
Surah Qaaf diturunkan ketika perlawanan antara gerakan Nabi SAW dan kaum musyrikin Makkah semakin menuju fasa kritikal.
Antara yang bakal dikongsikan ialah tiga ayat yang menunjukkan suasana sirah di sebalik penurunan surah ini, hikmah susunan surah dalam mushaf, hikmah awalan dan akhiran, segmentasi surah sebagai sebuah perjalanan yang tersusun, kemudian apa keunikan diumumkan surah pada setiap segmen berkenaan.
Ayuh bersama surah Qaaf yang sebahagian ulama menyatakan ini “ketua” juzuk Mufassal al-Quran, juzuk yang tidak dikurniakan pada mana-mana anbiya’ melainkan Nabi SAW.
Adapun “ring composition” dari surah ini, ia nilai tambah yang wajar dihargai pelajar ilmu wahyu dan boleh dipanjangkan perbincangan selepas seminar nanti. Inshaallah
- Surah bermula dengan keagungan al-Quran (ayat 1) dan surah berakhir dengan gesaan menyebarkan peringatan darinya (ayat 45)
- Bahagian kedua surah bermula dengan kerenah Quraish (ayat 1-5), bahagian kedua terakhir surah mengenai motivasi Nabi untuk terus hadapi Quraish (ayat 39-45)
- Bahagian ketiga surah mengenai alam (ayat 6-11), bahagian ketiga terakhir surah mengenai alam (ayat 38)
- Bahagian keempat surah mengenai umat terdahulu (ayat 12-15), bahagian keempat terakhir surah mengenai umat terdahulu (ayat 36-37)
- Bahagian kelima surah mengenai catatan rapi pada pilihan dan amalan setiap manusia (ayat 16-18), bahagian kelima terakhir surah mengenai pembalasan di Akhirat sama ada neraka atau syurga untuk setiap pilihan (ayat 30-35)
- Separuh masa pertama surah ini berakhir dengan kisah Qarin iaitu malaikat yang mengiringinya di Mashyar (ayat 20-26), separuh masa kedua surah ini bermula dengan kisah Qarin iaitu syaitan yang menyesatkannya semasa di dunia (ayat 27-29)
Barakallah fikum
Leave a comment