RESENSI BUKU: MUTIARA HADIS-HADIS KISAH

Tiadalah guru tadabbur al-Quran sebaik Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Menekuni hadis-hadis sahih ialah sebahagian dari kaedah tadabbur al-Quran.

23 tahun hidup Baginda bukan hanya membacakan al-Quran, bahkan menghuraikan al-Quran dengan lafaz Baginda sendiri, namanya hadis.

Bagiku, sebaik-baik pembelajaran hadis ialah dalam kerangka menghuraikan makna-makna kalam Allah itu sendiri, al-Quran. Menyantuni para Sahabah.

Menghuraikan ayat-ayat al-Quran dengan hadis-hadis Nabawi ialah sebahagian dari kaedah tafsir bil ma’thur yang perlu diperkemas dan dikembangkan lebih luas pada waktu ini.

Sememangnya mencabar untuk mengetahui “hadis ini menghuraikan ayat yang mana sebenarnya” – ketika ada yang hubungannya tidak jelas kelihatan – kerana kita tidak hidup di zaman wahyu diturunkan (al-Quran) dan dihuraikan (al-Hadith).

Namun sekurang-kurangnya kekalkanlah ia sebagai sebuah prinsip semasa membelek karya-karya hadis, seperti karya Dr Umar Sulaiman al-Asyqar yang dibeli dari rumah kertas RAMI petang tadi.

Dari memetik cerita-cerita “tepi jalan”, lebih baiklah berpada dengan kisah-kisah pelik tapi benar dari hadis-hadis yang sahih.

Masyarakat awam mana yang tidak sukakan cerita pelik tapi benar ?

Maka kita bimbing mereka dengan apa yang benar dari lafaz huraian Baginda SAW, dan kita usahakan pula hubungkan (munasabah) apa yang benar dari lafaz huraian Baginda SAW dengan kalam Allah SWT, al-Quran itu sendiri dengan kadar kemampuan tafsir dan tadabbur yang mampu kita usahakan.

Wallahu a’lam

One thought on “RESENSI BUKU: MUTIARA HADIS-HADIS KISAH

Add yours

Leave a reply to NOOR HAZLIN NOOR RAHMAT Cancel reply

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started