Profil

Ustaz Muhamad Syaari Ab. Rahman

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa Arab daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Al Quran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang Tafsir & Tadabbur Al-Quran.

Ustaz Syaari merupakan penyampai tetap dalam segmen Tadabbur Al Quran di rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah dan sebelum ini beliau pernah menjadi penyampai tetap di slot Ibrah di Radio IKIM FM.

Selain berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia dakwah dan penyampaian, Ustaz Syaari juga telah menulis lebih daripada 25 buah buku yang memfokuskan kepada Tadabbur surah dan kisah-kisah dalam Al-Quran, termasuk karya popular seperti Kompas 114 dan Apabila Tuhan Memanggilmu 31 Kali (Kompas Surah al-Rahman).

Untuk sebarang jemputan program ceramah, seminar, atau tadabbur, sila hubungi:
📧 [Email] paradigmaibrah@gmail.com
📞 [No Telefon] 011-3760 6950
💡 b.my/syaariabrahman

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started