ENAM TIPS U-S-A-M-A-H MENGENDALIKAN USRAH TADABBUR BERSAMA SISWA SISWI YANG BERKESAN.

ENAM TIPS U-S-A-M-A-H MENGENDALIKAN USRAH TADABBUR BERSAMA SISWA SISWI YANG BERKESAN. INSHAALLAH

  1. U (ULUM AL-QURAN) : Hendaklah naqib atau fasilitator itu mempunyai latarbelakang yang baik dalam Ulum al-Quran dan melakukan pembacaan tafsir yang meluas sebelum mengendalikan usrah.
  2. S (SEMBANG & SESUAIKAN) : Usahakan pendekatan dua hala dan “sembang” ilmiah kerana ini usrah, bukan ceramah. Sesuaikan contoh-contoh bersesuaian dengan realiti pelajar sepanjang penyampaian. Pendekatan terbaik usrah untuk siswa-siswi yang baru nak berkenalan dengan alam tadabbur ialah menerusi surah-surah pendek yang sudah dihafal sejak kecil.
  3. A (AMBIL MASA MENCUKUPI) : Tetapkan masa 2-3 jam. Tidak terlalu sekejap. Tidak terlalu lama. Jika usrah kali pertama, elakkanlah hingga dua jam. Untuk anak muda, usrah fizikal sentiasa memberikan impak yang jauh berbeza dari atas talian.
  4. M (MAKSIMUM 15 ORANG) : Elakkan lebih 15 orang ahli usrah agar ada ruang yang mencukupi untuk semua berkongsi di separuh masa kedua usrah iaitu bahagian refleksi surah seorang demi seorang.
  5. A (ADAKAN RUANG YANG SELESA) : Bilik kelas yang tertutup atau “rumah al-Arqam bin Abil Arqam” lebih baik kerana cafe terbuka atau berkelah tepi pantai hanya mengganggu proses tadabbur secara “deeper look” melainkan objektif usrah ditukar pada makan-makan atau main futsal.
  6. H (HALATUJU YANG BENAR) : Naqib hendaklah membetulkan niat mengadakan usrah iaitu mahu tundukkan hati dan ahli pada perintah dan larangan dari ayat-ayat Allah, bukan sebaliknya menambah kepuakan pada kumpulan tertentu atau ketaksuban pada individu tertentu.

Barakallah fikum

Syaari Ab Rahman
Fasilitator
Usrah Anak Muda al-Sobah (USAMAH) Siri 6
MSU Shah Alam
Mubeena Academy

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started