APABILA BURUNG HUD-HUD TERBANG LAJU DENGAN DUA SAYAP SAHAJA UNTUK MISI MENGISLAMKAN SEBUAH LAGI NEGERI…

APABILA BURUNG HUD-HUD TERBANG LAJU DENGAN DUA SAYAP SAHAJA UNTUK MISI MENGISLAMKAN SEBUAH LAGI NEGERI… Tidak mudah mengurus sebuah syarikat bisnes pendidikan tadabbur al-Quran, dengan kedua-dua sayap penyampaian dan sayap penerbitannya memerlukan figura yang sama dan pasukan kerja yang terbatas jumlahnya. Mujurlah Allah hadirkan puan isteri membantu dan bukan sekadar sedia bekerjasama, bahkan bekerja bersama.... Continue Reading →

MERDEKAKAN JIWA DENGAN PETUNJUK DARI SURAH AL-MAIDAH (BAHAGIAN 2)

Sempena bulan kemerdekaan, juga menuju kemerdekaan Palestin, ayuh merdekakan jiwa dengan petunjuk al-Quran. Ayuh ambil satu surah sebagai fokus dan pedoman. Saya cadangkan SURAH AL-MAIDAH! Mengapa surah al-Maidah? Kerana ia antara surah yang terakhir diturunkan pada Nabi SAW iaitu selepas pembukaan Makkah. Apa makna turun selepas pembukaan Makkah? Ia akan mendidik kita apakah agenda penting... Continue Reading →

LIMA FAEDAH TADABBUR SURAH AL-KAHFI

LIMA perkara akan BERTAMBAH apabila kita membaca dan menghayati sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi Saya ingin kongsikan di sini sekurang-kurangnya lima perkara akan BERTAMBAH apabila kita membaca dan menghayati sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi. Pertama, menambah KESYUKURAN. Inilah aqidah dan “mindset” penting hidup di akhir zaman. Ketika manusia suka mengejar-ngejar apa yang mereka sangka belum... Continue Reading →

USAHAKAN DIRI BERADA DI KEM “MUSA” AS AGAR ALLAH BANTU MEMBENAM KEM “FIRAUN”

Dalam keterbatasan masa selepas bergegas dari Kuantan, saya ambil kesempatan menyampaikan kepentingan ummat dan seluruh serantau muslim “membaca semula” kisah-kisah pertembungan dan perlawanan antara Nabi Musa dengan Firaun dalam al-Quran. Hanya dengan “membaca semula” kisah-kisah ini akan dapat mengukuhkan iman kita bahawa tiada satu inci pun pergerakan musuh melainkan dalam pemerhatian Tuhan, tiada satu detik... Continue Reading →

MEMASUKI USIA 42, MAHU LEBIH BANYAK MASA DENGAN ANAK-ANAK MUDA

Usrah Anak Muda al-Sobah (USAMAH) di pejabat saya semalam, saya jelaskan mengapa perlu frasa إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ketika Allah mengarahkan Musa dari Lembah Thuwa menuju Firaun. Frasa ayat fa-sa-qa pada ayat 32 dari surah al-Qasas yang menggambarkan rosaknya fitrah Firaun dan regimnya sehingga tiada manusia waras boleh menerima perbuatan itu. Tidak perlu jadi “pengikut... Continue Reading →

MENGAPA PERLU DIGAMBARKAN “MUSA MELARIKAN DIRI DAN TIDAK MAHU KEMBALI” APABILA MELIHAT TONGKATNYA MENJADI ULAR ?

Kekadang, apa yang buntu dalam fikiran, Allah hadirkan para ulama yang memberikan tadabbur pada sudut yang meleraikan kekusutan. Esok jam 7 pagi di TV Al-Hijrah, salah satu babak akan saya huraikan ialah frasa ولم يعقب (Musa langsung tidak menoleh ke belakang lagi selepas kejadian tongkatnya menjadi mukjizat dari Allah) menerusi ayat 31 surah al-Qasas. Bahkan... Continue Reading →

MEMAKNAI HIJRAH SEBAGAI “NEW CHAPTER” KEHIDUPANMU BERPANDUKAN SURAH AL-ANKABUT

“Hijrah” bukanlah sekadar perpindahan tempat tanpa perubahan sikap. Sekurang-kurangnya, saya temui lima pelajaran dari surah al-‘Ankabut - surah yang menyebut kalimah مُهَاجِر kepada Nabi Ibrahim AS - yang diturunkan menjelang hijrah Rasul SAW ke Madinah. Hijrah bukan hanya untuk kepentingan dunia, bahkan untuk memelihara agama dan memperelok bekal selepas mati. (Ayat 56-57) Hijrah bukan hanya... Continue Reading →

ENAM JAM BERDIALOG DENGAN SURAH AL-AN’AM

Alhamdulillah, seminar seharian bermula dengan saya berkongsi tiga sebab kenapa saya sangat menunggu seminar sehari bulanan ini. Allah jua yang bantu pelihara kita dengan al-Quran. SESI PERTAMA seminar, saya kongsikan tiga soalan penting perlu ditanya sebelum membaca surah 165 ayat ini iaitu mengenai kepanjangan saiznya, kesekaligusan penurunannya dan ketersusunannya selepas al-Maidah dan sebelum al-A’raaf. Kemudian... Continue Reading →

LIMA PELAN BERTINDAK DARI RAFAH SIRI 1 (Surah al-Fath, Ayat 1-3)

Berdoa minta agar diberi kekuatan menghadapi takdir Allah. Apabila takdir Dia tiba-tiba mengatasi tadbir kita, itulah “Hudaibiyah” yang mendatangi diari kehidupan kita. Rencana Allah sentiasa mengatasi rencana hamba-Nya. Rencana “Kami” sentiasa memberi kebaikan yang banyak berbanding kemahuan kita. ⁠Kemenangan Islam ialah membuka pintu hati manusia kepada Islam, bukan sekadar kemenangan di medan perang, kekuasaan atau... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started