SELAMAT KEMBALI BERKHIDMAT SEBAGAI “SAHABAT” SEPASUKAN DALAM PEKERJAAN

Dalam al-Quran, ada dinyatakan kepentingan menjaga hak persahabatan dengan al-Sahib bi al-Janbi ( الصَّاحب بالجَنْبِ ) iaitu mereka yang bekerja bersama dengan kita.

‎وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

An-Nisaa’, 4 : 36

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan RAKAN SEJAWAT, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.

Sebahagian tafsiran الصاحب بالجنب ialah teman ketika bermusafir sebagaimana pandangan Ibnu Abbas, Mujahid, Ikrimah dan Qatadah. Juga telah diertikan sebagai rakan yang duduk bersebelahan atau sekutu yang bekerja bersama sebagaimana pandangan Zaid bin Aslam. (Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Al-Razi)

Maka, apa peranan seorang “sahabat” sejawat atau sekerja ?

Kita perhatikan pula ayat yang Allah SWT sebut mengenai kisah persahabatan antara Rasul صلى الله عليه وسلم dengan Abu Bakar al-Siddiq di gua Thur. Al-Quran tidak menyebut nama Abu Bakar, bahkan mengabadikan hubungannya dengan Rasul sebagai صاَحِب iaitu sahabat.

‎إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

At-Taubah, 9 : 40

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada SAHABATNYA : “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

‎فعلى الصاحب لصاحبه حق زائد على مجرد إسلامه، من مساعدته على أمور دينه ودنياه، والنصح له؛ والوفاء معه في اليسر والعسر، والمنشط والمكره، وأن يحب له ما يحب لنفسه، ويكره له ما يكره لنفسه، وكلما زادت الصحبة تأكد الحق وزاد (Tafsir al-Sa’adi)

Dalam perkataan lain, sentiasa memotivasi, menasihati, menenang dan mengukuhkan hubungan kerohanian rakan sekerja dengan Tuhan ketika menghadapi kesenangan dan kesusahan kehidupan, itulah hakikat PERSAHABATAN dalam pekerjaan.

LA TAHZAN, INNALLAH MA’ANA !

Syaari Ab Rahman
8 Syawal 1443 H
Kajang

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started