TADABBUR JUZUK 13

Adakah Yusuf عليه السلام memaafkan saudara-saudaranya semasa pertemuan ketiga mereka dengan di Mesir iaitu sebaik sahaja mereka menginsafi kesalahan mereka ? Tidak! Bahkan Yusuf عليه السلام telah memaafkan mereka jauh sebelum itu lagi. Jadi apa yang sebenarnya berlaku dalam tiga kali pertemuan antara baginda dan saudara-saudaranya di Mesir ? Ia bukanlah kerana dendam. Bahkan kerana... Continue Reading →

RAMADHAN SEUMPAMA YUSUF ALAIHISSALAM

Terdapat dua belas bulan dalam setahun. Ia seumpama dua belas orang-orang anak-anak Nabi Ya’qub عليه السلام . Ramadhan bersama sebelas bulan itu seumpama Yusuf عليه السلام bersama saudara-saudaranya. Yusuf menjadi anak paling dicintai Ya’qub, seumpama Ramadhan yang dicintai al-Rahman علام الغيوب. Segunung tinggi mana pun dosa-dosa saudara-saudara Yusuf, akhirnya pertemuan di musim ketiadaan makanan itulah... Continue Reading →

KERANA ADANYA ANCAMAN NYAWA, PEMUDA AL-KAHFI MENCARI TEMPAT PERLINDUNGAN DAN MENELITI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIRI MEREKA

Mereka menuju ke gua kerana adanya ancaman ke atas nyawa mereka jika terus berada di luar sana. ‎إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika... Continue Reading →

DUDUKLAH DI RUMAH, DUDUKLAH BERSAMA SURAH MARYAM

Di waktu musibah yang menyebabkan kita perlu bekerja dari rumah dan “mengurung” anak-anak, antara surah yang baik untuk dibaca dan ditadabbur ialah surah Maryam. Bukanlah kerana ada fadhilat-fadhilat yang khusus menghadapi musibah, tetapi kerana banyaknya “checklist” yang kita para ibubapa mungkin telah abaikan selama ini sebelum kedatangan musibah Covid-19. Surah yang sarat dengan adegan dalam... Continue Reading →

JANGAN GOPOH MEMBUAT KESIMPULAN

Ambillah masa secukupnya sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Kalaulah setiap yang terjadi itu jelas hikmahnya, tidak perlu masa yang lama untuk memikirkannya, maka untuk apa Khidr عليه السلام membuka mulut memberi penjelasan sedangkan Musa عليه السلام sudah menjelaskan pendirian. Jika Musa meyakini semua fakta di hadapan matanya sudah terang lagi bersuluh, mengapa Musa masih menunggu penuh... Continue Reading →

MERAWAT ASABIYYAH DENGAN SURAH AL-HUJURAT

“Surah ini satu surah yang besar. Ia hampir-hampir merupakan satu-satunya surah yang melukis sebuah alam dengan ciri-ciri masyarakatnya yang bersih, luhur dan sejahtera. Ia mendedahkan hakikat-hakikat agung jauh ke dalam lubuk hati manusia dengan hanya menggunakan lapan belas ayat sahaja!” - Syed Qutb r.h., Fi Zhilal al-Quran

GETIRNYA PERJUANGAN MEMERDEKAKAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN

Firman Allah SWT : وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَّهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani... Continue Reading →

INDAHNYA CARA ALLAH MENDIDIK RASULULLAH SAW MENERUSI EMPAT PERINGKAT PENGKISAHAN NABI YUNUS AS

Nabi Yunus AS diperkenalkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat, bersesuaian dengan cabaran semasa Baginda SAW di Makkah. Ada empat peringkat penceritaan kesemuanya iaitu empat surah. Setiap peringkat atau surah menawarkan uslub penceritaan yang menakjubkan. SURAH AL-QALAM (surah kedua berdasarkan penurunan, awal Makkiah) memaparkan secara ringkas mengenai Nabi Yunus AS yang diliputi kemarahan kepada kaumnya, kemudian... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started