Berdoa minta agar diberi kekuatan menghadapi takdir Allah. Apabila takdir Dia tiba-tiba mengatasi tadbir kita, itulah “Hudaibiyah” yang mendatangi diari kehidupan kita. Rencana Allah sentiasa mengatasi rencana hamba-Nya. Rencana “Kami” sentiasa memberi kebaikan yang banyak berbanding kemahuan kita. Kemenangan Islam ialah membuka pintu hati manusia kepada Islam, bukan sekadar kemenangan di medan perang, kekuasaan atau... Continue Reading →
EMPAT FAEDAH HUDAIBIYAH DAN BAKI EMPAT TAHUN USIA KEHIDUPAN RASUL SAW SELEPAS HUDAIBIYAH
Selepas kelas daurah RAFAH sesi 1 selesai dan saya sempat membelek beberapa karya tafsir, ada persoalan belum berjawab dengan puas iaitu rahsia susunan tiga ayat pertama surah yang Nabi SAW sangat cintai lebih dari dunia dan segala isinya. Tiga ayat pertama surah al-Fath mengumumkan EMPAT faedah Hudaibiyah. Pertama, Nabi diangkat sebagai insan paling tinggi darjat... Continue Reading →
ANTARA MIMPI YUSUF DAN MIMPI RASULULLAH SAW DALAM AL-QURAN
Kemenangan Yusuf AS sebagai penguasa Mesir bermula dari sebuah mimpi semasa kecil di Palestin. Kemenangan Nabi SAW sebagai penguasa Makkah bermula dari sebuah mimpi di Madinah pada tahun 6 H. Kekadang Allah menunjukkan Dia al-Alim tentang masa depan agama-Nya ini pada insan-insan pilihan. Selepas mimpi, Yusuf AS mula dihalang ikhwahnya sendiri dari mendekati Yaaqub AS... Continue Reading →