencari lokasi bersembunyi di mana-mana gua terdekat. Bacalah surah al-Kahfi untuk jadi seperti Musa yang belajar merendah diri, tahu... Continue Reading →
TENTANG “AHMAD”, SURAH AL-MUZZAMMIL DAN AKHIR ZAMAN YANG MERETAKKAN
Ahmad membuka telefonnya. Notifikasi dari al-Jazeera masuk seperti biasa. Setiap hari berita memaparkan kanak-kanak di tanah zaitun dibom tanpa belas. Rejim terus bermaharajalela, merampas tanah dan memukul penduduk yang tidak bersenjata. Sekutu-sekutunya pula mabuk menyerang negara-negara yang tidak berdosa atas nama keamanan dunia. Ahmad rasa marah.Ahmad rasa sedih.Kadang-kadang Ahmad rasa tidak berdaya, mahu putus asa... Continue Reading →
10 ADAB USRAH YANG SANGAT JELAS ‘KELUAR’ DARIPADA BABAK NABI YUSUF DALAM PENJARA (12:36-41)
1) Mulakan dengan bahasa persahabatan, bukan bahasa “ceramah” Yusuf tidak membuka sesi dengan “wahai manusia…”, tetapi dengan “يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ” (wahai dua sahabatku yang sepenjara). Ini adab asas usrah: hubungan dulu, isi kemudian—dakwah yang sebenar ialah bersahabat, kerana perubahan perlukan masa dan rasa ditanggung. 2) Dengar “presented problem”, tapi jangan terperangkap—carilah real problem Dua pemuda... Continue Reading →
AKU, CHANGI DAN SURAH AL-INSAN
Ada sebab Islam menekankan musafir. Dahulu dengan unta, sekarang dengan kapal terbang. Apa yang sulit difahami dari al-Quran tanpa musafir, kini lebih dihargai. Yang mencipta idea pemodenan Changi sebegini, pasti tidak menyedari ideanya itu diilhamkan dari Pencipta syurga. Manusia kagum dengan keindahan sentuhan alam dalam sebuah lapangan terbang, namun malangnya manusia jika tidak nampak Pencipta... Continue Reading →
SELAMAT SAMPAI KEPADA-NYA DENGAN SURAH AL-MU’MINUN
Surah al-Mu’minun ialah surah tentang SELAMAT SAMPAI. Ia mengajar bahawa hidup bukan sekadar penentuan destinasi, bahkan kaedah keselamatan hingga selamat sampai ke hujungnya. Surah ini dibuka dengan berita kejayaan paling agung, iaitu orang beriman yang SELAMAT SAMPAI ke Firdaus. Bukan semua yang beriman disebut berjaya, tetapi hanya mereka yang memenuhi ciri tertentu. Allah kemudian membawa... Continue Reading →
Lima Sebab Kita Wajar Bersama Surah al-Mu’minun Sepanjang 2026
KEHAMBAAN (SPIRITUAL)Agar 2026 menjadi tahun solat yang lebih hidup dan khusyuk. Allah memulakan surah ini dengan kejayaan orang beriman yang solatnya penuh penghayatan (23:2). Solat yang khusyuk melahirkan jiwa yang beramanah. Manusia tidak diciptakan dengan sia-sia (23:115), tetapi untuk memikul peranan sebagai khalifah yang membawa keamanan di bumi. KEIBUBAPAAN (EMOSIONAL)Agar 2026 menjadikan kita ibu bapa... Continue Reading →
Move On from Negativity
Waktu ini, kaum mukminin di tanah Zaitun sedang giat membina semula rumah, masjid dan hospital mereka agar ia kembali berfungsi seperti biasa. Seakan tiada apa yang berlaku semalam, walaupun hakikatnya luka genocide itu terlalu perit untuk dikenang. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ Dan pakaianmu, maka bersihkanlah iaSurah al-Muddaththir ayat 4 Ia bukan sekadar tentang baju da‘i yang bersih.... Continue Reading →
MENGETUK PINTU 2026 DENGAN DOA NABI YUSUF ALAHISSALAM (12:101)
Di penghujung Surah Yusuf, terdapat satu doa yang sangat ringkas, tetapi sarat dengan makna kepimpinan. Ia bukan doa orang yang sedang gagal, bukan juga doa orang yang sedang mencari peluang. Ia adalah doa Nabi Yusuf ketika berada di puncak amanah, kuasa dan kepercayaan. Saya ada mengulas lanjut dalam karya terdahulu, “Pengikut Yang Merosakkan”, namun sudut... Continue Reading →
PERSIDANGAN SURI RUMAH KEBANGSAAN
Alhamdulillah, terima kasih Suri Rumah Rahmah atas jemputan ke Persidangan Suri Rumah Kebangsaan ini. Mujur isteri yang menemani menguatkan saya untuk tidak rasa "alien" dalam majlis yang sangat bermakna untuk "empower" kumpulan ‘suri rumah tauuu…’. 😁 Hampir 250 orang wanita yang membanjiri dewan The Everly Putrajaya ini, semoga Allah merahmati himpunan yang diadakan untuk merenung... Continue Reading →