KEKALKAN BERTENANG KETIKA MUSUH MERANCANG, BESARKAN ALLAH LEBIH DARI RENCANA MUSUH ITU SENDIRI

“Ustaz, mengapa ayat tema “Maulidur Rasul” dalam surah perang, selepas ayat-ayat mengenai peperangan ?” Indah sekali Buya HAMKA dalam Tafsir al-Azhar memetik kisah Ummu Salamah bagi menggambarkan “munasabah” ayat ini di babak-babak akhir menutup tirai kisah perang Khandaq dalam surah al-Ahzab. Ummu Salamah isteri Baginda ibu orang-orang beriman berkata : “Aku bersama Rasul dalam banyak... Continue Reading →

BERINTERAKSI DENGAN KISAH ZULQARNAIN

“Cyrus, raja Himyar, Akhenatun, raja “misteri” pada zaman Nabi Ibrahim, Melchizedek, Alexander, atau lainnya, semua seakan-akan “berlumba-lumba” untuk merebut kedudukan Zulqarnain yang mulia di dunia dan di Akhirat. Betapa harumnya sosok Zulqarnain di tengah-tengah manusia hanya kerana kisahnya diabadikan dalam al-Quran. Pada akhirnya, hanya ada satu Zulqarnain sahaja. Itulah Zulqarnain yang Allah abadikan keimanan dan... Continue Reading →

SAMA ADA KHADIR A.S. SUDAH WAFAT ATAU MASIH HIDUP

Sama ada Nabi Khadir عليه السلام masih hidup atau sudah wafat, pengajaran dari kisah pertemuan Khadir dan Musa عليهما السلام hendaklah diberi perhatian dan keutamaan. Antara perkara paling besar kita pelajari dari kisah pertemuan keduanya ialah Allah sentiasa ada rencana yang baik kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Halusnya rencana Allah sehingga sulit untuk difahami akal manusia... Continue Reading →

IBRAH DARI BEKAS SAHABAT SEPENJARA YUSUF

Usah risau seandainya mereka bersungguh mengambil idea dan “content” yang engkau telah sampaikan. Mereka hanya “memasarkan” dirimu sahaja. Akhirnya akan datang satu ketika manusia akan bertanya “kelihatannya kamu tidak pernah bercakap mengenai ini, lalu dari mana sebenarnya sumber apa yang kamu sampaikan ini?” Pertemuan kali kedua Yusuf dengan bekas sahabat sepenjaranya, baginda tidak pun mengulang... Continue Reading →

REFLEKSI DARI PENJARA YUSUF

TASYA Siri 10 pagi tadi bermula dari tujuh kaedah dakwah Nabi Yusuf dan berakhir dengan penghujahan menarik al-Maududi mengenai kenabian Yusuf dalam penjara. Di celah-celah kebersamaan kami sebagai “banduan keempat” di penjara Yusuf عليه السلام, kami diajar apa makna sebenar dakwah di penjara tanpa lensa dan tepukan gemuruh sesiapa. Kami belajar apa makna hidup dengan... Continue Reading →

KEMUKJIZATAN AL-QURAN DALAM MERUNGKAI NAMA A’JAM YANG TERDAPAT DI DALAMNYA

Penulis من إعجاز القرآن؛ العَلَم الأعجمي في القرآن مفسرا بالقران iaitu Mahmud Rauf Abdul Hamid Abu Sa’dah merumuskan nama Nabi Ayyub عليه السلام bukanlah berasal dari kalimah bahasa Arab الأَوْب والتَوب فهو التائب الآيب على المبالغة atau mempunyai kaitan dengan gelaran Allah kepada baginda dalam surah Saad iaitu أوَّاب. Bahkan menurutnya, Nabi Bani Israil ini... Continue Reading →

MEMPELAJARI AKIDAH DARI JENDELA ILMU TAFSIR

Berapa ramai yang semakin memahami ayat-ayat Allah, namun tidak pula semakin mengenali Allah سبحانه وتعالى itu sendiri. Terima kasih ustaz Adzam Rasdi atas “hadiah” artikel 24 halaman ini. Dibahaskan kepentingan memahami nama-nama Allah dalam lingkaran konteks khusus ayat yang memaparkan nama-nama Allah yang indah itu. Bahkan penulis, Dr Jamal Asthiri menegaskan kepentingan memahami nama-nama Allah... Continue Reading →

HIKMAH KENABIAN YUSUF DI MASA DEWASA

Sangat menarik apabila Prof. Dr Ali Muhyiyuddin al-Qarahdaghi dalam kitabnya يوسف قدوة للمسلمين في في غير ديارهم berpendapat bahawa ayat 22 menunjukan kenabian Yusuf berlaku selepas melalui fasa غلام (ayat 12) dan fasa ولدا (ayat 21). Tinggi ilmu, tetapi kurang hikmah bukanlah ciri gerakan dakwah Islam yang matang dan على بصيرة. قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو... Continue Reading →

HIKMAH PENYEBUTAN KALIMAH “AL-ZAHIDIN”

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.”(Yusuf, 12 : 20) Kalimah الزَّاهِدِينَ yang berasal dari za-ha-da merupakan satu kalimah “farid” dalam al-Quran. Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian... Continue Reading →

AMBILLAH BERAT SETIAP PERKATAAN DAN TINDAKANMU PADA “GHULAM”, ANAK-ANAK KECILMU!

Firman Allah SWT : وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ ۖ قَالَ يَا بُشْرَىٰ هَٰذَا غُلَامٌ ۚ وَأَسَرُّوهُ بِضَاعَةً ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started