INDAHNYA PESAN LUQMAN (SIRI PERTAMA)

Para ulama mendidik kita untuk menyatakan والله أعلم apabila melalui huruf-huruf ini kerana ia sebahagian dari ayat-ayat mutasyabihat yang tidak jelas makna sebenarnya. Itupun akhlak seorang guru atau anak murid di hadapan pentafsiran ayat-ayat Allah.

MENANTI KETIBAANMU TAFSIR HADAIQ AL-RUH

Menurut Prof. Dr. Hasyim Muhammad Ali Mahdi dalam kata pengantarnya, “Ulama manapun dari kepelbagaian bidang kepakaran ilmu, mereka akan menemukan dalam tafsir ini bidang kepakaran mereka. Kitab tafsir ini sudah lebih dari cukup untuk memahami Al-Qur’an. Kita tidak perlu merujuk kepada kitab tafsir lainnya, kerana ia memerlukan waktu yang lama untuk membelek kitab-kitab berkenaan. Alangkah sempitnya waktu terasa di zaman moden kini!”

REFLEKSI SURAH ABASA

Apa yang boleh merobohkan kempen Islam sekelip mata sahaja ? Apabila musuh dengan segenap teknologi sulitnya berjaya melihat dan merakamkan kamu pendakwah melebih-lebihkan seseorang dan merendah-rendahkan seseorang tanpa kamu sendiri menyedarinya, meskipun kamu sendiri tidak berniat sama sekali melakukan sedemikian, meskipun yang disangka orang yang direndah-rendahkan itu sendiri tidak sedikitpun terasa sedemikian rupa.

SURAH YUSUF SURAH MENJELASKAN PERATURAN ALLAH KEPADA ALAM DAN MANUSIA

“Sesiapa yang menyambut baik setiap taqdir Allah ke atasnya, maka ke atasnya pembalasan baik yang dikurniakan Allah ke atas Yusuf. Bukan Yusuf seorang sahaja menerima kemuliaan ini, bahkan semua yang memenuhi syarat-syarat seorang muhsinun. Begitulah Allah apabila menyebut sesuatu hukum secara khusus, di kemudiannya Dia akan menjadikannya umum kepada semua manusia.” - Mutawalli Sya’rawi, Tafsir Ayat 22 dan 105, Surah Yusuf

Tesis Yang Mengajarku Makna Kesungguhan Mempelajari Al-Quran

Aku belum mampu memberi kesimpulan kepada kajian ini. Namun aku mampu memberi kesimpulan kepada diriku sendiri. Bahawa mempelajari al-Qur’an memerlukan semangat yang tinggi dan usaha yang konsisten, ia tidak boleh putus dan patah di tengah jalan lalu bertukar ke jalan lain yang barangkali lebih menguntungkan, kekalkan keikhlasan dan yang paling penting berguru dengan guru-guru yang boleh menegur dan menasihat kita di sepanjang jalan perjuangan memartabatkan pesan-pesan al-Quran dan membumikan tadabbur kalam Tuhan.

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started