Antara sebab aku beli tafsir “Tarjuman al-Quran” ini kerana mahu perhalusi kisah “Cyrus The Great” menurut Old Testament dan literasi orang-orang Yahudi sendiri. Mereka yang membekalkan tiga soalan kepada pimpinan kafir Quraish - lalu turunlah surah al-Kahfi - pastinya mereka mahu mengetahui perincian mengenai seseorang yang dianggap mereka “penyelamat besar” datuk moyang mereka di negara... Continue Reading →
HIKMAH SALAH SATU KALIMAH DARI 405 KALIMAH YANG TIDAK BERULANG DALAM AL-QURAN
Salah SATU dari 405 kalimah yang “yatim piatu” dan bersendirian, yang tidak berulang dalam al-Quran dalam apa jua bentuk kata terbitan, ialah تَدَّخِرُونَ . وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ ۚ “…dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu…” (Ali Imran, 3... Continue Reading →
YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN
Al-Quran sangat teliti dalam pemilihan perkataan. Kekadang satu kalimah itu apabila diterjemahkan, terjemahannya sama sahaja dengan kalimah lain dalam al-Quran, sedangkan hakikat sebenar sangatlah berbeza. Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian dijalankan ialah kalimah-kalimah yang unik dan bersendirian, yang hanya muncul sekali sahaja tanpa ada pengulangan dalam apa jua bentuk. Ia disebut... Continue Reading →
TIADA PERINCIAN, ITULAH UJIAN KEIMANAN DALAM SURAH ORANG-ORANG YANG MANTAP IMAN
Shekh Dr Fadhl Hassan Abbas menerusi kitabnya قصص القرآن الكريم menjelaskan bahawa kisah Nabi Hud عليه السلام dalam surah al-Mu’minun mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga terbatallah dakwaan yang menyatakan kerapnya kisah-kisah al-Quran berlakunya “pengulangan”. Tidak disebut nama Nabi Hud dan kaum ‘Aad mempunyai hikmah yang bersesuaian dengan tema surah al-Mu’minun itu sendiri dan kedudukan surah... Continue Reading →
KITA YANG PERLUKAN AGAMA INI, BUKAN AGAMA INI YANG PERLUKAN KITA
KITA YANG PERLUKAN AGAMA INI, BUKAN AGAMA INI YANG PERLUKAN KITA Kita tahu ayat ini satu-satunya ayat al-Quran mengenai peristiwa di gua Thur. Pasti menarik jika diselak fakta-fakta sirah di sebalik ayat ini...Namun, tahukah anda apa yang lebih menarik ? Bincangkan kedudukan ayat ini dalam surah mana, selepas ayat mana dan timbulkan MENGAPA...Bukankah babak ini... Continue Reading →
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA
TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA Semasa sesi tafsir tahlili ayat pertama surah al-Kahfi bersama Prof. Madya. Dr Abdul Aziz kelmarin, ada rakan bertanya beliau mengenai pengalamannya pernah dengar huruf ba’ sahaja ada 8 tafsiran. Terus saya tangkap buku ini. Sebuah... Continue Reading →
ADUHAI, BELUM SEMPAT BELEK TAFSIR YANG BARU DIBELI, KELUAR PULA TAFSIR YANG BARU.
Semoga Allah merahmati ulama tafsir dari Mesir, Shekh Ahmad bin Ahmad al-Thawil hafizhahullah, penulis واحة التفسير . Beliau telah mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkan tafsir 15 jilid ini. Inilah karya tafsir yang sepintas lalu saya mendapatinya kombinasi yang sangat harmonis antara tafsir maudhui’ surah dan tafsir bil ma’thur. Ia selesai ditulis penulis pada tahun... Continue Reading →
RAMADHAN SEUMPAMA YUSUF ALAIHISSALAM
Terdapat dua belas bulan dalam setahun. Ia seumpama dua belas orang-orang anak-anak Nabi Ya’qub عليه السلام . Ramadhan bersama sebelas bulan itu seumpama Yusuf عليه السلام bersama saudara-saudaranya. Yusuf menjadi anak paling dicintai Ya’qub, seumpama Ramadhan yang dicintai al-Rahman علام الغيوب. Segunung tinggi mana pun dosa-dosa saudara-saudara Yusuf, akhirnya pertemuan di musim ketiadaan makanan itulah... Continue Reading →
NABI YUSUF عليه السلام DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
Di halaman 199-200 kitab, Shekh berkongsi tadabbur beliau yang menarik dari surah Yusuf. Saya tidak pasti apa terjemahan terbaik kepada kalimah Shekh iaitu التوطين . Yang pasti Shekh menjelaskan ada tiga peristiwa dalam surah Yusuf yang menunjukkan baginda cintakan negara Mesir meskipun Mesir tidak lagi berpegang dengan agama moyang baginda iaitu Nabi Ibrahim a.s. yang... Continue Reading →
SEBUAH LAGI KARYA “SIRAH DI SEBALIK SURAH” WAJAR DIMILIKI
Unik pendekatan kitab yang berjaya ditangkap di Rumah Kertas RAMI ini. Seakan-akan ia sengaja muncul selepas kelas siri ketiga Ulum al-Quran pagi tadi menyentuh “Makki Madani” oleh Shekh Manna’ Qaththan. Kelihatan ada persamaan method dengan al-Rahiq al-Makhtum, namun kitab ada keistimewaannya yang tersendiri. Tercari-cari juga naskhah asalnya dalam bahasa Arab, gagal ditemui. Kebiasaannya karya sirah... Continue Reading →